Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, May 4, 2011

Ukhuwah Berterusan Bersama Prof Kamil


Jalinan kasih sayang hamba dengan Tuhannya perlu sentiasa diperkemaskan. Di kala hamba sentiasa lalai, ALLAH tetap mengasihi hambaNYA selagi kita tidak mensyirikkanNYA.

Dengan jaringan kasih sayang ini, ALLAH mengizinkan saya bertemu dengan Prof Kamil yang amat dikenali ramai. Pertemuan yang tidak dirancang, diizinkan ALLAh; sedangkan beberapa perancangan pertemuan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa faktor kelemahan diri.

Kami bertemu sebentar tadi (Selasa 8.30 malam) diikuti dengan makan malam di Hotel UiTM Shah Alam. Diskusi kami berjalan melebihi satu jam dimana persoalan kehidupan dapat dikupas secara bersama. Saya menyokong penuh hasrat beliau untuk berhijrah ke Madinah dan meninggalkan hampir semua nikmat duniawi yang beliau miliki sekarang ini. Ianya adalah pengorbanan besar seorang hamba untuk mendekati Al-Malik Pemilik dan Pentadbir alam.

Di dalam penulisan saya sebelum ini, banyak kali saya nukilkan bahawa saya amat mencintai Madinah. Madinah adalah sebuah Bandar yang tenang. Di dalamnya dijanjikan ‘syurga dunia’ yang damai yakni – Raudah. Ianya hampir sekali dengan makam kekasih ALLAH , Muhammad s.a.w.

Salah satu faktor saya berhijrah ke Universiti Multimedia (dipinjamkan) adalah untuk membawa hati dan diri saya hampir dengan Madinah. Sekiranya ALLAH mengizinkan hasrat hati dan doa saya, InsyaALLAH saya juga akan mengambil langkah yang sama iaitu berhijrah ke Madinah.

Di akhir pertemuan, InsyaALLAH kami komited dengan apa yang kami usahakan biarpun jalan ini ditaburi dengan mehnah dan fitnah. Selagi ALLAH mengizinkan kami terus bernafas, kami akan lakukan yang terbaik untuk mendekati masyarakat dengan pendekatan dakwah tersendiri mengikut garis uslub dakwah.

Rindu Baitullah dan Rindu Madinah bukanlah rindu yang dibuat-buat

Ianya lahir dari hati insan yang mencari sesuatu dalam hidup

Yang tidak mungkin mampu diberi mahupun dibeli….


5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Kak Nor juga turut mendoakan.
semuga doa Dr dimakbulkan.....
InsyaAllah.

Kak Nor.

Anonymous said...

As salam Dr,

Saya doakan semoga Allah perkenankan doa Dr dan apa jua urusan di permudahkan Allah. Amin.

Aneeqa

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Assalamualaikum Dr Ridz,

Mudah2an Allah SWT memakbulkan niat Dr Ridz untuk berhijrah ke Madinah...

..nanti bila kak nab ke sana bolehlah berjumpa dengan prof...dgn dr ridz...insyaAllah :)

Sab2 said...

InsyaAllah Dr, selagi ada NIAT disertai rintihan kalbu yang tulus kepadaNYA... semoga kita juga bertemu di sana nanti!

salam, hjSab2

haji muda said...

KAk Nor, Aneeqa, kak Nab dan Tn Hj Sab,
Terima kasih doa utk saya. Amin