Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, June 27, 2011

Ceramah: Sukses Isra' Mi'raj


Alhamdulilah dengan izin ALLAH, jemputan dari kementerian Pengangkutan Putrajaya telah disempurnakan pada hujung minggu lepas. Kehadiran pegawai-pegawai Kementerian berkenaan amat memberangsangkan. Saya terharu dan teruja dengan kehadiran lebih 100 orang pegawai-pegawai yang sudah tentu ingin menambahkan koleksi pengetahuan dan tazkirah. Dua jam ceramah dirasakan begitu singkat.

Ceramah dan perkongsian bab Isra' Mi'raj amat penting khususnya dalam konteks pembinaan insan dan pengertian sukses kehidupan. Isra' Mi'raj bukan sekadar perjalanan insan mulia, Rasululah s.a.w bahkan hakikatnya ianya adalah peninggalan perjalanan yang kita juga harus lakukan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjemput dan menyediakan logistik terbaik khususnya kepada ustaz Che Alias, ustazah Zainab dan sekretariat.

InsyaALLAH, jika dijemput lagi saya akan hadir.


Thursday, June 23, 2011

Motivasi Kehidupan- SOlat #1

Isra' Mi'raj perjalanan HEBAT Rasululah s.a.w menerima skrol amanah untuk umat sujud kepada TuhanNYA melalui perintah solat

Dalam dua minggu ini, tidak kurang dari 7 insan menelefon atau berjumpa saya bertanyakan kesilapan silam. Kebetulan, semua soalan menjurus kepada sudah lama tinggalkan solat, solat yang sekejap buat sekejap tidak buat, adakah saya boleh ke Tanah Suci jika tidak solat? Jika saya kembali solat, adakah Tuhan akan menerima saya?

Secara kebetulan, persoalan solat bertepatan dengan Bulan Rejab di mana Rasululah s.a.w telah dijemput khas oleh ALLAH untuk mengadapNYA untuk menerima tuntutan rukun Islam ini iaitu solat.

Tujuh insan diatas mengerakkan minda saya untuk mencari suatu di sebalik ianya tidak dilakukan. Secara umum, mereka tahu akan kepentingan solat. Dengan lain perkataan, mereka mengakui akan rukun Islam ini. Namun apa yang membuat mereka meningalkan solat?

Jawapannya ada di dalam kisah perjalanan Rasululah s.a.w setelah menerima arahan melakukan isra’ dan mi’raj. Ketika perjalanan isra’ berlaku, satu kejadian manusia menghentakkan kepala berulangkali berlaku. Setiap kali kepala pecah, ianya akan sembuh dan kemudian dipecahkan kembali. Ianya adalah gambaran betapa beratnya jika kita tinggalkan solat. Selanjutnya, solat adalah antara soalan terawal akan ditanya ALLAH di saat pertemuan kita dengan NYA.

Hakikatnya, manusia meninggalkan solat kerana factor mengejar dunia. Kecintaan kepada dunia mendorong manusia berlari dan memijak orang lain. Kita perlu bersaing untuk merebut debu yang jika tidak berhati-hati, akan membawa kita lupa akan ALLAH. Apatah lagi jika kita mempunyai appointment dengan pembesar-pembesar atau VIP, sudah tentu kita bergegas dan sanggup melewatkan solat.

15 tahun lalu, saya pernah menegur bos saya (lelaki, seorang Pengurus Besar) kerana suka solat dipenghujung waktu zuhur agar boleh sambung solat Asar. Perbezaan masa Cuma beberapa minit atau saat. Bila ditanya beliau menjawab “Senang tak payah ambil wuduk banyak kali…” .

Dua tiga tahun lepas saya juga pernah menegur Pengurus dan eksekutif wanita kerana melakukan tabiat yang sama seperti bos saya itu. Jawapan Pengurus dan eksekutif wanita pula ialah “Susah saya nak ber make-up / berdandan jika kena ambil dua kali wudu’…. “

Kedua-dua factor ‘life’ di atas adalah biasa di pejabat-pejabat. Urusan dunia menjadi keutamaan kita, dan nilai pahala besar di sisi Tuhan bukanlah priority.

Isra’ Mi’raj adalah perjalanan HEBAT hamba mengadap Tuhannya. Cinta ALLAH dan Rasul s.a.w kepada kita diambil sebagai hadiah buat manusia melalui jalan solat. Proses susah payah, takut dan gementar dilalui Rasululah s.a.w hanya dibalas dengan nilai susahnya kita untuk bermake-up dan susah nak ambil wuduk berulangkali…..???

Rumusan,

Kepada tujuh insan yang menghubungi saya, saya ingin tekankan (jika anda membaca blog ini), Solat adalah jalan kita berbicara dan mengadu kepada ALLAH. Lorong ekspress tanpa TOL kita bermi’raj terus dengan Tuhan Pemilik Alam. Justeru, usah risau dengan kesilapan silam. Tuhan Maha Pengampun.

