Malam tadi saya dikejutkan oleh satu sms. Sms tersebut agak pelik dan saya juga tidak kenal siapa penghantarnya. Saya fikir si penghantar berhasrat menjemput saya untuk memberi ceramah atau berkongsi pengalaman. Rupanya, bukan gitu. Mungkin salah nombor agaknya.
Bertuahnya jadi wanita! Dapat pergi kursus sambil shopping. Di Langkawi pulak tu.
Maka teringatlah saya akan satu kisah yang berlaku beberapa tahun dulu. Ianya bermula bila saya melontarkan cadangan kepada Nazir sebuah masjid untuk organize satu workshop bagaimana untuk memajukan masjid. Saya volunteer menjadi fasilitatornya. Cadangan tersebut mendapat sambutan dari Nazir.
Pendek cerita, AJK masjid dan beberapa kariah menentang idea tersebut.
Ai.. masjid nak organize bengkelpun tidak boleh? Pelik sungguh! Kenapalah ‘kaki masjid’ tidak terbuka minda dan melihat dari sudut maslahah. Sepatutnya AJK masjid menyokong idea dan sama-sama menjayakannya bukan kritik dan hentam. Alasannya, tidak boleh gunakan duit masjid untuk program tersebut.
Komen saya, wang masjid sepatutnya digunakan untuk mengembangkan Islam dan mendekatkan masyarakat dengan program Masjid, bukan untuk disimpan sehingga berjumlah ratusan Ribu RM dalam Bank. Jika usaha untuk membantu pengurusan masjid tidak dilihat dari sudut kepentingan dakwah, di mana pula garis-panduan program yang ' boleh atau tidak-boleh' gunakan wang masjid?
Sebab itu kita lihat masjid2 kita banyak wang di bank atau di akaun pelaburan. Satu ketika dahulu, Masjid di kampong saya sahaja mempunyai simpanan lebih RM100,000 di bank.
Rumusan, jadi AJK pertubuhan wanita lagi baik…. Dapat ilmu gi kursus, dan dapat rehat minda gi Langkawi…
Duit masjid adalah amanah yang perlu dilaburkan untuk akhirat ie. Ke arah pembangunan ilmu, fikiran dan ruhiah. Tidak lupa, pembangunan fizikal sesebuah Masjid juga mustahak.
4 comments:
setuju Dr..mgkin ajk tidak pandai nk mengurus atau pun mgkin mereka keliru dgn maksud menyalah gunakan wang masjid..yg salah jika guna utk kepentingan peribadi & ajk je..tp klu wat bengkel itu adalah utk maslahah umat islam kerana aktiviti masjid akan lebih fokus dan pengurusan masjid juga semakin tersusun..sekalipun yg menjadi peserta hanya ajk masjid je..
kdg2 pengagihan wang zakat pun kurang efisen..walaupun kutipan banyak tp masih ramai umt islam yg miskin..namun diucapkan tahniah kpd semua pihak kerana kutipan zakat yg sentiasa meningkat setiap thun..cuma cara pengagihan hendaklah ada penambahbaikan..
berlaku di masjid taman Dr ke?
setuju dengan pendapat ini...
Assalamualaikum
Kupasan yg amat baik. Mohon share ya Dr.
Post a Comment