Alhamdulilah, hari ini saya telah berjaya menguruskan beberapa jamaah untuk menunaikan Umrah. Grup kali ini lebih kecil dari Grup bulan Mac kelmarin. Saya merasa puas dan gembira dapat membantu mereka merealisasikan impian untuk menyebut "Labbaikallahuma labbaik.....HambaMu datang ya ALLAH...."
Suasana di KLIA agak tenang sungguhpun jamaah umrah ramai. Keadaan sesak tidak berlaku seperti umrah MAc 2011 lalu. Pun begitu, jamaah diingatkan supaya bersedia untuk berhadapan dengan cabaran emosi kerana jamaah umrah dikehendakki mendarat di Hajj Airport Jeddah. Hajj Airport ini agak sedikit daif , proses imegresen yang lembab dan cuaca yang semakin panas.
Moga ALLAh memberi mereka umrah terbaik, menerima keampunan ALLAH, diberi hadiah istimewa dan mampu pulang untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Amin.
Rindu Pada Baitullah sentiasa membara......
4 comments:
salam tuan...
saya juga begitu....sentiasa terkenang baitullah.....rindunya
Salam Dr,
Apa ye nasihat Dr bila kita dapat tahu kawan-kawan kita sama umur, sama Universiti tapi dari segi pangkat dan kerjaya jauh lebih berjaya dari kita?Macamana ye nak gembirakan hati dengan kegembiraan orang lain?
intan,
Moga ALLAH murahkan rezeki utk ke sana.
Salam Ady,
nanti saya tuliskan dlm satu entri utk jawab soalan tu.
Post a Comment