Perkara ini perlu dilakukan:-

1. Belajar solat dengan guru-guru agama (Perlu inisaitif untuk mencari guru agama).

2. Paksa diri hadiri majlis ilmu di masjid/surau.

3. Usah malu untuk bertanya/berguru

4. Jika mahu bertaubat dan berazam untuk ke Tanah Suci, usahakan perbaiki diri.

Wallah’alam.


Wednesday, June 22, 2011

Makluman_ ILuvIslam

Pihak penganjur (ILuv Islam) telah menangguhkan sementara (reschedule) program 'Bila Pintu Hati Terbuka'.

Justeru entri Hebahan dibawah tidak terpakai. Maaf kepada tuan/puan yang dah set untuk hadir ke program tersebut.

InsyaALLAH saya akan update blog untuk tarikh baru program FEWWITT 'Bila Pintu Hati Terbuka'.

Perancangan ALLAH lebih baik dari perancangan manusia.

Terima kasih.

Sunday, June 19, 2011

Hebahan_I Luv Islam 26 Jun 2011 (AHAD)

Pengunjung blog yang dikasihi,

Anda semua dijemput ke program seperti di banner IluvIslam pada 26 Jun 2011 (AHAD jam 8.30 pagi). InsyaALLAh saya akan kupas persoalan hati, ilmu, Rajab, Syaaban dan Ramadan dalam slot jemputan ini.

Sila ziarah ke iluvislam.com untuk mendaftar.

******************************************************************
Petikan IluvIslam.com

Milik siapakah hati ini?

Hati milik ALLAH dan diamanahkan buat kita. DIA akan memberi cahaya kepada hati kita jika kita memeliharanya. Hati perlu sentiasa digilap agar bersih dan bercahaya. Andai kita cetek ilmu, maka belajarlah dan hadiri majlis ilmu. Mengapa dibiarkan hidup dalam kejahilan dan serik dengan kegagalan? Bawalah semangat ombak dalam diri; setiap kali jatuh, akan bangkit kembali tanpa jemu.

Ketahuilah bahawa tika jendela hati terbuka, tiada tembok konkrit yang mampu menghalang kejayaan. Kita ada senjata hebat; antaranya solat, puasa, sedekah, zikir dan doa. Yakinlah bahawa pergantungan kepada-NYA mampu mencairkan hati yang sekeras kerikil malah doa merupakan kunci kekuatan dalaman setiap insan.

Bila Pintu Hati Terbuka??

Tajuk inilah yang akan dikupas di dalam forum 'FEWWIT : "Bila Pintu Hati Terbuka" yang akan dikemudikan oleh Heliza Helmi, dan menampilkan penulis Dr. Ridzwan Bakar, dan Sham Kamikaze sebagai panelis.

Cara Mendaftar?

Bagi yang berminat mendaftar, anda dimestikan membuat pengesahan dengan mengisi borang di bawah. Selain untuk tujuan pengesahan, nama anda juga layak untuk menerima hadiah misteri, sumbangan Karya Bestari dan iLuvislam.Com.

Untuk mendaftar sila isi Borang Pendaftaran di bawah ini :

Borang Pendaftaran : Bila Pintu Hati Terbuka

Tarikh Tutup Pendaftaran : 25 Jun 2011

Lokasi Acara
Auditorium Karangkraf
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor
Klik Sini Untuk Google Map

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Shawal di talian 03-42516702 (waktu pejabat sahaja), atau emelkan ke shawal[at]iluvislam.com


Sahutlah Rejab, Syaaban dan Ramadan

Aku Rindu untuk Sujud di Masjid Nabawi.....


Ketika kaki melangkah ke Masjid untuk solat subuh, hati ini berbicara betapa indahnya pagi itu. Ianya tenang, damai sekali. Ianya berbeza dari bulan-bulan sebelumnya. Itulah agaknya kemuliaan Rejab dan bulan-bulan yang bakal hadir menyapa kita.

Bulan Rejab adalah bulan istimewa. Bulan ini juga disebut oleh AL-Qur’an. Ianya adalah bulan untuk kita mengiatkan membajak, melatih nafsu dan berkorban bagi persediaan kita menghadapi bulan agung Ramadan dan Zulhijjah. Pertengahan dua bulan Rejab/Ramadan adalah bulan Syaaban, dimana Rasululah s.a.w mengusahakan untuk berpuasa dan bersedekah.

Bagi bakal jamaah haji pula, buku Rindu Baitullah berkongsi bahawa ‘action’ perlu segera digarap pada bulan Rajab ini untuk membersih hati dan niat menuju Haji mabrur. Peningkatan perlu dibuat bulan-bulan berikutnya hingga kemuncak Haji. ALLAH telah susun bulan-bulan ini khusus buat anda bakal TetamuNYA. Ianya tanda kasih Pencipta kepada hambaNYA.


