InsyaAllah esok sudah masuk hari ke 7 dalam bulan Syaaban 1430H. Dan insyaAllah tiga minggu lagi Ramadhan akan kita nikmati bersama.
Di dalam kita berusaha untuk membuat persediaan menyambut Ramadhan, pusat membeli belah dan akhbar-akhbar sudah memulakan promosi Aidil fitri. Di dalam kesulitan ekonomi, kita masih beriya-iya memikirkan apa yang belum kita miliki. Sedikit masa lagi masyarakat kita akan berlumba-lumba menyediakan keperluan fizikal, sedangkan limpahan rahmat Tuhan kita sedikit alpa.
Rasululah s.a.w bersabda
“Barangsiapa yang berada di waktu pagi
dan menanamkan tekad bahawa akhirat itu adalah tujuannya,
nescaya Allah akan memudahkan urusannya.
Allah akan memberi kekayaan dalam hatinya
Dan nikmat dunia akan diberikan kepadanya melalui jalan yang mudah.
Barangsiapa yang berada di waktu pagi
dan menanamkan tekad bahawa dunia itu adalah tujuannya,
nescaya Allah akan merumitkan urusannya.
Allah akan memberi kemiskinan di hadapan matanya,
Dan Allah tidak akan memberi nikmat dunia kepadanya, kecuali sedikit sahaja."
Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Masa yang telah berlalu menjadikan kita semakin tua, semakin beruban, semakin botak dan kekuatan fizikal kita mula menurun. Masa yang telah berlalu memberi erti bahawa kita semakin hampir menuju ke alam akhirat. Maka sama-samalah kita memperbaiki diri dan menambahkan amalan kita.
3 comments:
Asalamualaikum,
waktu berlalu dgn begitu pantas sama ada kita sedari atau tidak . Janganlah kita terlalu leka dgn urusan dunia sehingga kita mengabaikan urusan akhirat yg mana janji ALLAH itu benar. Rasululah s.a.w pernah bersabda:"Kamu lebih tahu urusan kehidupan dunia kamu "(riwayat muslim)
Manusia adalah makhluk ALLAH yang unik dan istimewa dengan kebolehan dan akal , oleh itu ia dibebankan dengan tugas-tugas yang juga istimewa dan besar, iaitu beban amanah yang disebut Allah di dalam firmanNYA dalam surah al-Ahzab, ayat 72 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah Kami kepada langit dan bumi, serta gunung-ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan mereka bimbang tidak dapat menyempurnakannya, sedang manusia yang ada persediaan padanya sanggup memikulnya".
Manusia adalah makhluk yang dicipta ALLAH dengan tugas dan tanggungjawab. Ia perlu bekerja keras hingga ke akhir hayatnya, untuk mendapatkan dan memenangi balasan baik yang disediakan Allah baginya. Jangan sesekali tertipu dengan kebendaan yang akhirnya terpesong dari landasan yang lurus.
ALLAH berfirman "Wahai Manusia! Apakah yang memperdayakan kamu berlaku derhaka kepada Tuhanmu yang amat Pemurah? Tuhan yang mengaturkan kejadian mu lalu menjadikan anggota mu sesuai dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan, serta menjadikan binaan tubuh badan mu sama pada dengan kekuatannya, dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakinya, ia susunkan kejadiannya".(surah al-Infitar, ayat 6)
Sama-samalah kita saling ingat-mengingati dalam menuju kehidupan akhirat yg kekal abadi disamping kehidupan duniawi yg mana banyak tanggungjawab yg perlu kita selesaikan.
Salam rezeki,
Jazakallahu khair kerana menambah nilai posting saya. Saya cuba beberapa kali masuk blog sdr tetapi tiada ruang untuk mengucapkan terima kasih. Email sdr juga tiada utk tujuan komunikasi. InsyaAllah keep in touch. TQ.
Salam perjuangan..posting kali ini sekali lagi berjaya menajamkan nurani saya..begitu cepat masa berlalu..rejab dan sebahagian syaaban telah pun meninggalkan kita..mg bulan yang sgt penting ini telah dapat kita menafaatkan sebaik mungkin..ada lagi beberapa hari untuk kita terus melatih diri meningkatkan hubungan kita dgn rabb..bertahajjud, mentaddaburkan Alquran, bersedekah, berjihad amal makruf nahi mungkar..dll..agar nanti bila berada di bulan ramadhan kita lebih ringan berganda untuk terus mengabdikan diri kepada Rabb..mg nanti kita lebih kuat, lebih bersedia lebih bertenaga untuk bertotal action di bulan2 mendatang..selamat sejahtera semuanya..Muga Al Matin kurniakan kita kemantapan dan kekuatan untuk terus berjuang hingga ke akhir hayat..
Post a Comment