Selepas kembali ke tanahair, banyak perkara urusan rasmi pejabat perlu diuruskan disamping aktiviti-aktiviti masyarakat yang perlu diteruskan. Blogpun tidak sempat hendak dikemaskini. Berikut adalah aktiviti terkini:-
***1. Haji Muda ke Istana ***
Saya menerima maklumat lewat malam semalam dari Setiausaha Masjid berkaitan buku Haji Muda akan ke istana. Saya terkejut menerima berita ini kerana ianya tidak pernah saya rancang atau saya fikirkan. Ungkapan ringkas saya, ”Alhamdulilah.” InsyaAllah unit protokol istana, pengurus projek lawatan DYMM Sultan Selangor ke Masjid Munawarah dan pengurusan masjid telah bersetuju buku Haji Muda diserahkan kepada DYMM Sultan sebagai cenderahati atas kesudian DYMM Sultan mencemar duli untuk bersama-sama rakyat di majlis iftar Masjid Munawwarah. Saya diminta menyerahkan 5 naskah buku Haji Muda kepada setiausaha masjid dan unit protokol istana. Jika perkara ini benar, ianya adalah satu penghormatan kepada penulis dan bakal memberi dorongan besar kepada saya untuk terus aktif bersama membangunkan masyarakat dengan acuan Islam.
***2. Tazkirah Ramadan***
Alhamdulilah, majlis tazkirah ramadan telah saya sampaikan di sebuah surau di Shah Alam malam semalam 2 Sept 2009. Undangan telah dibuat sebelum Ramadan lagi, yang mana saya merasakan perlunya saya berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu.
Secara ringkas, saya membicarakan akan pentingnya ummah memahami budaya jahiliah yang menyerang kita di setiap sudut. Dengan berpegang kepada kalimah syahadah, kita dituntut untuk menyusun masyarakat. Dalam konteks Ramadan, pemegang mohor shahadah diberi tiga bentuk kemuliaan iaitu rahmah, maghfirah dan keselamatan dari api neraka. Saya berkongsi tips bagaimana untuk kita memperolehi tiga bentuk kemuliaan ini. Di penghujung tazkirah motivasi ramadan, saya cuba kaitkan shahadah, kemuliaan dan perlunya kariah setempat sensitif kepada isu-isu masyarakat dan sama-sama membina generasi gemilang.
3 comments:
Salam Dr,
Tahniah dan sebagai seorang kawan saya berbangga dengan Dr. Teruskan semua usaha murni ini.
Salam Dr, Tahniah n rasa bangga amat2 pula bila Dr dipanggil Istana.Maksudnya IStana pun maklum hal rakyatnya k. ps:kirim salam kat Sultan boleh?
Salam,
semoga usaha tuan dlm memertabat islam pelalui penulisan dan apa cara sekalipun sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.
Alhamdulillah
Post a Comment