ALLAh menekankan dalam Al-Qur’an

“Setiap orang ada urusan dimana ia menghadap kepadaNYA. Justeru, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.” (Al-Baqarah: 148)


ALLAH memberi kita ruang untuk meningkatkan diri. DIA mahu kita menjadi hambaNYA yang beriman dan bertaqwa. DIA mahu kita melakukan kebaikan bukan hanya untukNYA, tetapi juga kebaikan kepada hamba-hambaNYA, alam dan segala sepsis ciptaanNYA.

Enam bulan tahun Hijrah 1432 telah kita lalui. Bagai batu dihempas ombak, kita masih mengeras hati dan amalan. Jauh sekali mencairkan airmata takutkan azab Tuhan. Maka ALLAH memberi kita bulan-bulan maghfirah untuk kita koreksi diri.

Pencinta maksiat masih berdegil dengan tabiat buruk. Pemimpin pula membatu dengan pandangan yang tidak menguntungkan ummah atau masyarakat, rasuah menjadi KPI yang mesti dilakukan (nota: Raya pun dah dekat…), Ketua pejabat pula mengeraskan ego dan menganiaya pegawai bawahan dan anak-anak muda pula tidak boleh ditegur lagi sombong. Perkara ini akan berterusan zaman ke zaman kerana ianya membabitkan akal dan jiwa. Bila akal tidak dimanfaat dan hati atau jiwa tidak dibersihkan maka bagaimana hidayah Tuhan menyapa diri?

Maka sapalah kehadiran Rejab, sapalah Syaaban dan sapalah Ramadan kerana itulah khazanah pesanan Rasululah s.a.w.

Bila kita tidak menyapa kehadiran bulan-bulan hebat ini, apakah mungkin mereka akan menyapa kita di saat pertemuan kita dengan AL-Malik nanti?



Tuesday, June 14, 2011

Hanfon (HP) dan Mati Muda


Di entri lepas saya menyentuh tajuk MATI MUDA. Jika anda masih ingat, saya ada menulis di blog ini (sebanyak 3 tulisan berkaitan hanfon dan blackberry) yang saya merasakan gadget ini tidak membantu kesihatan saya dan kualiti hidup saya sebagai muslim.

Saya terpaksa menggunakan Blackberry kerana urusan rasmi pejabat yang saya ‘tidak boleh lari’. Walaupun syarikat membayar lebih dari RM250 sebulan untuk HP saya ini, saya tetap merasakan ianya membazirkan dana syarikat. Bagi saya, dunia tidak akan kiamat dan syarikat GLC ini tidak akan bankrupt jika saya tidak gunakan blackberry.

Hampir setiap hari saya berdoa agar hidup saya tidak bergantung kepada blackberry kesayangan saya itu . Akhirnya, ALLAH mengizinkan saya meninggalkan blackberry pada bulan November 2010 lalu dan kini saya gembira menjalani hidup yang berkualiti tanpa blackberry. Yang sedihnya, saya kini menggunakan HP murah yang tiada standard di mata orang korporat dan professional.

Alat canggih ini telah Berjaya menghambat saya supaya menjadi hamba dunia dan glamor. Ianya juga banyak menggangu kualiti solat saya. Alhamdulilah, kini saya Berjaya meningkatkan kualiti hidup, fikiran dan tenaga saya tanpa blackberry.

Anda mahu mati muda? Sudah tentu tidak bukan….?

JikA TIDAK mahu mati muda, teruskan membaca perkongsian ini (Nota: Ringkasan Laporan kajian ini akan dikeluarkan secara rasmi oleh WHO pada 1/7/2011 nanti).

Panel Saintis Antarabangsa seramai 31 orang (WHO) mendapati bahawa Separuh penduduk dunia (5.3 billion) menggunakan hanfon di seluruh dunia. Mengikut kajian tersebut, golongan yang sedang mengila menggunakan hanfon ini adalah generasi muda. Laporan itu menyebut

“Limited scientific evidence exist. Radio frequency energy released by cellphones may increase risk of two types of cancer (i) glioma (jenis barah otak) and (ii) acoustic neuroma (a tumour of the nerve that runs from ear to the brain.

Fakta-fakta lain:-

1. Di US, antara 10,000 hingga 12,000 orang menghidap glioma dan 3,000 orang untuk acoustic neuroma setiap tahun. Bayangkan kos perubatan untuk merawat penyakit-penyakit tersebut.

