Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, October 1, 2009

Musim Haji Kembali Lagi

Foto: Padang Arafah - Kemuncak Haji

Pagi ini saya bertemu dengan seorang pengurusan kanan membincangkan urusan pelan perniagaan tahun hadapan 2010. Selepas membincangkan isu-isu strategi dan pelan tahun 2010, pengurus besar ini mengucapkan terima kasih kepada saya kerana memberi dorongan untuk menunaikan Haji. InsyaAllah, beliau akan berangkat melengkapkan rukun Islam ini pada bulan hadapan. Usia mencecah pencen adalah normal bagi masyarakat kita. Yang penting, mahu melaksanakannya.

Seronok sungguh bila membicarakan bab Haji dan Umrah. Hati dan fikiran terasa lapang. Dengan sedikit perkongsian dan penerangan, beliau kelihatan ceria dan bersemangat. Menunaikan Haji mengikut pakej swasta ++RM25,000 sudah tentu mempunyai nilai tersendiri.

Ada beberapa perkara yang perlu saya berkongsi di blog ini (soalan yang dikemukakan oleh pegawai ini kepada saya):-

1. Perlu kah menghadiri program Haji perdana?
Pegawai ini bertanya saya wajibkah menghadiri program Haji Perdana? Boleh excuse tak?
Perkara ini saya telah kupas di blog ini pada musim Haji lepas. Ringkasnya, pilihan di tangan kita. Saya berpendapat, hadirlah ke program ini walaupun mungkin kita rasa kita sudah tahu banyak perkara dan kita telah berguru serta yakin dengan ilmu kita. Latihan ‘kesusahan’ di program ini akan memantapkan persediaan Haji kita.

2. Perlukah membawa blackberry ke Tanah Suci?
Nasihat saya- TIDAK PERLU. Gunakan hanfon (apa sahaja teknologi dan features hp) pada tahap minimum. Jika boleh, switch-off minda dari urusan pejabat seminggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Ini akan memberi lebih kekuatan buat kita. Urusan pejabat tidak akan selesai sampai bila-bila selagi kita bekerja/makan gaji. Bila kita sakit atau hospitalized, tiada siapa akan peduli hal ehwal kita. Sakit tanggung sendiri.

3. Cuti
Mohon cuti awal seminggu sebelum berangkat. Selesaikan semua keperluan keluarga seperti bil-bil utiliti, bayaran ansuran pinjaman dan urusan anak-anak. Ketika cuti ini, ajak isteri ke tempat riadah selepas Subuh. Buat senaman, jogging atau apa-apa bentuk latihan jasmani bagi meningkatkan tahap kecergasan diri.

4. Bermaafan
Kita tidak mampu untuk bertemu dengan semua saudara-mara dan rakan-rakan di Hari Lebaran ini. Nasihat saya, aturkan program ’open house’ dan telefon saudara-mara dan rakan-rakan supaya hadir. Juga maklumkan bahawa anda akan ke Tanah Suci tahun ini. Jadi majlis open house ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya disamping boleh diselitkan agenda majlis doa selamat dan kesyukuran ke Tanah Suci.

Moga perkongsian kecil ini bermanfaat.

8 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam dr ridz,

dah musim haji! teruja!

rezeki said...

Salam Dr,

cerita bab musim haji ini, teringat saya semasa kami membuat persiapan dulu semasa nak pergi.

Kursus hujung minggu 20 kali juga . Kursus perdana yang dibuat memberikan sedikit gambaran . masa tu buat di stadium dan beberapa buah sek. berdekatan.

Dgn berpakaian ihram dan kusut masai , kami menjalani kursus perdana tersebut dgn berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat . Baring di kaki lima dgn hanya beralaskan tikar .Namun cabaran sebenar lebih hebat di sana .

Setiap hujung minggu pula , kami joging di tepi sungai KT sebagai persiapan jasmani .

alhamdulillah, semasa disana, segalanya dipermudahkan dlm melaksanakan ibadat haji.

sesungguhnya persiapan mental dan fizikal sgt penting . tinggalkanlah segala pangkat dan kekayaan kita di malaysia , kerana kita di sana sama sahaja di sisi Allah SWT. yang membezakan adalah amalan kita .

Banyak yang saya lihat disana yg membawa sekali gelarannya disini sehingga terlupa tujuan mereka ke sana. semoha Allah SWT mengampunkan dosa2 mereka dan juga kita.

inamohamed said...

Salam Dr Ridzwan,

Baca cerita mengenai haji/umrah nie mmg tak jemu2 dan menenagkan hati. Malah hati menjadi semakin rindu w/pun saya telah menjadi tetamunya pd musim lepas (1429H).

Sebaik balik dari Tanah Suci saya pergi ke TH utk mendaftar semula, namun belum boleh berbuat demikian krn nama belum di keluarkan dr sistem mereka. 2-3 kali saya ke TH tapi hampa. Baru semlm saya berpeluang mendaftar semula dan kali ini satu keluarga (saya, suami & 3 anak). Ikut daftar, tahun 2027 (18thn tuh), baru tiba giliran. InsyaAllah, dptlah anak2 jadi Haji Muda (yg sulung skrg 17th, no 2 12 thn & ke3 10thn. Kalau nak cepat, kenalah saya ikut pakej nampaknya.

ridz said...

Salam Kak Nab & rezeki,
Bila agaknya nak gi Haji lagi? Walaupun banyak cabaran, nikmat Haji tidak dapat dilupakan. Tahniah!

ridz said...

Salam ina,
Tahun 2027? Lama tu... Saya fikir bergurau bila rakan saya sebut akan pergi Haji tahun 2027. Awal tahun ini angkanya baru 2025. Dengan lain perkataan (anggaran kasar) pada tahun ini sahaja sudah ada lebih kurang 50,000 orang mendaftar Haji. Satu pencapaian yang cemerlang. Alhamdulilah, saya daftar tahun 2007 lalu dan dapat angka 2017.

Di Indonesia, saya difahamkan mereka sudah hadkan umur 55 tahun untuk mendaftar haji.

Apapun tahniah dapat mendaftar lagi sekali. Waktu tu mungkin umur dah ++50 kot..

One Malaysia said...

Dr, rindu saat2 meniti perjalanan haji thn lepas.rasa baru semalam kami melangkah ke Tanah Suci.pg td sempat mengimbas gambar2 kenangan semasa mengerjakan haji.Betapa perasaan itu melonjak2 ingin kesana lagi utk melakukan yg lagi terbaik utk hj kami lagi....
Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

rezeki said...

Salam dr,

kami sekeluarga kalau mengikut giliran 2020 , daftar semula tahun lps. semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki dijemput menjadi tetamu Allah.

m.q said...

seronoknya menjadi tetamu ALLAH