Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, September 10, 2009

Umrah Ramadan 2009 #2 : Iftar di Masjidil Haram

Berbuka puasa di Masjidil Haram adalah satu pengalaman baru buat saya. Pada hari pertama Ramadan, saya memberi taklimat kepada rakan-rakan dan berbincang beberapa perkara ibadah termasuk adakah perlu kita perbanyakkan umrah di bulan Ramadan dan beberapa tips lain.


Kami melangkah ke Masjid sekitar jam 5 petang. Masjid sudahpun penuh. Alhamdulilah ada sedikit ruang sempit untuk kami. Kami mengambil peluang dengan membaca Al-Quran sehingga petugas menyediakan keperluan berbuka puasa seperti buah tamar, sedikit roti dan air panas kopi/teh Arab.

Photo: Persediaan iftar di Masjidil Haram

Suasana berbuka di sini jauh bezanya. Mereka berbuka dengan beberapa biji kurma dan minum banyak air zam-zam. Semangat ukhuwah begitu terasa kerana masing-masing berkongsi apa yang ada biarpun hanya sedikit bekalan. Tidak nampak gaya-gaya mewah dan riak. Di satu sudut saya perhatikan seorang CEO syarikat besar dari Kuwait amat sibuk mengarahkan pegawai/pekerja mereka menyediakan kurma dan air untuk jamaah dalam masjid. Mereka berebut-rebut memberi makan kepada insan-insan yang berpuasa.


Photo: Jamaah disediakan beberapa tray tamar dan air zam-zam untuk berbuka.

Satu perkara yang kita biasanya lupa dan tidak ambil pusing telah Allah tunjukkan kepada saya. Saya masih ingat arwah ayah saya berpesan dan guru-guru kita berpesan supaya banyakkan doa di bulan Ramadan. Budaya ini begitu jelas di Masjidil Haram. Kira-kira Sepuluh minit sebelum azan maghrib, hampir setiap individu di masjidil haram menadah tangan berdoa secara sendirian bagi mengambil barakah Ramadan. Melihat budaya positif ini, saya turut sama berdoa. Harapan saya agar saya mampu melakukan doa ini di setiap kali sebelum berbuka puasa (bukan doa makan aje ..).

Dalam tempoh 10 minit sahaja, petugas akan bertungkus lumus membersihkan kawasan solat. Mereka benar-benar professional dan pantas bertindak. Solat Maghrib segera dilaksanakan. Saya berpendapat (melalui pengalaman ini), solat maghrib selepas makan beberapa biji kurma dan beberapa teguk air zam-zam dapat meningkatkan tahap konsentrasi solat daripada makan berat, wallah’alam. Selepas solat maghrib, jamaah biasanya akan keluar dari masjid untuk pulang ke hotel atau mencari makanan kegemaran di kedai-kedai sekitar Masjidil Haram.

Mutiara Bicara:-
Allah memberi saya ilmu-ilmu dan pengalaman berikut:-
1. Lakukan doa 10 minit sebelum azan/ waktu berbuka.
2. Berkongsi makanan/minuman/rezeki dengan orang lain biarpun sedikit.
3. Berbuka dengan makanan ringan/kurma akan lebih memberi konsentrasi ibadah
4. Jika anda berpuasa di Mekah, datanglah awal ke Masjid kerana jika lewat Masjid akan penuh sesak.

3 comments:

One Malaysia said...

Dr,walaupun tdk merasa Ramadan di Tanah Suci tapi berpuasa di Bulan Syaaban dan Muharram di Mekah/Madinah saya merasai nikmat itu.Orang bersedekah sana sini.Rezeki limpah ruah.Seronok tak terkira..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Dr Ridz,

seronoknyer dapat baca entri yg berkaitan pengalaman dr sewaktu iftar di Haram.

nak ikut berdoa jugaklah sebelum berbuka nanti!

rezeki said...

Salam,
sememangnya suasana ramadhan di sana lebih meriah dari sambutan syawal kerana masing2 mengejar melakukan amal ibadat sebanyak mungkin dan juga sebaik mungkin .

Alhamdulillah