Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, June 13, 2009

Kesilapan Diri

Sudah menjadi lumrah kehidupan, kita mahu melakukan yang terbaik atas segala usaha yang kita lakukan. Di rumah, di pejabat, di jalanraya dan dimana-mana kita perlakukan yang terbaik untuk kebaikan semua.

Baru-baru ini saya menegur seorang pengurus atas kualiti kerja, lantas menolak permohonan cuti beliau. Ketika tidak meluluskan cuti beliau, saya tidak mempunyai apa-apa tanggapan negatif terhadap beliau. Fikiran saya ketika itu ialah saya mahu tugas diberi disiapkan seperti sasaran. Tekanan kerja dan kepelbagaian tugas memerlukan saya bertindak tegas. Dengan kehendak Allah, saya menerima satu email yang panjang dari beliau melahirkan perasaan tidak puas hati dengan keputusan saya membatalkan permohonan cuti. Saya menerima email beliau dengan hati terbuka. Sebagai pengurus (juga seorang isteri dan ibu), sudah tentu beliau perlu juga menguruskan suami dan anak-anak. Beliau pula tidak melihat keputusan saya dari perspektif pegawai atasan.

Satu dua hari ini ketika saya membaca Al-Qur'an saya bertemu dua tiga ayat yang seolah-olah berbicara dan menegur saya. Mungkin dari sudut pandangan 'orang atasan' keputusan saya adalah betul, namun Qur'an seolah-olah tidak mengakui fikiran saya itu. Di mana saya letakkan nilai kasih-sayang dalam pengurusan manusia dan organisasi?

Saya juga terjumpa dua hadis yang cuba menjelaskan ayat Qur'an yang saya baca. Contohnya, hadis riwayat Dari Hasan, Rasululah s.a.w menyebut "Umatku akan masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamanya hati dan kemurahan jiwa serta kasih sayang kepada sesama muslim."

Dalam hadis lain Baginda bersabda "Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Maka kasihanilah yang dibumi nescaya yang di langit akan mengasihanimu."

Haji dan umrah mengajar saya meninjau peluang kedamaian hakiki dengan mencari redha dan kasih sayang Allah. Tidak rugi mengakui kesilapan diri walaupun ini tidak diajar oleh leadership program acuan barat. Saya mahu menjadi insan cemerlang dan berusaha memperkukuhkan azam ini.

Moga Allah mengampuni saya dan menerima amalan saya yang sedikit ini.

4 comments:

tajamkannuraniku said...

salam perjuangan..syabas dan tahniah tuan..memohon maaf sememangnya sifat yang mulia..kerapkali ia menjadi satu2nya solusi mg semuanya dalam ketenangan dan kedamaian...
Namun yang lebih mulia tentunya memaafkan orang lain walaupun dia x minta dimaafkan..saya sedang mendidik diri untuk terus mudah dan lebih dulu memaafkan orang lain ..and it really works 4 me..kerana ternyata cepat memaafkan orang lain lebih mudah mendorong saya meminta maaf ....

noor hafhizah said...

bukan mudah orang nak mengakui kesilapan sendiri...

cikgu zainab said...
This comment has been removed by the author.
Fuad Latip said...

Salam Dr,
Lama tak dengar berita. Semoga sihat hendaknya.

Saya meminta izin pada Allah di dalam melakukan apa saja termasuk sebelum menghantar email. Email saya banyak draft.

Begitu juga dengan laman web. Sebelum post sesuatu artikel, saya meminta izin dahulu. Selalunya Allah mengilhamkan gerak rasa yang sangat jelas apa yang berlaku nanti.

Termasuk post komen ini. Minta izin Allah.

InshaAllah komunikasi dengan Allah akan membantu tuan selepas ini.

p/s komunikasi dengan Allah adalah terlalu luas untuk dibincangkan. Kesannya dari sudut sains dan agama amat besar. InshaAllah suatu hari boleh bertemu dan bersembang-sembang. :D