Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, July 1, 2009

Temuduga Pengurus

Setiap insan sudah tentu menginginkan jawatan CEO, pengarah atau pengurus. Jika anda mempunyai syarikat sendiri, anda boleh melantik diri sendiri sebagai CEO atau pengarah, tiada siapa akan halang. Bagi mereka yang makan gaji, mereka perlu bersaing, menunjukkan kompetensi dan ada juga yang menonjolkan diri (tanpa ilmu dan kompetensi).

(Nota: Gambar dirakam di sessi temuduga bersama salah seorang ahli panel kenaikan pangkat).


Sudah dua bulan saya terlibat dengan proses menemuduga calon-calon pengurus korporat. Proses ini akan berakhir pada akhir bulan Julai 2009. Calon-calon ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun, methodologi piawaian antarabangsa diguna pakai bagi meneliti tahap kepimpinan setiap calon. Organisasi ini memerlukan pengurus-pengurus muda yang mampu membawa syarikat ke tahap yang lebih jauh.

Berdasarkan pengalaman dua bulan ini, ada juga calon-calon yang gagal. Mereka tidak mampu menonjolkan tahap kepimpinan yang diperlukan walaupun setiap calon diberi tempoh masa yang sama iaitu satu setengah jam untuk sessi sembang kepimpinan. Ada calon yang tidak mampu bercakap bahasa inggeris, ada juga yang tidak boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan ada segelintir yang gagal meryerlahkan kehebatan mereka. Bercakap menggunakan sesuatu bahasa bukanlah kriteria utama namun kemahiran berinteraksi, ekspresi diri dan menyerlahkan kepimpinan adalah tersangat penting.

Semalam, semasa sessi temuduga, saya bersembang kepimpinan dengan seorang pengurus wanita muda. Beliau mampu mengawal suasana dan menghidupkan sessi sembang kepimpinan. Di akhir temuduga saya bertanya wanita muda ini ”How do you express Thank You to Allah?” Beliau terkejut dengan soalan saya, namun segera menjawab “Solat and sadaqah.” Saya lantas menyambung “I want other bullet besides solat and sadaqah.” Beliau dengan yakin menambah “Perform Hajj at the young age.”

Subhanallah, mungkin ramai lagi anak-anak muda yang berfikiran seperti Muslimah ini. Misi Haji Muda perlu diteruskan dengan harapan jiwa-jiwa bersih pemuda dan pemudi ini dapat membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung. Saya memerlukan dokongan insan sebegini bagi mencorakkan kehidupan korporat mengikut acuan Islam. Jika kita mampu lahirkan pemuda-pemudi yang meletakkan Rabbnya di hadapan, sudah pasti dunia ini kita mampu kuasai.

Saya sentiasa berdoa moga organisasi korporat ini mampu melahirkan tenaga professional muda muslim yang dapat menseimbangkan kehidupan akhirat dan duniawi.

6 comments:

Azemi Ali said...

Salam ukhwah Dr. Ridz,

Satu perkongsian yang menarik mengenai sesi temuduga. Saya pernah beberapa kali menjadi panel temuduga di organisasi saya. saya cenderung untuk memberi markah yang lebih tinggi kepada calon yang memberi jawapan seperti yang saya inginkan. Kadang kala calon membuat kajian mengenai penemuduga dan menjawab mengikut apa yang kita mahu. Calon yang berjaya hasil cadangan saya kadang kala tidak seperti yang diharapkan walaupun begitu petah berbicara.

Sekadar perkongsian.

Salam ukhwah

Farra said...

Dr Ridzwan, sy berdebar juga menunggu keputusan sesi temuduga tersebut...

pastikan said...

Salam, DR.

Saya telah baca buku Haji Muda.
Kandungan & cara penyampaian menarik minat isteri & saya.

Cuti sekolah yang baru2 ini kami telah tunaikan Umrah. InsyaAllah jika ada kuota, saya akan tunaikan Haji tahun ini (jika ikutkan giliran tahun 2018..tidak lagi muda ketika itu!). Sekembali dari Umrah, saya beli beberapa naskah buku Dr. tu untuk dihadiahkan kepada saudara & teman rapat yang ziarah kami.

Sekian. Terima kasih.

pastikan said...

terasa nak berkata sesuatu pasal temuduga walau bukan secara langsung berkaitan.

1. Jika bos suka main guli, saya pun kena belajar & suka main guli

2. Orang yang pandai cakap (goreng fakta & berlakon ) selalu menang temuduga, menang hati big bos....
Bila kerja, belum tentu cekap.

Saya berhenti kerja kerana bengang - terpaksa kerja dgn orang macam ni (my Ceo masa tu)..kerana lembu, sapi dapat nama. Sekarang Ceo tu dah kena cold storage. Kalau lah saya ni big boss sure ceo tu dah lenyap. Suka main guli punya pasal dia masih di situ.
(syarikat GLC)

Dulu memang bercita2 by age 40 nak jadi coo ka ...ceo ka.. tapi by age 34 dah berhenti. Sekarang di usia 40, ceo di rumah saja...

ridzwan bakar said...

Salam Farah,
Saya doakan Farah berjaya dalam sessi tersebut, rezeki baby Ramadhan InsyaAllah.

TQ.

ridzwan bakar said...

Salam sdr Azemi dan Pastikan,
Terlalu banyak kejadian kaki ampu, insan yang tiada cukup kelayakkan dan kelulusan dan kaki goreng mendapat peluang naik pangkat. Kalau perempuan pula, yang pakai mini skirt dan blonde mendapat advantage. Pegawai yang benar2 amanah dan memiliki tahap kompetensi tinggi acapkali diketepikan. Itulah dia kehidupan. Saya menyokong hujah dan pengalaman anda.

Namun bagi proses kenaikan pangkat di entri ini, kaki bodek, kaki goreng, kroni bos atau kroni org tertentu tidak diberi sedikit ruangpun. Kami menggunakan methodologi D' International yg diguna pakai oleh MNC dan negara2 maju. Ramai calon yg gagal biarpun disokong oleh bos2 mereka. Ahli panel adalah yg terpilih dan terlatih secara professional tanpa ada sifat biasness. Sebab itu, saya mahu bersama-sama menjayakannya walaupun ianya bukanlah tugas hakiki saya. InsyaAllah kita akan berusaha memberi keadilan di tempatnya. Pegawai yang benar2 layak akan mendapat haknya.

Kami mohon keampunan Allah jika penilaian kami tidak tepat.

Salam