Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, January 25, 2011

Perjuangan Belum Selesai...

Tiba-Tiba hati ini rindu akan Baitullah

Alhamdulilah ALLAH terus memberikan saya nikmat kesihatan untuk meneruskan wawasan hidup. Sejak dua minggu ini, saya memaksa diri all-out menyiapkan buku no 3 yang berkaitan dengan Haji & Umrah. Ianya sudah sebati di dalam diri ini.

Saya meletakkan misi ini sebagai prioriti kerana sasaran sudah hampir tamat. Saya tidak mahu lagi berlaku anjakan sasaran. Keinginan untuk berkongsi begitu membara.

Hati ini tersentuh bila melihat gambar-gambar kenangan di Mekah dan Madinah. Rindu ini amat terasa sekali... Itulah dia Tanah Haram, rindu akannya tidak akan pudar hingga kita menuju ke alam transit Barzakh.

”Dan kami akan memberi kamu taufiq kepada jalan kebahgiaan (dunia dan akhirat), oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat.”

(Al-A’laa: 9-10)

”Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk menyiapkan satu manuskrip berharga untuk ku tinggalkan buat ummah tercinta. Terimalah keikhlasan hati ini sebagai satu amal soleh dan matikanlah kami sebagai syuhada’.”

7 comments:

Salam sejahtera....... said...

aminnn...mudah2an terlaksana.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Semuga dipermudahkan.....
InsyaAllah....

Kak Nor.

ruby said...

trskn perjuangan dr..prkongsian ilmu dari dr sgt bermnfaat.. smg sgl urusn dprmudhkan Allah..

ainhany said...

Salam Dr,ruskan

Alhamdulillah.
satu sumber panggilansuci yg bakal ditatap nanti..teruskan berkongsi dan menulisnya dr...mudah2an dipermudahkan urusan dan muncul tatkala pesta buku 2012 nnti..Amin

AFNAN said...

tahniah Dr..sy pun berniat & berminat buku..cuma belum berkesempatan..

Zarea106 said...

Semoga segala urusan perkongsian ilmu Dr dipermudahkan. Saya juga sgt merindui Haramain. Bisa nangis ni...

Anonymous said...

Assalam semua,
Terima kasih dengan doa.