Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, October 2, 2009

Masjid dan Pejabat juga tidak selamat..?

Minggu lepas saya menerima panggilan menyatakan pejabat Masjid Munawarrah di pecah masuk lagi. Sudah banyak kali Masjid di pecah masuk. Berbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya namun masih berlaku juga. Hari Rabu lepas sebuah kereta di pecahkan cermin kereta waktu jamaah solat Isya’. Semalam (Khamis), dua lagi kenderaan jamaah dipecahkan cermin dan turut kehilangan barang berharga. Di kala pengurusan Masjid berusaha keras mengajak orang ke Masjid, ada pula segelintir anak muda kita buat kerja-kerja khianat ini. Ini akan mengakibatkan jamaah tawar hati dan mungkin menjauhkan diri dari masjid.

Semasa saya belajar di luar negara dahulu, kisah kereta curi, cermin kereta dipecahkan, logo Mercedes di patahkan dan kedai muslim dipecahkan adalah perkara biasa; santapan harian. Ketika itu, saya berfikir anak-anak muda bekas penjajah ini sudah hilang arah dan banyak membuang masa dengan berfoya-foya. Budaya buruk ini kini hadir di hadapan kita. Ianya dilakukan oleh anak-anak muda Melayu. CCTV yang dipasang di Masjid berjaya merakamkan gelagat anak Melayu ini (bermotosikal). Pernah juga berlaku kamera cctv di curi dan di rosakkan. (Pihak Polis arahkan Masjid pasang CCTV). Walau apa sekalipun usaha dilakukan, kejadian ini mengambarkan buruknya akhlak anak-anak muda Melayu.

Pun begitu cerita di bawah ini lebih menakutkan. Seorang wanita muda diculik di depan pejabat....

**********************************************

Pada 19 Sept 2009 lalu, seorang eksekutif muda (wanita) telah diculik di hadapan pejabat beliau di KL ketika keluar pejabat dari bertugas. Kejadian berlaku sekitar jam 6.10 petang. Penculik beliau adalah lelaki India (lelaki Hindu lagi...!) dengan menarik wanita ini ke kereta beliau dan mengacukan senjata tajam. Suspek menggunakan kereta Proton Waja hijau plat nombor WHY 2122.

Mangsa telah dibawa oleh suspek ke sebuah rumah kosong dan terpencil di jalan Tun Sambanthan Brickfields dan mereka sampai disana pada pukul lebih kurang 6.35 petang. Tiba di rumah kosong, Mangsa diugut untuk di rogol dan dijual. Lebih kurang jam 7 malam suspek mengajak mangsa pergi ke Mid Valley untuk makan. Sampai disana suspek belanja mangsa makan di McD. Selepas makan dan berjalan-jalan di Mid Valley, dengan kebijaksanaan mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Keberanian mangsa menguasai minda sendiri dan minda suspek telah berjaya menyelamatkan beliau. Mungkin sedikit amalan Quran dan zikir harian berjaya membantu mangsa .

Tanah Melayu oh Tanah Melayu... Bila nak aman?

6 comments:

rezeki said...

salam dr,

inilah merupakan masalah yg dihadapi oleh negara kita sekarang. masalah keruntuhan akhlak dan gejala sosial.

jenayah ragut, rogol, dadah, arak dan mcm perkara biasa dihidangkan kpd kita di media2 massa.

pemimpin kita dari peringkat yg paling tinggi sehinggalah paling rendah spt pemimpin masyarakat seharusnya mula memikirkan jalan dan cara utk mengatasinya. jangan akibat pembangunan keduniaan sahaja , akhlak anak2 muda kita hancur lebur...

Unknown said...

Kami di R&D pun dapat berita tersebut . Sebagai perempuan,saya pun takut. Saya antara yag slalu datang pejabat pada waktu cuti.

Tampaknya kita perlu lebih berhati-hati.Sesunggunya malang tidak berbau !

inamohamed said...

Saya pun ada terima email dr kawan2mengenai kejadian. Tapi saya ragu2 sebab email tu bukan dari sumber rasmi sykt...email berantai. Saya mmg tak suka percaya pd cerita2 yg bukan dari sumber rasmi sb banyak tokok tambahnya & kadang2 langsung tak betul (ckp b'dasarkan pengalaman).

Tapi kali ni mmg betullah berlaku.

Apapun, kita berusaha, berdoa dan serahkan kembali segala urusan kita kpd Allah Yang Maha Mengetahui.

ridz said...

Salam rezeki,
Apa agaknya yg boleh kita lakukan?

ridz said...

Salam ina,
Maklumat adalah info rasmi yg telah saya audit dan ringkaskan. Biasanya saya tidak akan quote surat berantai atau sumber yg tidak sohih. Di dalam posting-posting lepas saya juga ada memberi hint-hint penting (agak sensitif tetapi sumber sahih. Namun oleh kerana tiada respons dari pengunjung blog, maka saya simpan sahaja (tidak dikupas lanjut).

Terima kasih dengan kepercayaan dan sokongan.

rezeki said...

salam dr,
undang2 rasanya telah digubal utk mengatasi masalah tersebut, cuma penguatkuasaannya tidak dapat dilakukan dengan baik dan menyeluruh kerana faktor human resourse .

kurikulum pula kebanyakkannya telah digubal ditekankan berkaitan perkara2 berikut, cuma perlu dipertambahbaikan.

kebanyakkan masalah berpunca dari faktor sosial yang rasa rasa bermula dari rumahlagi.Institusi kekeluargaan hari ini tidak mantap seperti dahulu, begitu juga dgn institusi masyarakat. Kalau pada masa zaman kita dulu, mana berani melakukan sesuatu yg bukan2. Tentu sampai ke pengetahuan ibubapa kita. Tapi sekarang org yg lebih tua tidak berani menegur krn ada ibu bapa yang tidak dapat menerimanya.

Begitu juga di sekolah, kalau dulu kita melakukan kesalahan di sekolah, apabila ibubapa mengetahuinya, tentu kita akan lagi teruk dimarahi dan silap2 dibelasah lagi. Tapi kita lihat sekarang, ibubapa banyak mempertahankan anak2 tanpa usul periksa. Dahlah tanggungjawab diserahkan sepenuhnya pada pihak sekolah, kalau guru atau pihak sekolah mengambil tindakan atas masalah disiplin, tanpa usul periksa, pihak guru dan sekolah pula diserang sampai ada yang handak menyaman .
Kerana itulah, sekrg banyak guru yang hanya "mengajar" bukan "mendidik" spt suatu masa dahulu.

sekarang masyarakat banyak menggunakan istilah "kau jaga kubur kau, aku jaga kubur aku"

jadi, masyarakat sekrg perlu disedarkan betapa teruknya dan seriusnya "penyakit-penyakit sosial" yang telah menjadi barah dalam masyarakat kita.

apa-apa pun kita sebagai rakyat malaysia ,kembalilah kepada cara kehidupan bermasyarakat, dan sebagai umat islam kembalilah dan berpegang kepada ajaran agama dan sunnah rasulullah.

insyallah kehidupan kita selamat bukan sahaja di dunia, tapi juga akhirat.

sekadar pengkonsian.