Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, May 17, 2011

Kejar Pangkat

Bila kita sibuk mengejar pangkat (mendaki corporate ladder) ,
maka ramailah yang kita akan pijak.....

Assalamualaikum,

Alhamdulilah ALLAH mengizinkan kita bertemu lagi di blog kerdil ini. Moga ALLAh mengizinkan kita untuk terus berhubung di alam maya ini biar jauh manapun kita berada.

Kita sering mendengar cerita atau melihat sendiri manusia-manusia yang rakus mengejar pangkat dan harta. Ada juga menggunakan khidmat bomoh supaya dipilih mengisi sesuatu jawatan. Tidak kurang juga yang melobi, menonjolkan diri hatta menjaga hati isteri bos agar mendapat laluan ekspress merebut sesuatu jawatan.

Kelmarin, ada seorang teman menelefon saya menyatakan kekecewaan dan geram kerana tidak dipilih mengisi jawatan yang diidamkan. Setelah berhempas pulas melobi dan menjaga bos, akhirnya jawatan yang direbut di isi oleh orang lain. Semua orang dipersalahkan termasuk bos sendiri. Lebih dahsyat tuhan turut ditarik sama untuk disalahkan. Saya sekadar mendengar. (nota: jika hamba ALLAH ini membaca buku Bila Pintu Hati Terbuka, beliau akan temui tips menangani perkara ini).

Belum sempat saya memberi pandangan, saya menerima sms dari sahabat saya al-fadzil ustaz Dr Zahazan yang berbunyi, “Taqwa adalah menjauhkan diri kita dari perkara-perkara yang menjauhkan diri dari ALLAH.” SMS tersebut tepat pada masanya.

Ya, Taqwa sepatutnya menjadi sandaran hidup kita.

Bila pangkat menjadi priority, maka himpunan kekecewaan mula memasuki uncang hati. Sebab itu (nota: pada hemat saya) jika bos-bos mementingkan pangkat dan mengejar harta ianya hanya bakal melahirkan anggota bawahan yang turut saya kena tempias mengejar duniawi (kecuali jika mereka melanggar arus).

Di dalam organizer peribadi, saya catatkan satu perkara penting untuk saya baca dan fahami setiap pagi iaitu

“Kerja kerana ALLAH; JANGAN kejar pangkat!”

Ungkapan mudah ini sentiasa mengingatkan saya setiap pagi sebelum membuka organizer untuk melihat temujanji dan perkara yang perlu diberes pada hari tersebut.

Apapun takwa adalah teras untuk kita melalui onak hidup.

Diakhir bicara, saya mengingatkan diri sendiri dan rakan saya ini agar tidak perlu rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Dunia ini tidak akan kiamat dengan satu kekecewaan. ALLAH memberi lorong ilmu dan pengalaman untuk kita lalui.

Dr Abdullah Al-Qarni menyebut bahawa takwa tidak boleh seiring dengan nilai bukan takwa. Maka kita perlu sama-sama berusaha meningkatkan takwa khususnya bulan-bulan istimewa Rejab, Syaaban dan Ramadan yang hanya beberapa hari sahaja lagi bakal menghadirkan diri.


6 comments:

rezeki said...

salam dr

itulah hakikat dunia hari ini apabila manusia meletakkan sifat ketakwaan
di dalam senarai terakhir dan keduniaan mengatasi segalanya

mereka lupa bahawa Allah yang mentadbir seluruh sekalian alam dan Dia juga yang berhak menentukan segalanya.

Tegak bangunan kerana tiangnya
sedangkan tiang bagi tegaknya sebuah kehidupan seorang yang bernama Islam adalah ketakwaan

Tanpa ketakwaan dalam kehidupan seorang islam , semuanya seperti tidak bernilai

Ketakwaan dapat melembutkan hati
serta menjernihkan jiwa kita dalam kita mengharungi setiap detik dan saat kehidupan kita yang sementara ini di dunia yang fana' ini

Anonymous said...

salam dr,

Bekerja kerana Allah.
Apa2 pun yang kita lakukan setiap hari perlu niat kerna Allah.Kalimah itu jugalah yang saya ingat setiap hari.

Bila baca yang Dr. coretkan ini, teringat saya kisah diofis saya...jaga hati bos, kipas bos memang boleh cepat naik. akan tetapi orang bawahan amat tersiksa & boleh dikatakan tidak disukai oleh staf.

Wallahua'lam

Anonymous said...

As salam Dr,

Back stabbing, mengejar pangkat di ofis lumrah di mana2 terutama orang2 yg mengejar duniawi.

Terima kasih dengan mengingati kita semua "kerja Kerna Allah".

Moga2 kita berusaha agar lebih takwa kepadaNYA.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Dah tersurat bukan rezeki, makanya tak dapatlah...redha dengan ketentuan...kemudian terus berusaha dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan apa yang dihajati..apapun mestilah kerana Allah...

haji muda said...

salam rezeki & Kak Nab,
Kena redho ajelah jika bukan rezeki...

haji muda said...

Salam anonymous,
Banyak kita dengar cerita2 gitu, tapi sekadar dengar ajelah keluhan orang.