Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, June 17, 2010

Bolehkah Pemimpin sarapan di gerai..?

Manusia berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin. Ada yang sanggup melabur jutaan RM, fitnah memfitnah, menjatuhkan orang lain dan menipu demi mencapai cita-cita menjadi pemimpin. Parti politik bersepah, NGO juga terlalu banyak dan persatuan-persatuan juga tidak terkira. MAsing-masing mempunyai matlamat tersendiri.

Bila sebut pemimpin, maka kita terbayang rumah banglo, kereta mewah, jet peribadi, pakaian mahal, makan di hotel 5 star dan dikelilingi wanita jelita.

Bila difikir kembali, apa sebenarnya yang mereka kejar? Kita juga kena tanya diri kita, apa yang sebenarnya yang kita kejar. Mengikut falsafah kuno, Raja (atau pemimpin) adalah hamba kepada rakyat, justeru adalah wajib untuk rakyat mematuhi arahan ‘pemimpin kepada hamba rakyat’.

Berikut saya kongsikan coretan seorang teman (email ini telah beliau hantar bulan April 2010 lalu yang masih saya simpan).
“Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..
Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami.. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..”

Adakah kita mempunyai ciri pemimpin sebegini?

10 comments:

Anonymous said...

Dr., tuan guru Nik Aziz mmg humble sgt orangnya. teh ais yg dia tak habis minum kat gerai pon dia tapau sbb bergegas nak pergi meeting. rumah dia pun dia taknak bodyguard. and dia tak tinggal di rumah official, dia tinggal kat rumah dia sebelah sekolah pondok. tiap2 pagi jumaat dia akan kuliah live kat KB. kuliah dia sgt senang dan simple utk faham. then kalau nak jemput dia cukurkan kepala baby pun dia tak tolak kalau dia kelapangan. alhamdulillah kami ada pemimpin macam dia di negeri kami..

p/s: sorry Dr., saya tak sempat beli lagi buku Dr. Insyallah balik Malaysia nanti saya beli. Haritu nak pesan thru member nak datang UK tak berkesempatan..

Juliana

indah said...

so beautiful to see a humble leader. i wish i can meet him. i've heard abt him and all those who have met him would hv felt his humility. I pray there'll be more like him and i'll be living among them.

HM said...

Salam Ju,
Bertuahnya rakyat Kelantan mempunyai pemimpin bertaraf tuan guru.
Macam mana study?

HM said...

Salam Indah,
Most probably bcoz of Tok-Guru and all similar humble and sincere people, Malaysia is safe and prosper. This barokah is seldomly appreciated by us. May ALLAH show us the best people to manage the country and ALLAH guides us to have similar spirit like Tok-Guru. Amin!

julie.yaacob said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam Dr,

Kalau pergi kelantan, cubala pergi rumah dia. kalau nasib baik, boleh jumpa.

Alhamdulillah study ok. Dah nak habis dah. Insyallah October saya balik Malaysia.

Juliana

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Dr Ridz,

Rakan sekolah kak nab ( cina ) pernah ke Kota Bharu semata-mata nak jumpa TG. Dia memberitahu kami yang dia amat terkejut bilamana TG sendiri yang hidangkan minuman untuk dia dan rakan2 yang lain! Kemudian macam2 yang dia ceritakan tentang kehebatan pemimpin ini. Dia kata..Inilah sebenarnya PEMIMPIN!

Intanterpilih said...

macam ni la pemimpin..

Intanterpilih said...

prof..boleh tak saya nak publish link blog prof ni kat fb saya..nak semua orang baca especially this entry

hm said...

Salam intanterpilih,
Ok. Go ahead. Moga perkongsian bermanfaat.