Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, July 25, 2008

Projek Ramadhan 2008

Alhamdulilah projek Ramadhan saya berjalan dengan lancar, ahead of schedule.

Kelmarin saya menjemput insan-insan hebat iaitu sdr Faris, Imran, Firdaus dan Azmi untuk makan tengahari. Sdr Faris tidak dapat bersama kerana ada urusan lain. Sebelum keluar makan, kami berbincang sekitar 40 minit mengenai status projek ini. Saya gembira kerana ianya berjalan dengan baik, moga Allah permudahkan urusan ini.


Sudah menjadi "style" pengurusan saya iaitu meraikan/celebrate kemajuan sesuatu yg saya usahakan. Kos makan tengahari pula tidaklah sehebat sumbangan sahabat2 ini. Mereka berusaha keras menyiapkannya sebagaimana yang saya rancang. Saya pula mengenepikan protokol, kerana bagi saya kemesraan akan menyiram motivasi kerja. Saya menghormati mereka dan mereka menghormati saya. Masing-masing mempunyai peranan untuk dilaksanakan.


Perbincangan kami semasa makan tengahari berkisar mengenai umrah, haji dan uslub da'wah cara kita. Sememangnya menarik. Kami bertukar-tukar fikiran dan berkongsi pengalaman. Saya turut berkongsi pengalaman semasa mempertahankan diri berhadapan dengan hakim di mahkamah Tribunal Pengguna yang penuh sesak. Dua jam setengah kes tuntutan saya dibicarakan. Saya memasuki 'kandang pertuduhan', digerudi oleh Hakim. Kemudian bila giliran VP syarikat berkenaan memasuki kandang membela diri, saya pula mengambil alih tugas untuk bertanya setelah mendapat lampu hijau hakim/Presiden Mahkamah Tribunal. Ketika itu saya menjadi peguam dan menerjah soalan2 kepada VP berkenaan. Hakim pula support saya. Filem hindustan yg sekali-sekali saya tengok dapat membantu saya menanya soalan-soalan 'bertaraf peguam'. Pendek cerita, makan tengahari kami amat bermakna bagi meneruskan titian kehidupan.


Sekali lagi saya gembira mengenali sdr Faris, Imran, Firdaus dan Azmi, sungguhpun baru berkenalan, kemesraan dan teamwork bakal menjana wawasan yg telah digariskan.


Terima kasih Faris, Imran, Firdaus dan Azmi.
Nota:
Kepada sahabat dan kenalan, insyaAllah bila sedikit masa lagi saya akan unveil projek Ramadhan ini. Saya kan suka buat kejutan......



**********RIDZ***********

Thursday, July 17, 2008

Allah memuliakan wanita #3

Semalam saya menerima 3 sms and 1 email bertanya bila saya nak sambung cerita "Allah memuliakan wanita siri#3"? Bagi saya untuk menulis sesuatu yang menyentuh hati, si penulis juga perlu meruntunkan hatinya. Dengan lain perkataan, jika kepala penulis berserabut dengan urusan duniawi maka kesan terhadap penulisan mungkin sedikit terjejas.

Catatan perjalanan Haji dan Umrah banyak mengajar insan supaya menundukkan diri dengan Penciptanya. Maha Suci Allah, sememangnya Allah memberi kemuliaan kepada wanita khususnya kepada wanita mengandung di Tanah Suci.

Saya selalu berkongsi cerita ini dengan teman2. Setiap kali waktu sembahyang di Mekah dan Madinah, kita akan susuli dengan sholat jenazah. Mungkin saya sekadar berusaha setakat mengangkat atau menyentuh keranda si mati, akan tetapi seorang rakan saya ini bercerita yang beliau turut sekali menghantar seorang jenazah wanita ke Perkuburan Baqi' di Madinah. Pendekkan cerita, ada seorang baby yg kematian selepas kelahiran turut bakal di kebumikan di bumi mulia ini. Ketika jenazah wanita ini di masukkan ke liang lahat, mayat baby ini juga dimasukkan ke liang lahat yg sama di atas perut muslimah ini. Subhanallah! untungnya muslimah ini. Dia bukan setakat ditemani tetapi sudah tentu diberi sedikit kelonggaran soal-siasat di alam barzakh kerana ditemani oleh insan baby yg suci dan bersih. Ye, Allah memuliakan wanita ini dalam 2 bentuk ie. 1. dikebumikan di Baqi 2.ditemani di alam barzakh.

