Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, August 21, 2009

aHLaN WaSAHLan Ya RaMaDHan...

Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis bahwa dengan puasa kita belajar mengendalikan hawa nafsu serta mengendalikan setan yang menipu dan menjebak kita. Pada waktu kita puasa, kita membelenggu setan, membuka pintu surga dan menutup pintu neraka.Kita belajar menahan setan supaya tak masuk ke dalam tubuh kita. Salah satu pintu masuk setan ke dalam tubuh kita adalah melalui makan dan minum. Kita tutup pintu-pintu itu pada waktu siang hari. Kita melemahkan setan; membuatnya tak berdaya. Puasa adalah latihan mengendalikan hawa nafsu.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya. Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat sekalian.

5 comments:

One Malaysia said...

ahlan wasahlan ya ramadan...seronok yer dapat puasa di Mekah.doakan saya dan keluarga diberkatiNya dan selamat menjalani ibadah puasa.

Azemi Ali said...

Salam Ramadhan Dr. Ridzwan,

Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Dr Ridz,

Ramadhan Kareem.

rezeki said...

Salam,
ramadhan datang lagi utk mengulangi tuntutan yang hakiki, sambil bertanya pada diri apakah ramadhan kali ini yg terakhir buat kita .Maka berusaha dgn sebaik-baiknya utk mengisi bulan ramadhan ini dgn solat sunat ,zikirullah dan apa saja yang disarankan oleh islam seolah2 ramadhan ini ramadhan yang terakhir buat kita.
Alhamdulillah.

ridzwan said...

salam semua,
Saya baru mendarat di Changi Airport utk connecting flight MAS ke KLIA. InsyaAllah pengalaman umrah kali ini akan saya coretkan dlm blog ini.