Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, August 14, 2009

Ramadan


Tahukah anda doa apa ini?

”Ya Allah ampunilah, sayangilah, maafkanlah, bermurah hatilah dan hapuskanlah apa-apa yang Engkau ketahui dari dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa-apa yang kami sendiri tidak tahu. Sesungguhnya engkau Ya Allah Yang Maha Mulia.”

Doa ini sering di baca oleh para jamaah Haji & Umrah.

Di kesempatan ini saya ingin memaklumkan beberapa perkara:
1. InsyaAllah blog ini akan berehat lebih kurang 12 hari kerana saya akan berangkat ke Tanah Suci esok Subuh. Doa di atas akan saya lafazkan bagi meniti renjisan kedamaian.
2. InsyaAllah slot Haji Muda di Astro Oasis akan ke udara (ulang tayang) pada minggu pertama bulan Ramadan ini.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-kareem kepada semua warga muslim dan pengunjung setia blog ini.

8 comments:

rezeki said...

Salam,
Alhamdulillah, semoga tuan dan keluarga sentiasa dalam perlindungan ALLAH S.W.T dan dapat mengerjakan ibadat umrah dengan sempurna dan mendapat umrah yg mabrur. Jika tidak keberatan, minta sampaikan salam saya buat junjungan baginda kita Nabi Muhammad S.A.W.

E_jump said...

Salam Dr.
Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik...
sentiasa teruja membaca ilmu yg bermanfaat disini...

-ejam-

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan..Dr., moga perjalanan ke tanah suci bersama keluarga diberkati dan dirahmati Allah..semuga mendapat umrah mabrur..terasa semakin rindu bila mendengar sahabat2 yang ke sana..sampaikan salam penuh kerinduan saya dan suami kepada Rasulullullah saw..doakan juga kami mendapat rezeki mengerjakan haji dan umrah tahun ini..tahniah dan syabas selamat menyambut ramadhan almubaraq, al Kareem..semuga Allah ampunkan semua dosa2 kita dan menerima amalan soleh kita...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Ridz,
Selamat berangkat menunaikan umrah. KN doakan agar Ridz & famili selamat pergi dan kembali. Moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan ketika melakukan ibadah. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak nanti.Mudah2an mendapat keberkatan yang berganda dariNya.Amin.

One Malaysia said...

Salam Dr, Esok g umrah..bestnyaaaaaaa...rindunya saya suasana ibadah disana n rindu segala yg ada di Mekah n Madinah. kalau sempat saya email doktor minta doa disana nanti ok..salam

ridzwan said...

Salam semua sahabat blog,
Saya sekarang di Changi Airport transit sebelum meneruskan perjalanan.

Terima kasih kerana ziarah saya. InsyaAllah jika ada masa di Mekah dan madinah saya akan update blog dan hantar gambar.

msyuk said...

asalammualikum dr.
sampaikan salam saya sebagai salah seorang hamba yg memerlukan syafaat buat junjungn baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Sebagai berkongsi pengalaman, jika berpeluang, kunjungilah perkuburan Baqi' seawal setelah menunaikan solat subuh di madinah nanti, saya rasa suasananya adalah sebaik3 waktu kunjungan utk hati dan keinsafan kita sbg umat islam 'Malaysia' yang cetek pengetahuannya dlm sejarah perjuangan sahabat3 baginda Rasulullah S.A.W.

RKC said...

Salam Dr,

Alhamdulillah diberi rezeki untuk menunaikan Umrah. Sampaikan salam saya pada Rasullulah s.a.w jika berkesempatan.