Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, July 22, 2009

Kasih Sayang Terhakis?


Kasih sayang seolah-olah menjadi satu topik penting akhir-akhir ini. Ianya dibicarakan di restoran, di masjid dan di pejabat. Satu rumusan ringkas, manusia sudah tidak menghargai kasih sayang...

Benarkah kasih sayang mula terhakis?

Bila meneliti dada akhbar mungkin ianya benar. Bayi ditinggalkan di tong sampah, suami mengedarkan gambar bogel isteri, anak memukul ibu bapa dan berbagai perbuatan pelik. Di masjid pula AJK tidak bersefahaman, di jalanraya masing-masing pentingkan diri sendiri, di pejabat kita terlupa mengujudkan kasih sayang. Bos-bos kadang-kadang turut alpa dengan menggunakan stail kepimpinan autokratik.

Sukar untuk kita mengetahui samada seseorang itu menyayangi kita atau tidak. Aplikasi kehidupan pejabat menjemput kita untuk membersihkan diri kita terlebih dahulu. Saya berpendapat, kasih sayang masih ada cuma mungkin sedikit menurun akibat tekanan hidup dan ego tidak bertempat.

Saya menyakini bahawa sifat kasih sayang masih wujud. Sifat mulia ini adalah sifat Ar-Rahim sifat Allah Yang Maha Esa. Mungkin nilai kasih sayang yang ada kepada kita Cuma laksana debu di padang pasir jika dibandingkan dengan sifat Ar Rahman dan Ar-Rahim Tuhan yang melimpah ruah menjangkau langit dan bumi.

Tuhan memberi kita kasih sayang yang cukup banyak. Bulan kasih sayang mula menghampiri diri kita. Syaaban dan Ramadhan menjadi asas permulaan lambakan kasih sayang dengan limpahan rahmat. Kemuncaknya adalah wukuf di Arafah.

Rasululah s.a.w bersabda
”Bahawa semua makhluq akan ditempatkan di atas hamparan mahsyar kecuali Muhamad s.a.w dan umatnya (yang bertaqwa) di mana mereka akan ditempatkan di satu tempat yang tinggi dan akan direndahkan umat manusia lain.”

Sebagai pemegang panji-panji Lailahailallah muhamadurasululah sudah tentu kasih sayang Allah kepada kita melimpah ruah jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu. Kasih sayang Allah kepada hambaNya tidak akan terhakis.

Tip-tip berikut boleh membantu mencari kasih sayang Allah:
1. Bincang dengan suami/isteri apa yang ingin anda lakukan di bulan Syaaban bagi persediaan Ramadhan.
2. Jika masih ada hutang puasa yang perlu diganti (khususnya muslimah) segera gantikan. Ajak suami puasa bersama.

3. Segera menghubungi Masjid/surau untuk menaja program iftar ramadhan (majlis berbuka puasa). Menerusi pengalaman, tajaan program iftar biasanya akan penuh dua minggu terakhir Syaaban.

4. Bagi muslimah, cari kembali resit-resit barang kemas/emas dan seumpamanya (barang kemas berbentuk excessive). Congak berapa hendak bayar zakat barang perhiasan/emas.
5. Cari fakir miskin untuk bersedaqah
6. Sudah rancang untuk marathon Qur’an?
7. Menziarahi ibubapa dan guru-guru


Justeru hargailah kehadiran syaaban dan Ramadhan dengan usaha meningkatkan ilmu, iman dan amal kerana ianya tidak akan hadir dengan percuma.

5 comments:

rezeki said...

Salam,
syaaban akan menjelma esok, bermakna sebulan lagi kita umat islam akan berpuasa.Banyak pengisian dalam mencari keredhaan ilahi boleh dilakukan.
Di akhir zaman ini, sikap berkasih-sayang yg sepatutnya telah terhakis apabila kita tidak lagi berpegang kepada ajaran Al-Quran dan sunnah Rasul.Anak-anak muda telah hanyut dgn arus dunia. Tidak ketinggalan juga yg tua, Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri dalam mempersiapkan diri menuju ke negeri akhirat kelak yang pasti datang. Semoga kita semua umat nabi Muhammad sentiasa dibawah perlindungan dan kerahmatan ALLAH pencipta sekelian alam.

siti noor said...

rejab,syaaban dan ramadan kembali so rebutlah peluang menambahah "pelaburan akhirat" ini. Dividen berganda2.

ida said...

salam Hj Ridzwan,

saya berumur 32 thn dan insya Allah akan menunaikan haji pada tahun ini bersama suami dan ibu mertua.

saya tengah membaca buku tuan...
bagaimana cara utk mengawal emosi dan panjangkan kesabaran??

tq

ridzwan said...

Salam rezeki & Siti<
terima kasih dgn peringatan yg diberi. Moga ianya bermanfaat utk semua pengunjung blog ini.

ridzwan said...

Salam ida,
Untuk soalan tersebut, boleh rujuk posting saya berkenaan haji/umrah di dlm blog ini. Untuk soalan2 yg spesifik boleh juga email saya tigeridz@gmail.com