
 Alhamdulilah.  Pertama sekali  kita perlu sama-sama  mengungkapkan ALhamdulilah  kepada ALLAH  Pemilik hati manusia  kerana  telah mengizinkan  kita untuk terus dengan kehidupan ini. Alhamdulilah  kerana ALLAH memberi keamanan untuk kita dibumi bertuah ini. Juga Alhamdulilah  kerana  kerajaan  Malaysia  telah  melakukan pelan evakuasi  bagi  mengeluarkan  anak-anak  muda kita di  Kaherah dan disekitarnya dari  pergolakkan  kuasa  rakyat  Mesir.  Terima kasih dengan semua pihak dan agensi  yang terlibat  menguruskan pelan evakuasi ini.
  Berdasarkan pengalaman saya  berbincang dengan rakan-rakan atau tetamu berbangsa Arab sebelum ini,  saya  mengikuti  perkembangan  beberapa Negara.   Dalam analisa peribadi saya,  Negara  seperti  Algeria, Yaman, Iran  dan Arab Saudi  akan berhadapan dengan masalah yang sama iaitu kebangkitan  kuasa rakyat. 
   Hakikatnya,  Pertama,  bila  harta hanya dikuasai oleh golongan kapitalis  atau  berlegar di kalangan kumpulan yang sama, maka nanti sahajalah   balasan  Tuhan.  Kita lihat bagaimana  ahli keluarga  Presiden  Tunisia  membawa jongkol emas  khazanah Negara bernilai  ratusan juta USD keluar dari Negara. Bagaimana rakusnya manusia ini…
    Kedua,  bila jurang  kaya dan miskin  mengujudkan  kasta dan perhambaan  moden, maka  masyarakat menjadi tidak stabil.  Ketiga,  bila kos sara hidup meningkat  tinggi  dan peluang  pekerjaan pula  mendesak,  maka  apa lagi yang rakyat mampu lakukan.  Fitrah manusia tidak mahu merompak dan mencuri;   mereka juga tidak mahu rasuah  tetapi  tekanan hidup  menyebabkan perkara tersebut  perlu  untuk  memberi makanan  dan pakaian  kepada  anak dan isteri.
   When basic needs of human being is ignored, then what option do they have?
   Kerajaan Mesir tidak banyak membantu rakyat Palestin.  Hatta keperluan rakyat sendiri diabaikan.  Justeru,  bukanlah sesuatu  yang mengejutkan  bila Israel  berkomunikasi  dengan pentadbiran Obama  dan kerajaan-kerajaan Eropah supaya  membantu mengekalkan  Mubarak yang korup itu.  Ianya adalah agenda besar  supaya  Ikhwan tidak bangun dan mendapat  dokongan  rakyat marhain Mesir.  Jika Mubarak tumbang,  ini akan memberi ruang kepada  Ikhwan  untuk bangun  mencuci  pemikiran masyarakat  untuk kembali kepada  objektif  asal  Khalifah fil-ardh.   maka  Universiti Al-Azhar  akan muncul kembali sebagai  penaung  khazanah  ilmu-ilmu Islam.  Ini akan dapat  membantu  Baghdad yang tumbang  akibat  jarum Zionis.  Pertentangan  sunnah dan syiah di Baghdad  akan dapat dikendurkan.  Hakikatnya,  Baghdad  sukar untuk bangkit dalam masa terdekat jika proses  Negara terdekat seperti  Mesir tidak berlaku. 
   Cuma satu perkara yang saya bimbang,  jika kuasa rakyat berlaku di Arab Saudi.  Seandainya berlaku,  maka  kekacauan akan turut  mempengaruhi  dua  kota suci Mekah dan Madinah.  Peluang kita untuk  menunaikan Umrah  sudah tentu disekat,  visa tidak akan dikeluarkan.
   Sesungguhnya,  umat amat memerlukan satu bentuk  leadership berteraskan Qur’an dan sunnah.  Perlu kita kembalikan  khilafah  Uthmaniah  yang tumbang di Turki.  Kita perlu arah tuju dan kuasa politik Khilafah untuk  mentadbir  dunia  yang semakin memeningkan kepala. 
   Moga adik-adik kita di Universiti-universiti  sekitar  Kaherah / Iskandariah  bersabar  dan  selamat kembali ke tanahair  untuk menemui keluarga tersayang.
Ya ALLAH! Berilah kemenangan kepada ISLAM dan hancurkanlah  zionis.  AMin!
   
  Wallah’alam.
 
1 comment:
semoga Allah mengurniakan kemenangan kpd Islam..yakinlah kemenangan sgt hampir..tugas kita adalah bekerja & berusaha..
Post a Comment