Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, September 16, 2009

Lailatul Qadr

Ramadan bakal berakhir 3 hari lagi. Kebanyakkan masjid sudah melaksanakan khatam Quran. Individu seperti saya (mungkin tuan/puan juga) masih terkial-kial untuk khatam secara individu. Atau mungkin ada juga yang sudah keletihan. Sejak malam 21 Ramadan pula, cuaca agak dingin; syok tidur. Sebelum subuh pula, hujan turun dengan lembut dan amat nyaman. Begitu merelekskan fikiran dan badan. Boleh juga menjadi excuse untuk tidak berjamaah subuh di Masjid.

Bila menyentuh lailatul Qadr pula, ada rakan-rakan yang sudah give-up. Alasan mereka Lailatul Qadr sudah pun berlalu berdasarkan penilaian mata kasar. Ada yang menyebut pada malam 23 dan ada yang berhujah malam 25 lalu. Justeru, apa perlunya bekerja keras mengejar lailatul Qadr jika ia sudahpun berlalu? Hujah suasana tenang di pagi tersebut dan mentari kurang cahayanya selepas subuh bukanlah hujah yang tepat. Ianya mempunyai sandaran hadis, namun saya berpendapat bukankah masih ada baki 3 hari lagi untuk diusahakan? Tiada siapa yang boleh nyatakan bahawa seseorang itu sudah memperolehi lailatul Qadr, ianya satu nilai abstrak tinggi yang hanya Allah dan para malaikatNya sahaja yang mengetahui tarikh sebenar.

Mungkinkah malam ini (27 Ramadan) malam lailatul Qadr?

Ubay bin Ka’b berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bila lailatul qadr itu, iaitu malam yang kami diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk solat padanya. Iaitu malam yang esok paginya (adalah hari ke) dua puluh tujuh. Adapun tandanya adalah matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan putih tidak menyilaukan.” (HSR. Muslim no. 762, Tirmidzi, Abu Dawud, al-Humaidi dan lainnya).


Ibnu Abbas berkata: “Lailatul Qadr adalah malam yang lembut, sedang, tidak panas, tidak dingin; matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan lembut, merah“. (HR. at-Thayalisi 349, Ibnu Khuzaimah dan al-Bazzar dengan sanad yang hasan)

Photo Langit Merah di Bumi Mekah. Satu hari indah di bulan Ramadan 2009.

Apa sahaja hujah, kita masih ada lagi 3 hari untuk usahakan lailatul Qadr. Yang penting, kita teruskan meningkatkan amalan kerana sasaran akhir kita adalah menjadi insan yang bertaqwa selepas Ramadan sebagaimana yang di jelaskan di dalam Quran. Kepada bakal jamaah haji, waktu yang tinggal ini adalah peluang terbaik untuk melatih diri beriktikaf dan melakukan solat-solat malam.

Mutiara Bicara:
Untungnya jika dapat memperolehi lailatul Qadr di Mekah al-Mukarramah.

6 comments:

inamohamed said...

Salam Dr Ridzwan,

Sekadar berkongsi rahsia dan peringatan utk diri sendiri...

Carilah Lailatul Qadr pada diri sendiri, bukannya pada alam keliling krn ia diturunkan istemewa utk manusia, bukan utk haiwan,tumbuh2an atau mahluk yg lain. Lailatul Qadr dpt dirasa dan dilihat dgn mata basirah, bukannya mata zahir yg sebenarnya buta. Jika ini difahami, Insya Allah, tidak perlu kita memburu/mencarinya krn ia akan datang mencari kita.

ridzwan said...

Salam pn ina,
Saya bersetuju dgn pandangan cik puan. Pun begitu, kita dianjurkan utk meningkatkan amalan di 10 akhir ramadan. Moga usaha ini akan berterusan selepas Ramadan.

TQ

rezeki said...

Salam ,
itulah kekuasaan Allah SWT yg tiada tolok bandingnya. Jika dah set malam lailatul qadar jatuh pada sekian-sekian hari dan malam, senanglah
kita sebagai org islam .

sentiasalah beribadah pada setiap masa dan malam lailatul qadar itu adalah antara malam yang sangat istimewa ganjarannya seperti yg dijanjikan oleh Allah SWT

shami2 said...

Salam Dr Ridwah

Kalau mencari adalah yg dijumpai, kalau dh dijumpai jgn pula dibiarkan pergi, mestilah disusuli ilmu dn amal sehingga ke liang lahad yg akan kita kunjungi nanti.

Apokalips said...

Salam Doc,
Sayu juga bila Ramadhan hampir meninggalkan kita. Semangat dan jiwa Ramadhan bagi saya umpama orang bercinta. Tak sabar menunggu malam untuk bersujud, berdoa dan membaca Al-Quran. Bulan-bulan biasa saya selalu leka, tak terbuat dengan sempurna.

Semoga Hari Raya ini lebih meriah dan ceria.
Maaf zahir & batin.

~Jom pi Kedah~

ridzwan said...

Salam Shami & Apokalips,
Ha, betul tu kalau dah jumpa jangan bagi dia pergi. Jika dah boleh sujud tengah malam, usah dipinggirkan lagi. InsyaAllah kita akan ingat-mengingati. Harapan saya moga blog ini terus berbakti.

Ilahi ya Rabbi, ampunilah kami.