Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, June 28, 2009

Teknologi Blackberry

Minggu ini sudah genap setahun saya menggunakan teknologi blackberry. Ianya adalah hak syarikat yang diberikan kepada saya untuk tugas rasmi. Beberapa bulan lalu, saya maklumkan bos saya, seorang Vice President, bahawa saya tidak mahu lagi menggunakan blackberry. Beliau tidak memberi respons samada setuju ataupun tidak dengan hasrat saya itu.

Secara umum, saya jarang menggunakan handfon rasmi. Untuk tujuan peribadi, saya akan gunakan handfon peribadi. Sebelum menggunakan blackberry, bil handfon rasmi cuma sekitar RM40 sahaja sebulan. Bila menggunakan blackberry, bil handfon melompat ke RM200 sebulan. Itulah dia teknologi terkini, syarikat terpaksa menangung kos 5x ganda!

Di peringkat awal penggunaan blackberry, saya rasa bangga memilikinya kerana tidak ramai menggunakannya. Email pula akan masuk ke set blackberry hampir setiap minit tanpa mengira waktu. Saya akan menerima lebih dari 120 email rasmi sehari. Email personal pula saya tidak link dengan blackberry ini (Email peribadi saya gunakan alamat tigeridz@gmail.com).

Ada seorang insan bertanya saya, ”Apakah teknologi blackberry membantu iman anda? ” Saya menjawab, ”Tidak sebagaimana yang saya harapkan.”

Mengapa jadi begitu?

Berdasarkan pengalaman saya, bila email pejabat bertalu-talu menghujani mailbox dan kemudian di alihkan ke blackberry, maka saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan terpaksa membacanya. Mailbox ini akan dialihkan 24 jam sehari melainkan saya tutup handfon.

Saya juga bertanya isteri, anak-anak kecil saya dan rakan rapat adakah stail saya berubah akibat menggunakan blackberry ini? Berikut adalah feedback ikhlas mereka.

i. Saya cenderung untuk menjawab semua email tanpa menyelidiki sesuatu urusan/kes
ii. Respons saya lebih cepat
iii. Ketahanan dan kesabaran saya menurun
iv. Saya cenderung membaca email di blackberry setiap waktu tanpa mengira di mana saya berada. Ini mengganggu atau mungkin menyingung hati isteri, mak, anak-anak dan rakan-rakan.

Perkara penting yang perlu saya dedahkan kepada pengunjung blog ini ialah kualiti solat saya juga terjejas kerana kecenderungan membaca email di blackberry sekerap mungkin. Ini adalah kenyataan!

Tips berikut sedang saya lakukan untuk perbaiki diri khususnya dalam konteks hubungan saya dengan Allah:

i. Elakkan membaca email blackberry setengah jam sebelum waktu solat.

ii. Off blackberry 15 minit sebelum solat (silent mode atau vibration mode tidak banyak membantu kualiti solat dan meningkatkan hubungan dengan Allah).

iii. Bila memasuki kereta, hindarkan dari membaca email di blackberry. Sikap ini turut mempengaruhi cara saya memandu kereta selepas membaca sesuatu email. Emosi saya akan turut berubah dan menganggu fokus pemanduan.

iv. Bila berbincang secara rasmi atau urusan peribadi, lupakan sahaja set blackberry. Fokuskan kepada diskusi.

v. Kita perlukan sedikit masa di luar waktu pejabat untuk mengasingkan diri khususnya di dalam meniti renjisan kedamaian dan hubungan dengan Allah.


Moga tips ringkas ini bermanfaat untuk kita bersama.

3 comments:

inamohamed said...

Salam Dr.,

Setiap sesuatu mempunyai kebaikan & keburukan termasuklah teknologi. Sehingga ke satu peringkat, apabila hidup kita terlalu bergantung kpd teknologi perkara2 asas & common sense sering menjadi korban. Terpulang kpd individu bgm nak memanafaatkan teknologi...jangan sehingga diri dikonkong oleh teknologi. Mudah2an kita dapat menjalani kehidupan yg seimbang.

NOOR AZURA MOHD JAAFAR said...

btol apa yang dimaklumkan oleh ina tu. bagaimana canggih sekali pun teknoligi sekarang, semuanya terpulang kepada individu sendiri bagaimana hendak memanfaatkan teknologi tersebut.

moga kita tidak terleka dengan arus teknologi sekarang ini.

*saya pun terasa nak guna peralatan yang lebih canggih skng, tp kalau sekadar call & sms... yg skng ni sangat mencukupiii :D

hanila said...

Salam Dr. Ridz,

Terima kasih kerana berkongsi maklumat dan pengalaman. Walaupun saya tidak pernah terlintas untuk menggunakan teknologi Blackberry, sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi info yang berguna ni dengan kawan-kawan... Yang ada sekarang pun, pandai terima call dan guna sms sahaja. Lebih-lebih tu kena belajar dengan anak.