Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, July 29, 2010

Mahram Tumpang


Kelmarin, ALLAH mengizinkan saya menyemak entri-entri terdahulu untuk saya mengemaskini ilmu/pengalaman/nota berkaitan Haji & Umrah. Maka saya menerima email di bawah bertanyakan soalan yang amat relevan kepada muslimah.

Nota: Jika pengunjung blog ini mempunyai soalan, sila email terus ke tigeridz@gmail.com kerana jika soalan di tinggalkan di entri-entri lepas, saya khuatir saya akan terlepas pandang.

**********************
Anonymous said...
salam Dr, saya baru sahaja menamatkan bacaan buku prof Haji Muda, Alhamdulillah dapat byak info berkenaan suasana di musim haji. Saya dapat calon stndby utk haji tahun ni. Saya akan pergi sendirian. Mahram akan diuruskan oleh TH.Mahram saya adalah org yg tidak saya kenal langsung. Persoalan saya, mampukah saya survive di sana dlm keadaan seorang diri tanpa orang yang saya kenal rapat. Saya pernah mengerjakan umrah tahun 2006. Dan saya dapat rasakan agak sukar juga jika tiada yang betul2 kenal (waktu itu pergi bersama keluarga-jadi tiada masalah)terutama utk ke tanaim dan berjemaah solat subuh di masjid. Bolehkah kami (bersama-sama mahram yang baru kenal) bersepakat utk ke tanaim berniat miqat dan bolehkah sama2 bersepakat untuk ke masjid bersama melakukan qiamullail. Saya berumur awal 40-an..memikirkan tengah ada peluang (jika terpilih) saya tidak mahu tangguh2 lagi.terima kasih
*************************

Terima kasih kepada insan yang bertanya.

Salah satu factor penting Haji/Umrah ialah aman perjalanan dan ditemani mahram (bagi muslimah). Walaupun ada pendapat yang berbeza mengenai keperluan mahram, namun adalah penting untuk kita mengikut tuntutan ini dan merujuk kepada ahli agama.

Soalan ini agak biasa di tanya kepada saya. Kira-kira 3 bulan lepas ada seorang makcik berusia lewat 50an dari Kajang menelefon saya bertanya soalan yang sama. Saya mencadangkan supaya soalan ini dirujuk kepada guru-guru agama. Pun begitu, nasihat yang saya berikan kepada makcik ini adalah konsisten berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu. Cadangan di bawah boleh diambil oleh anonymous atau pembaca blog ini.

Berikut adalah saranan saya.

1. Cuba usahakan cari sendiri ‘mahram tumpang’. Walaupun pihak TH boleh membantu, adalah lebih baik jika kita sendiri mencari.

2. Jika buntu, barulah mohon bantuan pihak TH.

3. Jika sudah dikenalpasti, terus jumpa ‘mahram tumpang’ tersebut. Ajak ayah-ibu/abang untuk berbincang dengan ‘mahram tumpang’. Pastikan sesi diskusi disertai oleh isteri ‘mahram tumpang’ supaya masing-masing mengenali antara satu dengan lain. Perkara ini kelihatan mudah tetapi bila sudah berada di Tanah Suci, mungkin akan timbul perasaan cemburu di pihak isteri ‘mahram tumpang’.

4. Rancang dengan ‘mahram tumpang’ dan sama-sama berjumpa pegawai TH supaya tidak berlaku masalah perbezaan tarikh berangkat (No KT).

5. Berdoalah agar perjalanan Haji/umrah cik puan berjalan dengan baik dan ukhuwah bersama ‘mahram tumpang serta ahli keluarga beliau’ sentiasa terpelihara.

6. Bagi saya, tiada masalah untuk ke Tanaim atau bermiqat bersama ‘mahram tumpang dan ahli keluarga beliau’ dan sebaik-baiknya pergilah secara berkumpulan. Kos satu van Cuma SR50 sahaja.

7. Buat keputusan secara berjamaah dan hormati ‘mahram tumpang’ anda.

8. Bersabar atas cabaran Haji/Umrah.


Moga sedikit panduan ini memberi faedah perjalanan haji/umrah mabrurah.

9 comments:

rezeki said...

salam dr

betul tu,

usaha dan rancang dengan sebaik mungkin dahulu , diikuti dgn berdoa kpd Allah swt agar segalanya dipermudahkan dan diakhiri dengan tawakal dan redha akan setiap yg dihadapi

insyallah

Anonymous said...

Salam Dr.

Maaf kiranya soalan saya ini berbunyi agak jahil.
Sebenarnya 'ditemani mahram' itu adalah salah satu tuntutan untuk menunai haji/umrah ataupun syarat yang dikenakan oleh pihak Arab Saudi kepada kaum wanita yang bermusafir di negara mereka sehingga menyebabkan timbulnya keperluan untuk mencari 'mahram tumpang' untuk ke sana?

Terima kasih.

alihassan said...

Salam Dr
Saya minta laluan untuk berkongsi pengalaman berkenaan mahram tumpang. Ini kerana saya mengalaminya pada musim haji tahun lalu.
Seorang makcik yang berusia hampir 60 tahun menjadikan saya dan ayah mertua sebagai mahram tumpang.
Sikap makcik tersebut yang agak lepas cakap membuatkan ibu mertua saya rasa menyesal membenarkan makcik tersebut ikut kumpulan kami.
" mana suami-suami kita ni" antara kata-kata yang membuatkan ibu say kecil hati.
Sifat makcik tersebut yang kadang-kadang agak keterlaluan juag membuatkan ibu tawar hati dengan makcik tersebut.
Oleh itu nasihat saya pada puan yang bertanya jangan berlebihan dalam segala hal jika berkaitan mahram tumpang.
Puang tersebut mesti belajar berdikari terutama di masjid. Berkenaan untuk kemikaq ,ramai pasangan jemaah yang boleh diikut sisana kelak.
Salam

haji muda said...

Salam rezeki,
Terima kasih dgn sokongan berterusan ke atas penulisan di blog ini.

haji muda said...

Salam Anonymous,
InsyaALLAH saya akan kupas persoalan tersebut di entri akan datang.

haji muda said...

Salam Alihassan,
Satu perkongsian yg baik. Banyak cabaran bersama mahram tumpang.

Ayah Zain said...

salam Dr.

Salam ziarah daripada saya. Saya sedang membaca buku haji muda. begitu mengasyikan sekali tulisan Dr.

haji muda said...

Salam ayahzain,
Terima kasih kerana memanjangkan ukhuwah. Moga Haji Muda bermanfaat.

Anonymous said...

salam Dr,
terima kasih kerana sudi menjawab persoalan saya. Alhamdulillah pihak tabung haji telah menguruskan rakan2 yang akan berada dalam group say dan kami juga telah berjumpa dan mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah terima kasih kepada staff tabung haji yang bersungguh2 untuk membantu saya dan mereka yang mempunyai masalah mahram yang bersungguh2 menyempurnakan hajat kami untuk menunaikan haji, terima kasih atas respon En Ali Hassan, untuk pengetahuan En Ali tak semua orang yang berperangai seperti makcik tersebut. Sokongan harus diberikan kepada mereka yang betul2ikhlas ingin menyempurnakan rukun islam yang ke 5.

terima Dr atas penjelasan Dr. Selamat menyambut ramadhan, Semuga amalan kita diterima olehNya.

assalamualaikum