Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, June 23, 2010

Istighfar

Rasanya belum terlewat untuk saya merakamkan ‘Selamat Menyambut Bulan Ibadah -Bulan Rejab’. Bila saya tanya rakan saya bagaimana amalan Rejab beliau?, maka ada yang bertanya saya balik, "Dah masuk bulan Rejab ke...?" Ya, kita semua manusia yang terlupa. Justeru ingat mengingati adalah penting di dalam menjalani kehidupan.

Bulan Rejab telah disebutkan secara khusus di dalam Al-Qur’an maka sudah tentulah bulan ini mempunyai keistimewaan sendiri. Antara tip penting amalan di Bulan Rejab ialah perbanyakkan istighfar. Ianya mudah sahaja dilakukan, tidak perlu melabur RM untuk mendapat ganjaran istighfar. Ia juga tidak perlu biji-biji 'tasbih' .

Definisi istighfar adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran hanya untuk Allah Subhanahu Wata'ala agar permohonan ampun atas segala dosa dan kesilapan diterimaNya. Allah Subhanahu Wata'ala turut menegaskan kepada hamba-hamba-Nya supaya beristighfar sebagaimana firman-Nya;
"Dan pohonlah ampun bagi dosamu serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang". Surah Al-Mu’minun 55

Insan mulia bernama Muhammad s.a.w juga beristighfar, biarpun ALLAH telah memberi jaminan makam tertinggi di sisi Nya. Justeru, adalah menjadi kewajipan untuk kita beristighfar sebagai tuntutan yang perlu dipenuhi di samping untuk merebut fadilat istighfar. Antara kelebihan istighfar ialah hati menjadi tenang selepas melakukannya.

Dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, ALLAH memberi beberapa lagi kelebihan istighfar antaranya Allah Subhanahu Wata'ala akan memberi nikmat dengan kurnian-Nya yang berupa keluasan rezeki dan kesenangan hidup, sebagaimana dalam sebuah hadis yang maksudnya;
"Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya". (Riwayat Al-Imam Abi Daud)


Moga Rejab yang hampir separuh ini akan menjadikan kita insan yang lebih tawaduk dan sentiasa menginsafi diri. Wallah’alam.

5 comments:

Salam sejahtera....... said...

Moga Rejab yang hampir separuh ini akan menjadikan kita insan yang lebih tawaduk dan sentiasa menginsafi diri.
Insyaallah, aminn....

rezeki said...

salam dr

alhamdulillah, rejab, syaaban dann ramadhan
bulan penuh keberkatan, bersama kita mengejar dan melakukan amal sebanyak mungkin

insyallah

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

terima kasih dr, sama2 la kita mempertingkatkan amalan kita.

InsyaAllah......

Kak Nor.

Naz Mohamed said...

Salam Dr,

Kata Imam Al Ghazali; "Ilmu Tanpa Amal Adalah Gila dan Amal Tanpa Ilmu Tidak Berguna" .Sama-samalah kita beramal dengan ilmuNya

hm said...

Salam Sejahtera/rezeki/ Kak Nor & Ina,
Moga ALLAH memantapkan komitmen kita di bulan-bulan mulia yg mendatang ini.