Dengan perasaan tawaduk dan memohon keampunan ILAHI, sukacita saya maklumkan kepada pengunjung blog dan pembeli buku BPHT bahawa dana tabung amal BPHT yang diujudkan 3 bulan lepas telah diserahkan sebagaimana yang telah saya janjikan.
Untuk makluman (sila rujuk entri berkaitan Tabung Amal BPHT terdahulu), jumlah dana terkumpul sehingga 13hb Julai 2010 ialah sebanyak RM678. Sasaran saya ialah RM800.
Dengan ini saya war-warkan bahawa sebanyak RM800 telah diserahkan kepada Ketua Helwa BAKIT (Badan Kebajikan Islam TM) di dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri oleh pegawai kanan dan TYDP serta AJK Pusat pada jam 12.30tgh 14 Julai 2010. InsyaALLAH dana ini akan diserahkan kepada Pusat Anak Yatim & Tahfiz seperti di gambar dibawah.

Perlu saya tekankan bahawa dana amal BPHT terkumpul sebanyak RM678 adalah wang tuan/puan yang tidak mengambil diskaun RM2 yang telah saya beri bagi setiap buku dan bersetuju untuk dimasukkan ke Dana Amal BPHT “Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT)”. Pembelian ini dibuat secara terus melalui blog/email saya tigeridz@gmail.com .
"Ya ALLAH, ampunilah kami jika terdetik dihati kami unsur-unsur riak terhadap usaha murni ini. Hambamu telah berusaha melakukan sebaik mungkin untuk menyediakan platform amal untuk pencinta kebenaran. Izinkanlah usaha amal ini diteruskan dimasa-masa akan datang. Berikanlah kami usaha amalan terbaik di bulan Syaaban dan Ramadan ini. Anugerahilah keampunan, jauhkanlah kami dari bahang nerakaMu dan himpunkanlah penyumbang dana ini didalam golongan yang mendapat rahmat dan kasih sayangMu di medan Mahsyar nanti. " AMIN!
7 comments:
Salam DR.
Amin, semuga diperkenan Allah.
Assalamualaikum Dr,
Amin..
Kak Nor.
Salam Dr,
Amin... Moga dimakbulkan
Salam Dr,
Amin Moga diperkenankan...
Salam alihassan/Kak Nor & elantra,
Terima kasih dengan sokongan.
salam dr ridz,
Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan dari Allah SWT...mudah2an dr ridz dilimpahi dgn rahmatNYA..
salam dr
alhamdulillah, hajat terlaksana sudah
moga memberi manafaat dan dirahmati Allah semuanya
Post a Comment