Kita semua sedia maklum bahawa ALLAH menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baik kejadian. Tuhan menciptakan setiap hambaNYA dengan potensi diri yang berbeza-beza. Yang pasti, ALLAH mahu kita menjadi KhalifahNYA di mukabumi agar berkongsi potensi untuk kesejahteraan diri manusia dan alam sejagat.
Kita manusia amat lemah. Kita kadang-kadang lupa dengan potensi yang kita ada kerana sukar untuk cermin diri. Kita sentiasa melihat potensi diri orang lain. Akhirnya, kita berpuas hati dengan apa yang kita ada.
Saya sering meningatkan anak-anak kecil saya dan rakan-rakan supaya tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. (Nota: Ini bukan bermakna tidak bersyukur). Ini bererti, kita tidak boleh membiarkan potensi enjin jet turbo yang kita miliki Cuma dipandu di lebuhraya dengan had kelajuan 110km/j. Jika kita biarkan diri berpuas hati dengan apa yang ada, maka tidak lama lagi kita akan terjun ke alam ‘zon selesa’. Akibatnya, di pejabat kita tidak produktif, di Universiti CGPA pelajar pula cukup untuk survive dan didompet pula cukup untuk hidup. Kita akan tidak berdaya saing.
Begitulah juga dengan amal kita. Esok lusa kita akan bertemu Tuhan sekelian alam. Janji bertemu dengan Tuhan sudah lama kita buat, Cuma tunggu masa jemputan khas hadir di depan mata. Jika kita berpuas hati dengan solat kita sahaja tanpa tambahan-tambahan lain, maka kita telah mensia-siakan potensi kembali menemui ALLAH dalam mutmainah.
Hanya beberapa hari lagi kita akan melangkah ke bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. ALLAH menyediakan ruang untuk kita memasuki ‘zon bulan-bulan Spa-Hati’ kerana ALLAH tahu kita banyak mensia-siakan hidup dan potensi beramal yang kita lekakan.
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
No comments:
Post a Comment