Musabaqah Al-Qur’an yang sedang berlangsung mengingatkan kita betapa Ramadan kian hampir. Sejak dua-tiga hari ini, setiap malam kita diperdengarkan dengan kemerduan Al-Qur’an yang diperdengarkan oleh peserta musabaqah. Sudah tentu hati ini tersentuh biarpun kemerduan suara peserta tidak mampu menandingi kehebatan solat menghadap Kaabah dengan tangisan Imam As-Sudais Masjidil Haram.
Mendengar dan membaca Qur’an sahaja tidak cukup. Kita perlu menghayati dan cuba memahami setiap butir ayat Qur’an kerana Qur’an adalah hadiah ALLAH kepada kita.
Pagi tadi saya terbaca di akhbar bagaimana umat Melayu Islam bertumbuk/bergaduh kerana berebut borang bazar Ramadan di sebuah Majlis Bandaraya. Bayangkan 2,000 orang berpusu untuk berebut borang! dan sanggup ketepikan akhlak dengan bergaduh untuk berjaya habuan duniawi. Tiada pula di dalam 'Hari Ini Dalam Sejarah' umat Melayu Islam berebut saf atau berpusu-pusu untuk menghidupkan amalan malam -Qiyamulail.
Menyedari kelemahan diri dan merasakan perlunya pengisian untuk membina masyarakat, maka minggu lepas saya berbincang dan mencadangkan kepada Saudara Isa, rakan AJK Masjid, supaya Masjid menyediakan pengisian pembinaan ruhiah melalui program tersusun Qiyamulail. Perbincangan amat positif dan satu resolusi dibuat agar program ‘Jom Qiyamulail’ dibuat setiap hujung minggu bermula malam esok (setiap Jumaat malam Sabtu) hingga berakhirnya Ramadan tahun ini. Jika anda berkelapangan (khususnya ahli kariah) jemputlah ke program:-
Alhamdulilah, moga usaha kecil ini mampu memberi impak besar bagi membina diri-diri kita yang lalai ini.

JOM QIYAMULAIL
Tempat : Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam
Waktu: Setiap Hari Sabtu pagi (Jumaat malam Sabtu)
Masa : 3.30 pagi
Pembimbing: Ustaz-Ustaz terpilih
Tempoh: Mula 3hb Julai 2010 hingga akhir 29 Ramadan
Alhamdulilah, moga usaha kecil ini mampu memberi impak besar bagi membina diri-diri kita yang lalai ini.
6 comments:
salam dr
alhamdulillah, semuga program Jom Qiyamulail di kawasan kariah dr mendapat sambutan dan berjalan dgn baik dan lancar
semoga usaha murni ini dipermudahkan perjalanannya nanti
insyallah
Salam Dr,
Sedih rasanya, mengapa sehingga jadi begitu (bergaduh)hanya krn berebut dunia.
Semoga program yg dianjurkan mendapat sambutan. Jika tiada sambutanpun, La Tahzan. Ingati perjuangan Rasullullah & sahabat.
salam dr HM,
kesempatan dan ruang waktu yg ada usahlah dipersiakan. Tahniah buat qariah masjid yang menganjurkan pesta qiyamulail ini.muga mndapat sambutan..
agak2 prgram bgini di sekitar KL atau ampang ada tak??? diri kena polish sbelm ramadan nie..
Salam rezeki,
Moga ALLAH mengurniakan rahmatNya.
Salam ina,
Pelikkan? kenapa manusia berebut dan bergaduh kerana sekeping borang sedangkan amalan hidup tidak ke mana..
salam ainhany,
Saya rasa ada beberapa masjid di KL yg mula menganjurkan program serupa. Jika saya ada maklumat, saya akan war-warkan dlm blog ini.
Post a Comment