Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, January 8, 2011

Janji

Gambar hiasan: Di depan kita puji melambung, di belakang kita kutuk.
Di depan kita angguk kepala, di belakang kita caci-cerca.

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang berpangkat tinggi (Senior Vice President) sebuah syarikat korporat. Beliau membuat satu kenyataan ikhlas, “Terlalu ramai manusia-manusia munafiq di sektor korporat yang mementingkan perut sendiri dan mengabaikan amanah.” Saya membalas provokasi ini dengan mencelah, “Apa yang tuan maksudkan dengan munafiq ini?” Beliau dengan yakinnya menambah, “Ialah Dr, bila janji dimungkiri dan amanah dianggap peluang membolot harta, bukankah ini ciri-ciri munafiq?

Tidak mampu untuk saya berhujah panjang, kerana ianya hasil pemerhatian yang teliti. Boleh dikatakan hampir semua manusia mempunyai ciri-ciri ini. Tiada siapa pula mampu lari dari ciri-ciri munafik ini. Yang jelas, beliau bersungguh-sungguh mempertahankan apa yang beliau katakan. Mungkin juga beliau kecewa dengan suasana persekitaran yang merosakkan.

Cuba kita tanya diri kita, adakah kita mempunyai ciri-ciri bila berjanji tetapi sering tidak mengotakan janji? Bila amanah membuka ruang menghimpun nafsu? Ayuhlah kita sama-sama beristighfar moga ALLAH mengampunkan kelemahan kita ini khususnya bila kita terlalu banyak janji dengan ALLAH, kemudian kita tidak laksanakan.

Tiada cara lain melainkan kita didik hati kita untuk mendampingi ALLAH. Bila kita terlalu mencintai dunia dan mahu berjaya di dunia, maka tempias ini akan sering menghingap muka.

Cuma ALLAH sahaja yang tidak hipokrit. Janji ALLAH adalah pasti, Syurga dan neraka ALLAH adalah sahih dan alam akhirat akan tetap kita lalui..

Moga ALLAH sentiasa memelihara kita dari ciri munafik ini.


2 comments:

rezeki said...

salam dr

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik.

1. Bila berbicara selalu bohong.
Orang seperti ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Mungkin apa yang dituturkan tidak selari dengan hatinya.

2. Bila berjanji, tidak ditepati
Orang munafik sukar untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya

3. Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.Orang munafik sukar diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dia jaga dengan baik.

4. Apabila bertengkar, ia mengenepikan kebenaran demi menegakkan benag yang basah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ahmad maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik.

Tapi kita sebagai manusia yang lemah tapi diberikan kita akal dan ilmu pengetahuan serta beragama islam mestilah berusaha sedaya upaya untuk menghindari ciri2 dan sifat2 golongan munafik ini agar diri kita juga tidak tergolong dalam golongan tersebut.

haji muda said...

Salam rezeki,
Saya sokong point2 yg diberi.