Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, June 8, 2010

Mendung di Musim Summer

Foto: Awan juga mengerti untuk menyusun dan memartabatkan nama ALLAH di angkasa.

Di Tanahair, cuaca kini tidak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Di Saudi pula, cuaca diberitakan amat panas. Ramai rakan-rakan yang sedang melakukan umrah sekarang memaklumkan saya akan cuaca yang panas dan jamaah yang amat ramai. Saya yakin sekarang ini di Eropah pula, musim summer dinanti-nantikan untuk menikmati sinar mentari.

Pengalaman saya, agak sukar untuk bertemu keadaan mendung di musim summer. Jika adapun, ianya cuma sementara.

Bila Islam tertekan dan dihina ianya laksana mendung di musim summer. Namun ALLAH memberi jaminan mendung ini tidak akan lama. Mendung ini bukan mendung di musim tengkujuh yang mungkin akan membawa keperitan berpanjangan akibat banjir, tanah runtuh dan hancurnya bangunan-bangunan. Kita pula diminta berusaha, berdoa dan membantu sahabat-sahabat kita di Palestin dalam apa sahaja bentuk kemampuan.

Penderitaan Palestin adalah mendung di musim panas. Mereka perlu hadapi ’sengsara’ ini dan menyakini bantuan ALLAH dan tentera-tenteraNya. Bom dan peluru hidup adalah mainan bagi anak-anak Palestine, tidak seperti kita yang kadang-kadang melarikan diri dari peminta sedekah dan kurang komited membuat kerja amal (muhasabah untuk diri penulis sendiri). Anak-anak Palestin mempunyai jatidiri yang kuat. Mereka mampu hidup dengan berbagai kekurangan yang ada. Rintihan mereka juga adalah keluhan kita.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Problem, masalah, cabaran, mehnah atau apa sahaja nama yang membelenggu kita adalah mendung di musim Summer. Ianya bersifat sementara. Setiap masalah matematik biar betapa susah ada jawapannya dan setiap persoalan kehidupan ada solusinya. Pokoknya, kehidupan ini adalah pelaburan yang dividennya akan kita nikmati di satu alam lain yang telah dijanjikan. ALLAH berfirman:-

”Dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah kami buatkan bagi orang-orang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan tangga-tangga perak bagi rumah mereka dan juga tangga-tangga perak yang mereka naiki. Dan kami buatkan pula pintu-pintu perak bagi rumah mereka dan begitu juga dipan-dipan yang mereka bertelekan di atasnya. Dan Kami buatkan pula perhiasan-perhiasan dari emas untuk mereka. Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan Akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Al-Zukhruf: 33-35

5 comments:

alihassan said...

Salam Dr. selain artikal yang menarik gambar yang di postkan cukup menarik. kalimah Allah yang terbentuk dari gumpalan awan menunjukan betapa besarnya kekuasaan Allah. Semuga Allah memberkati perjuangan rakyat Palestin. Amin

haji muda said...

Salam alihassan,
InsyaALLAh saya akan terus menulis dan berkongsi sekurang-kurangnya utk mengingati diri sendiri.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.
Subhanallah.
Allahhuakbar.

Kak Nor.

haji muda said...

Salam Kak Nor,
Maha Suci ALLAH pemilik seluruh alam.

hanimmokhtar said...

Assalamualaikum Dr,

Semasa mengerjakan haji 2008, ada jemaah yang mengatakan nampak awan membentuk kalimah Allah dan Muhammad kelihatan dilangit iaitu pada masa Wukuf..
SubahanAllah..Allah hu Akbar..
Allah memberi tanda yang jelas ataupun tidak supaya kita belajar sesuatu darinya..

Kadang2 saya sedih bila ada pertelingkahan tentang fahaman..contohnya tentang wahabi..dll..sedangkan kalau kita bersatu atas nama Islam pasti Israel paling takut dan tak berani menindas saudara2 kita..Wallahuaklam..