Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, August 7, 2009

Tazkirah Jumaat- Pemimpin

Menjadi pemimpin bukanlah mudah. Rasululah s.a.w. melarang umatnya untuk sengaja menonjolkan diri mengejar pangkat dan jawatan. Bertolak dari nafsu mengejar pangkat dan jawatan menyebabkan seseorang akan menipu, memburuk-burukkan kawan, menjadi kawan sebagai musuh, memfitnah dan menikam orang lain dari belakang. Sikap buruk ini tidak akan membawa kebaikan kepada sesiapapun hatta kepada individu yang gelojoh dengan nafsu ini.


Rasululah s.a.w bersabda

“Wahai Abu Dzar, kamu seorang insan yang lemah, padahal jawatan sebagai pemimpin adalah amanah yang akan dipertangungjawabkan. Dan amanah pada hari kiamat nanti hanya akan mengundang penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang menunaikan hak kewajipannya serta menyempurnakan tanggungjawabnya (sebagai pemimpin).”


Ketika berkongsi dengan pengurus-pengurus muda dalam aspek kepimpinan, Saya berkongsi bahawa jalan terbaik membina pemimpin adalah dengan kembali kepada acuan AL-Qur’an dan sunnah rasululah s.a.w. Apabila kita menginsafi setiap perilaku dan keputusan yang kita buat akan dihitung oleh Allah, maka kita lebih berhati-hati, merendah diri, mempunyai integriti dan ikhlas demi Ilahi.

Dalam scenario politik semasa, apabila pegawai kerajaan (majoritinya Islam dan Melayu) di hetak meja, diserang di pejabat dan diperbodohkan oleh golongan anti Islam, maka tidak ramai pemimpin Melayu mara ke hadapan mempertahankan mereka. Jika usaha membenteras arak di kalangan pelajar IPTA dan sekolah di Shah Alam dihentam, maka di mana maruah ummah dan mengapa lesunya pemimpin-pemimpin kita? (Nota: Blog ini bukan blog politik tetapi isu ini melibatkan saya dan keluarga secara direct, justeru nukilan ini adalah untuk muhasabah diri).

Saidina Umar al-khatab r.a. di siang hari laksana singa memimpin umat dan Negara. Dan di malam hari beliau sujud dengan tangisan keinsafan.

Di pagi Jumaat ini, saya menadah tangan agar kita mampu melahirkan pemimpin-pemimpin hebat yang digeruni oleh musuh-musuh Allah namun mempunyai hati kecil merendah diri………..

7 comments:

rezeki said...

Salam,
antara ciri-ciri pemimpin ialah:
1. Wala (setia)
2. Matlamat Islam yang menyeluruh
3. Mengikut syariah dan akhlak
Islamiyah
4. Memberi Thiqah

dan prinsip asas kepimpinan dlm islam diantaranya :
1. Syura
2. Adil
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Shad, 38: 26)

3. Bebas memberi pandangan dan
pendapat

Kita sebagai manusia dan pemimpin tentunya agak sukar untuk menepati semua kritiria-kritiria tersebut . Namun kita haruslah berusaha ke arah tersebut dari sekarang kerana cabaran dunia akhir zaman ini sangat hebat. Semoga usaha ke arah kebaikkan ini dapat dilakukan untuk kesejahteraan umat Islam .

Adalah suatu kewajipan yang terbesar yang wajib dilaksanakan oleh seseorang pemimpin atau penguasa. Seseorang pemimpin perlu memastikan perjalanan pemerintahannya dan pentadbirannya berjalan menepati dasar-dasar syariat agama bermula dari dasar aqidahnya, hukum-hakamnya dan dalam soal membuat keputusan. Persoalan syiar-syiar Islam perlu dibangunkan (disemarakkan) dan dizahirkan seperti persoalan solat berjama'ah, solat Juma'at, azan, zakat, dan seterusnya. Seterusnya, sehinggalah kepada sistem pentadbiran, perundangan dan lainnya.

benludin said...

amin.......

Unknown said...

Amin..
moga2 ada Allah memberi petunjuk ke jalan kebenaran buat kita semua..

benludin said...

salam tuan,
referring to you tube kat sebelah tu...imamnya sheikh rashid masyari kan??

my favourite imam selain sheikh mahir(imam mekah)..bacaan mereka mmg bikin saya syahdu

ridzwan said...

Salam rezeki,
saya setuju 100%. InsyaAllah kita akan usahakan yang terbaik.

ridzwan said...

Ben,
Lama tak dengar cerita? Yes, ayat Quran tersebut dibaca oleh sheikh Rashid Al-Mashyari

ridzwan said...

Impian serikandi,
InsyaAllah & Amin.