Isteri saya, Aishah, ketika menunaikan Umrah 2006 lalu di takdirkan mengandung 4 bulan (sekarang baby dah 1 tahun 6 bulan- Afif AufaAdha). Walau berbagai cabaran di hadapi, perjalanan Aishah begitu mudah semasa di Tanah Suci. Memasuki Raudah, bersolat di Hijir Ismail dan mencium Hajar Aswad semuanya berjalan lancar. Hatta Aishah mampu membawa kakak Rozi, Kak Su dan rakan2 lain untuk ke Raudah dan mencium Hajar Aswad. Secara logik, saya menghalang hasrat Aishah untuk berebut-rebut mencium Aswad kerana khuatir janin dalam kandungan. Namun pemikiran manusia tidak mampu menandingi kemuliaan yg Allah berikan kepada muslimah yg mengandung. Bukan setakat sekali dapat cium Aswad, malah lebih 3 kali. Subhanallah!

Cerita officemate saya, Hajah Fauziah Kamsari, turut sama boleh dijadikan iktibar. Beliau menunaikan Haji ketika mengandung (tanpa beliau maklumkan TH). Beliau bercerita bagaimana sepanjang 40 hari di Tanah Suci dia ditemani oleh insan yg tidak pernah dikenali, yg menguruskan hampir kesemua urusan harian termasuk membasuh pakaian dan menyediakan makanan. Itulah dia kehebatan wanita yang Allah muliakan disebabkan mereka mampu untuk mengandung.

Kalau wanita-wanita mengandungpun boleh cium Hajar Aswad, lelaki bagaimana?

********RIDZ********

Sunday, July 13, 2008

Buku Travelog Haji Prof Kamil-Best Seller

Tulisan kali ini saya khususkan kepada sifu saya Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim, pengasas Travelog Haji. Sudah lama saya ingin bercerita pasal beliau di blog ini. Selain meletakkan Allah dan Rasul sebagai paksi kehidupan, kita memerlukan insan2 murni utk bersama-sama kita meniti renjisan kedamaian dan misi hidup. Prof Kamil termasuk dlm senarai ini.

Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), adalah buku best seller. Saya sendiri telah menjualnya hampir 100 unit. Feedback terkini, officemate saya mampu menghabiskan buku ini dalam tempoh 5 jam. Wow! fantastic. Tahniah Shafini! Beliau bertanya saya "Kalau org yg mengaku jahil dan tak tahu baca Qur'an boleh menunaikan Haji, aku ni bila lagi?" "Boleh ke saya pi Haji?" tambah Shafini. Saya kata "Yes! anda boleh!" "Kenapa, tak yakin?" Ada yg bertanya saya "Prof ni ada tulis buku lain ke?" Saya kata ada, visitlah blog dia.

Yang penting bagi saya, Prof Kamil berani "menelanjangkan dirinya" untuk memberi cebisan harapan bahawa semua insan seharusnya berusaha untuk memperbaiki diri dan berani melalui cabaran Haji. Bagi saya pula, Haji & Umrah adalah peledak C4 dalam diri insan. Prof Kamil adalah salah satu role model dan saya bersyukur Allah ketemukan saya dgn beliau dan seterusnya menjadi mentor doctoral thesis saya. Tidak pernah terfikir untuk bertemu dengan insan bernama Muhd Kamil. Prof Normah memperkenalkan saya dengan beliau. Pertama kali bertemu di pejabat Canseleri UiTM, terdapat sedikit gap. Mungkin beliau menggangap saya macam student biasa. Saya pula sentiasa bersangka baik. Kalau ada 'chemistry' we will go on, otherwise ok.

