
Sebelum berbuka puasa dan solat tarawikh, baginda Sultan mencemar duli menerima cenderahati buku Haji Muda sumbangan peribadi saya dan pengurusan Masjid Munawwarah.


Kelihatan baginda bertanya beberapa soalan mengenai buku Haji Muda, sempat juga saya memberi sinopsis ringkas. Kemudian secara tiba-tiba baginda menghulurkan tangan mengucapkan tahniah.
Saya berpendapat, usaha pengurusan masjid untuk mengimarahkan masjid tanpa mengira fahaman politik akan berjaya jika masing-masing mahu kembali kepada Al-Qur’an. Masyarakat muslim yang berpecah belah tidak akan menguntungkan siapa-siapa pun.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi menjunjung kasih kepada DYMM Sultan. Juga terima kasih kepada MB Selangor, Exco Agama S’gor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis Di Raja , YB-YB dan semua yang hadir. Kepada AJK Masjid, Tahniah! Kerana anda telah melakukan sesuatu yang terbaik buat DYMM Sultan, ummah dan masyarakat faqir miskin dan ibu-ibu tunggal.
6 comments:
Salam Dr Ridz,
KN ucapkan setinggi2 tahniah!
Lepas ni tulislah mengenai pengalaman mengerjakan umrah baru2 ni...
Salam,
tahniah
Salam..Tahniah Dr.Mesti seronok dapat jumpa dengan Sultan.
Taniah buat Uncle.
Keep up your good job! =)
Salam Kak Nab,
Buku saya dah siap pada 1hb Ogos lalu bertajuk "Cinta Kaabah". Sekarang menanti lampu hijau penerbit.
Salam rezeki, Hajjah dan Fatin,
Terima kasih dgn komen dan sokongan berterusan.
Post a Comment