Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, September 28, 2009

Rompak

Dua bulan lepas saya ada berkongsi cerita berkenaan kereta rakan saya dirompak/di larikan oleh pemuda hindu di Putra Heights. Ketika itu, saya komen adakah Tanah Melayu ini aman? Pada malam Eid Fitri pula, sebuah bank yang baru beberapa hari di buka di Pusat perniagaan Putra Height dirompak.

Nauzubillah, Hijran mahjura. Sejak akhir-akhir ini begitu banyak kes sebegini berlaku. Berikut adalah contoh-contoh lain (kisah benar):-

Kes 1 :
Dua hari sebelum cuti Raya (Kejadian berlaku di KL jam 5.30petang), rakan saya menerima nasib yang kurang baik di mana kereta beliau di himpit oleh pemuda hindu. Pemuda hindu ini, dengan lakonan watak bersimpati kononnya berlaku kebocoran di break kereta, telah memaksa rakan saya memberhentikan kereta Mercedes nya. Selepas kereta beliau berhenti, si India ini terus menunjukkan kebocoran. Tanpa berlengah, beliau terus membuka tayar kereta. Lebih kurang 5 minit kemudian, rakan gangster beliau datang membawa tayar pergi. Dalam tempoh 10 minit sahaja, empat pemuda hindu lain berbadan sasa dan berwajah gangster datang ke lokasi dan menyerahkan bil RM1,900 untuk khidmat mereka. Cuba fikirkan, jika anda keseorangan apa yang anda boleh lakukan?

Kes 2:
Di Klang berhampiran Jusco Bukit Raja/ Padang Jawa, pemuda hindu melakukan aktiviti yang sama. Kereta kenalan anak saudara saya di himpit dua buah kereta dipandu pemuda hindu dan terus melarikan kereta beliau. Kejadian berlaku di waktu malam.

Kes 3:
Rumah rakan saya dimasukki orang dan kehilangan barang-barang penting seperti handbag, kain mahal dll. Kesilapan beliau ialah membiarkan pagar dibuka dan pintu rumah tidak dikunci dengan alasan hanya keluar sebentar untuk hantar anak ke pusat tuisyen.

Kes 4
Jiran saya kehilangan kereta yang di letakkan di luar rumah tanpa ada alat-alat keselamatan lain. Ketika bangun tidur kereta beliau masih ada di luar, tetapi bila sudah bersiap untuk ke pejabat, kereta sudah tiada.

Tips berikut boleh membantu kita bersama bagi mengelakkan risiko ini:-

1. Elakkan memandu berseorangan khususnya di sebelah malam.

2. Hindarkan jalan-jalan yang sunyi

3. Jangan hon pemandu kenderaan yang kurang ajar. Jika mereka cuba ’provoke’, buat tidak tahu aje.

4. Kunci pagar rumah walaupun keluar hanya sebentar

5. Gunakan alat keselamatan kenderaan yang boleh menjamin ketenangan fikiran. Tidak boleh mengharap sistem pengera kereta semata-mata.

6. Jika anda seorang wanita dan memandu seorang diri, sila tengok cermin belakang dan cermin sisi kereta jika ada kemungkinan kereta anda diekori.

7. Bagi kes no 1 di atas, jika kita berhadapan dengan situasi ini, segera telefon rakan-rakan anda. Jika terdesak minta bantuan peronda/polis lebuhraya. Jika anda ahli AAM (bukan untuk kempen AAM), pedulikan apa-apa tawaran dari mana-mana pihak untuk membantu. Maklumkan bahawa anda ahli AAM dan unit teknikal AAM akan datang membantu. Segera telefon Rescue Team AAM (walaupun kadang-kadang mereka tiba lewat akibat tugas mereka di tempat lain).

Adakah Tanah Melayu ini aman?

Moga Allah sentiasa memelihara kita di setiap perjalanan kehidupan.

7 comments:

inamohamed said...

Salam Dr,

Di mana-mana saja kini dah tak selamat, hatta sekalipun di dalam rumah sendiri. Kereta saya sendiri pernah dilanggar dari belakang ketika pulang seorang diri dari kerja l/kurang jam 11.30pm. Alhamdullillah, saya tak panik & meneruskan perjlnan hingga ke balai polis berhampiran.

Di samping langkah2 keselamatan yang Dr. senaraikan, disarankan juga kita berdoa sebelum memulakan perjlnan. Boleh juga solat sunat 2 rakkat bagi perjlnan jauh dan baca Yaasin semasa didlm kenderaan.

P/s: yang terbaik kita hafal 30 juzuk AlQuran. Paling tidak kita hafal surah Yassin krn banyak fadilatnya.

Unknown said...

Salam Dr,

Good info. Thanks for sharing.

Tq

rezeki said...

Salam,

mmg tanah melayu sekarang tidak aman lagi . Jenayah berleluasa . langkah terbaik berusaha dgn mempraktikkan segala langkah2 pencegahan dan setelah itu bertawakkal sepenuh hati kepada Allah SWT.

Allah berfirman, yang ertinya :

"Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang Mukmin bertawakal". (Ali Imran: 122)

"Dan, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya". (Ath-Thalaq: 33)

Insyallah.

One Malaysia said...

Salam.Memang benar apa yg Dr katakan.kami memang bertawakal betul kat Allah lindung kami dalam apa jua pun.mmg time kunci rumah selawat dulu mohon peliharaanNya.Tapi dalam hati tidak masih terfikir2 yg bukan2.

ridzwan said...

Salam cik pn ina,
Alhamdulilah selamat. Apa cerita selepas ke balai polis?

Satu harapan yang tinggi utk jadi Hafiz. InsyaAllah kita sama-sama usahakan.

ridzwan said...

Salam impian serikandi, Hajjah Noor dan CR,
Tawakal dan usaha perlu diselaraskan. Moga Allah memelihara kita.

inamohamed said...

Waalaikum salam Dr,

Tiba di balai saya cek blkng kereta dulu, tapi tak ada apa2pun w/pun cara dilanggar tu mcm kuat. Di balai, ramai sgt org tengah q utk buat report. Masa tu dah 12.30mlm. Kalau saya tunggu mungkin pkl 2am/3am baru turn saya. Jadi saya terus balik ke rmh sb keesokkannya saya kena attend w/shop di pejabat. Saya tak cam kereta dan nombor krn kwsn kejadian terlalu gelap.

Sebenarnya masa nak bawa kereta saya lupa baca doa sb mungkin teruja nak hantar 2 kwn non muslim balik ke hotel mereka. Itulah kisahnya.

p/s Baru saya tahu balai polis nie sibuk selepas tengah mlm.