Insan bernama Muhd Kamil mempunyai misi tersendiri, leadership quality yg sukar dicari, mempunyai beberapa kelebihan antaranya full-professor, medan yg lebih luas ie. dengan pelajar2 dan persekitaran akademik, kreatif, multi-skilling dan tahap kesabaran yg tinggi. Prof Muhd Kamil dan Prof Hj Muhd Kamil adalah dua character yg berbeza. Orang yang dekat dengan beliau tahu perbezaan ini. Itulah dia Haji - peledak C4 dalam diri insan!

Kami dah macam saudara rapat, tiada lagi gap Profesor dgn student; because we share same vision and same values. Kadang2 sessi mentoring thesis saya banyak membicarakan isu pembinaan insan & akhlaq. Content thesis cuma dibincang sekitar 10-15 minit; satu ke dua jam lagi lebih banyak berkisar isu manusia dan Penciptanya.

InsyaAllah, buku saya akan diterbitkan target hujung Ogos 2008 sempena bulan Ramadhan dan Haji. Kemudian akan disusuli oleh buku Prof Kamil (Travelog Da'wah).

Saya berdoa moga buku saya "Haji Muda" dan buku Prof Kamil yg baru "Travelog Da'wah" akan meletup dan diterima masyarakat. Terima kasih Prof Kamil, anda mencabar saya untuk membukukan sesuatu untuk sumbangan kepada ummah. Moga sifu saya dapat membantu saya berda'wah di dunia korporat dgn jayanya. Ya! InsyaAllah kita akan terus Berda'wah Cara Kita (BCK).

Saturday, July 12, 2008

Meeting dgn YB MP & ADUN

Saya di amanahkan untuk mempengerusikan mesyuarat dgn YB Ahli Parlimen dan ADUN. Bukan tak biasa, kadang2 perasaan merendah diri menyebabkan kita tidak mahu ke depan. Tapi kalau bantal sudah disorong, akan ku labuhkan kepala ini...Kalau diberi rotan, kanku libas mana2 yang patut...

Alhamdulillah , pagi tadi majlis dialog dan lawatan kerja Ahli Parlimen YB Dr Mariah/Hj Halim dan ADUn EN Suhaimi/Kamurudzaman berjalan dengan baik. Ini adalah lawatan kerja ke-3 selepas PRU. Secara umum, wakil MBSA dan badan2 lain turut sama turun bagi memastikan rakyat setempat hidup selesa, berganding bahu dan dihormati.

Bila kita meletakkan kepimpinan rabbani sebagai asas leadership, maka kita akan lihat masing2 berganding bahu untuk merancakkan agenda agama dan bangsa. Secara ringkasnya:
1. Pemimpin hendaklah menghormati orang yg dipimpin sebagaimana mereka mahu diri mereka dihormati.
2. Kecemerlangan ummah akan terserlah bila pemimpin dan org yg dipimpin sama-sama berganding bahu memberi idea, memerah otak dan turun gelangang menyelesaikan isu masyarakat.
3. Saya secara peribadi berpendapat pengurusan ikhlas, professional dan berakauntabiliti akan membuahkan hasil yg lebih baik dari kepimpinan yg asyik bermesyuarat, menghadiri meeting untuk claim allowance atau berebut mencari publisiti.

Ini yang insyaAllah menjadi vision saya di dalam menerajui kepimpinan penduduk kawasan (walaupun tanpa elaun). Deep in my heart, I pray to Allah to bestow upon us His mercy, guidance and forgiveness. Moga Gabungan Persatuan Penduduk (GPP) Seksyen 27/28 akan terus bertahan, telus, ikhlas, berkhidmat dgn professional dan sama2 berusaha membina masyarakat yang meletakkan Islam sebagai jalan-hidup.

Terima kasih kpd YB dan wakil YB, Ahli2 Majlis MBSA, wakil MBSA, pengerusi persatuan2 penduduk, dan sekretariat GPP khususnya kepada Abg Hj Hashim, Sdr Sazali, Sdr Razak dan AJK Ad-Din yang berganding bahu di majlis tersebut. May Allah reward us with the best place of Jannah.

***END***