Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, May 20, 2011

Aktiviti 20 Mei 2011

Alhamdulilah dengan izin ALLAH dua perkara penting telah saya laksanakan hari ini:-

1. Bersarapan pagi dan Berdiskusi dengan Ustaz Zamri (IKIM) mengenai persoalan Haji/Umrah disamping persoalan-persoalan dakwah. Banyak perkara dibincangkan khususnya dalam aspek sokong menyokong atas usaha murni membina diri sendiri dan ummah.

Adakah perlu kami melakukan 'hijrah'? turut dibincang sebagai satu option utk kami explore......

Untuk pengetahuan tuan/puan, ustaz Zamri turut membantu menjayakan buku Rindu Baitullah dengan menulis prakata dan menyemak beberapa bab dalam buku Rindu Baitullah. Guru-guru/ustaz-ustaz dan Profesor-profesor tidak saya ketepikan di dalam memberi penghargaan kepada mereka di dalam proses menyiapkan buku RB khususnya ustaz Khusrin, ustaz Shamsudin, ustaz Khairi, Prof Kamil dll.


2. Mengisi jemputan Universiti Multimedia Cyberjaya untuk memberi Khutbah Jumaat dengan pengisian membina masyarakat mithali melalui ilmu. Antara perkara yang ditekankan ialah Usah jadikan skrol Ijazah, Masters atau PhD sebagai matlamat tetapi mengajak jamaah untuk mengejar dan menimba seberapa banyak ilmu ketika di menara gading. Kemudian sama-samalah kita melahirkan muslim scholars di dalam pelbagai disiplin ilmu yang luas itu (perkara ini ditekankan di dalam perkongsian buku Bila Pintu Hati Terbuka).


Moga ALLAh sentiasa memelihara kami di jalan ini dan tidak tergelincir dari jalan dan uslub dakwah. Amin!

4 comments:

One Malaysia said...

Tahniah atas kemunculan buku baru dari Dr.

Anonymous said...

Salam Dr,
Sekadar bertanya, jika Dr dijemput memberi ceramah kepada pegawai penjawat awam, bagaimana prosidurnya dan berapa kadar bayaran (jika ada)?

haji muda said...

Hajah,
Terima kasih dgn sokongan

hajimuda said...

Assalam anonymous,
InsyaALLAH utk jemputan boleh email saya tigeridz@gmail.com atau boleh call/sms saya 019-262 8585.

TQ