2. Pengguna yang menggunakan 30 minit perbualan hanfon (HP) sehari mempunyai risiko 40% kemungkinan risiko gliomas.

Justeru, jika anak-anak muda kita menggunakan telefon bimbit secara meluas, maka tidak mustahil jika mereka bakal mati muda. Atau, dalam tempoh 20 tahun akan datang, ramailah pelapis ummah menghidap kanser.

Maka, Panel Saintis tersebut menyarankan perkara berikut untuk mengelakkan barah:

1. Gunakan wire headset

2. Banyakkan Hantar sms dan kurangkan bercakap gunakan HP.

3. Elakkan gunakan hp sebagai penggera alarm.


Berikut adalah cadangan Tambahan dari saya :

1. Kaji semula mengapa anda perlu gunakan HP. Semak penggunaan HP dan bil HP anda. Jika anda businessman/woman ok dgn HP tetapi jika anda makan gaji atau suri rumah, bil HP sebenarnya tidak membawa banyak keuntungan. Fikirkan bagaimana hendak jimat kos di saat bil-bil lain sedang menunggu giliran akan naik. (Bil Tenaga dan Astro sudah mula dinaikkan). Next Apa?

2. Jika di rumah, gunakan telefon ‘fixed line’ yang lebih murah dan selamat. Jika anda mempunyai talian streamyx, anda boleh berbual menggunakan ‘fixed line’ tanpa caj tanpa had masa (unlimited usage). Boleh tiap-tiap hari telefon kampong. Justeru, tiada lagi alasan untuk tidak menelefon mak/ayah di kampong.

3. Gunakan speaker phone

4. Elakkan menjawab dan berbual dengan hp ketika memandu

5. Bagi lelaki elakkan meletak hp di poket seluar atau di poket baju atas.


Moga perkongsian dan tips ini dapat membantu anda meningkatkan kualiti hidup dan mendapat ganjaran kerana berusaha menjaga kesihatan diri.



Thursday, June 9, 2011

Mati Muda


Baru-baru ini saya dikejutkan dengan kematian isteri kepada seorang rakan. Kematian
pada usia muda (pertengahan 30an) amatlah memeranjatkan. Si suami kelihatan tenang

dan redha, Mungkin sudah bersedia menerima berita buruk ini memandangkan si
isteri sudah lama bertarung dengan barah.


Lebih menyentuh perasaan bila rakan ini menyebut bahawa hujung minggu kelmarin
adalah majlis konvokasi si isteri. Jubah konvo sudahpun diambil.
Subhanallah! Sedihnya menerima maklumat sebegini. Sudah tentu si arwah mahu
menyarung dan menghadiri majlis konvokasi hasil penat lelah bertahun melalui
proses pembelajaran.

Cuba anda bayangkan jika anda melalui proses ini.
Sudah tentu airmata si suami akan bercucuran bila naik ke pentas untuk mengambil skrol
ijazah pada majlis konvo itu…


Cuba anda gambarkan perasaan si arwah isteri di saat-saat akhir perpisahan dengan si suami tercinta dan seorang anak lelaki yang masih kecil….


Moga ALLAH memberi kekuatan kepada rakan saya ini dan memberi keampunan dan rahmat kepada arwah isteri beliau. AMin!

Monday, June 6, 2011

Bertemu Silent Reader Haji Muda



Alhamdulilah, hujung minggu (sabtu) lepas, saya telah diraikan oleh pasangan muda Sdr Faizul dan isteri Shafinaz di Equatorial Penang. Rupa-rupanya ianya adalah pertemuan yang amat istimewa yang bukan sekadar memanjangkan ukhuwah tetapi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Banyak perkara yang kami bincangkan khususnya mengenai membina sukses diri dan kerjaya.

Moga ALLAH merahmati pasangan muda ini, diberi rezeki dan dilimpahkan kasih-sayang mendalam sebagai pasangan baru yang perlu melalui ranjau kehidupan. Amin!

(Nota: Terima kasih kerana menghargai kehadiran saya di Pulau Pinang.


Aktiviti Penting 1-6 Jun 2011

Alhamdulilah, perkongsian minggu ini di Surau Mawwaddah Platinum Shah Alam dan Universiti Multimedia berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan perkongsian ini. InsyaALLAH kita akan ketemu lagi untuk follow-up perkongsian yang seharusnya membina dan membuka pintu hati untuk meneliti satu perjalanan yang sudah ditentukan ALLAH.


Hakikatnya, kita sedang berlumba untuk menuju garisan penamat pertemuan Insan dengan Penciptannya.




*************************************

Alhamdulilah, dengan izin ALLAH satu majlis pernikahan anak saudara saya Hafizul Azwan dengan pasangannya berjalan dengan baik, ceria dan relaks. Moga ALLAH panjangkan usia, murah rezeki, memperolehi zuriat yang baik dan terus bersama untuk kehidupan yang lebih baik di AKhirat nanti.