Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, May 6, 2011

Kisah Basikal

Baru-baru ini saya menerima pandangan isteri untuk mencari tukang kebun bagi membantu kerja-kerja diluar halaman, mencuci kolam ikan dan kebun kecil tanah di belakang rumah.

Urusan ini Nampak mudah tetapi ia memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya secara sendirian. Di dalam pengurusan moden, kita istilahkan sebagai kerja-kerja ‘outsourcing’ . Maksudnya, kita serahkan urusan tertentu kepada seseorang/organisasi supaya kita boleh focus kepada perkara yang lebih penting.

Ketika membersihkan belakang rumah, tukang kebun ini bertanya kami,

“Basikal ni Encik tidak pakai ke? Nampak masih elok dijaga” Merujuk kepada 3 buah basikal anak-anak saya.

Kami menjawab “Masih guna tetapi jarang pakai. Ruang jalan kawasan perumahan memerlukan penyeliaan orang dewasa untuk kanak-kanak bermain basikal. Perangai buruk pemandu rakyat Malaysia juga tingkah laku sesetengah jiran tidak menyakinkan kami akan keselamatan anak-anak.”

Maka berkatalah tukang kebun ini,

“Kalau jarang pakai, boleh Encik jual sebuah untuk saya beli?”

Beliau menambah, “Dua bulan lepas, anak saya berusia 5 tahun meminta sebuah basikal. Tinggal di persekitaran kampong mengizinkan anak-anak saya bebas bermain. Dalam keadaan kawan-kawan anak-anak saya bermain basikal, anak-anak saya pula Cuma berlari mengejar basikal kawan-kawannya.”

“Saya tidak mampu Encik….. Gaji saya Cuma RM680 sebulan, isteri tidak bekerja dan anak-anak makin besar. Satu malam, saya termenung sendirian dan menangis memikirkan takdir yang ALLAH tentukan kepada saya. Saya menangis sebab saya tidak mampu membeli basikal untuk anak-anak saya.”

Subhanallah…. Hati dan jiwa saya dan isteri tersentuh ketika itu. Dikala orang lain sibuk melanggan ASTRO Beyond yang tidak bersifat dharuri dalam pengurusan ekonomi rumahtangga muslim, wujud pula insan dhaif yang hidup di bawah paras kemiskinan.

Subhanallah… Maha Suci ALLAH, ampunilah kami yang lalai ini yang hampir lupa kepada saudara muslim dhaif .

Dengan lain perkataan, di dalam keadaan dana BaitulMal dan Pusat Zakat bernilai jutaan RM, masih ada lagi hidup di bawah paras kemiskinan.

Saya pantas beritahu isteri saya,” Bagilah ketiga-tiga basikal kepada si tukang kebun ini. ANak-anak dia lebih memerlukannya dari anak-anak kita.”

Bila isteri saya maklumkan si tukang kebun ini, beliau terkejut, “Puan, saya Cuma minta satu sahaja untuk dibeli. Tapi puan beri 3 basikal tanpa perlu bayar apa-apa. Macammana dengan anak-anak Puan nak main basikal?”

Isteri saya menjawab, “Tidak mengapa. Urusan rezeki adalah urusan Tuhan. Kami gembira dapat membantu abang dan mengembirakan anak-anak abang.”

Keesokkannya, beliau datang dengan jiran menaiki kereta kancil untuk membawa pulang 3 buah basikal. Naik kereta kancil untuk bawa 3 buah basikal?

Itulah kenyataan kehidupan. Saya lihat diraut wajah si tukang kebun ini terpancar kepuasan menunaikan hajat anak-anak tersayang. Ucapan “Terima kasih” melambung-lambung untuk kami lantas kami menyampuk,”Ucapkanlah Terima kasih, syukur kepada ALLAH yang mengizinkan pertemuan kita. Dialah yang memberi rezeki dan membuka hati manusia untuk membantu.”

“Jangan putus harapan untuk hidup. Berbaik sangkalah dengan ALLAH. Arwah ayah saya juga hidup susah, sebagai buruh. ALLAH akan beri rezeki dengan berbagai-bagai cara. INsyaALLAH.”

Maka teringatlah saya akan Bab The Power of Niat didalam buku Rindu Baitullah (RB). Kekuatan yang ALLAH beri dengan niat yang ikhlas, bagi menarik rezeki….

Wallah’alam.


8 comments:

rosli said...

Dr,

TQVM for sharing, saya teringat masa zaman kanak saya tahun 1970 hingga 1975

rezeki said...

salam dr
'
alhamdulillah

Naz Mohamed said...

As salam Dr,

Kerja oursourcing? Suami sibuk bg cadangan upah org utk gosok pakaian dia & anak2 seminggu sekali...tp saya lebih suka buat sendiri w/pun sukar mencari ruang masa. Rasa ada kepuasan yg tersendiri...terasa kasih sayang tercurah pd pakaian mereka.

haji muda said...

Salam Li & rezeki,
Memory lama masih sebati dlm diri..

haji muda said...

Assalam ummu Faiz,
Kerja saya aje yg di outsource.

Isteri saya tetap memasak, basuh baju dan gosok baju. Pahala banyak jika buat kerja utk keluarga.

ainhany said...

Salam Dr Ridz,

suasana dah berbeza,kita mmpu memiliki tetapi belum tentu mdapat kepuasan. Kebebasan anak2 telah terbatas berbanding dulu2...

Kata seorang ustaz yang boleh dikongsikan, Setiap hari,bertanyalah pada diri apakah yang telah diberi untuk agama? Satu checklist utk tindakan...

muga kita sering melihat kebawah dan bersyukur RahmanNYA DIA ..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Alhamdulillah...Allah memudahkan urusan buat Dr Ridz...semoga Dr Ridz dan famili sentiasa dilimpahi rezeki untuk diperkongsikan dgn mereka yg memerlukan..

Anonymous said...

subhanallah, terjaga sy dr kelalaian dlm mngejar duniawi.