Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, June 19, 2011

Sahutlah Rejab, Syaaban dan Ramadan

Aku Rindu untuk Sujud di Masjid Nabawi.....


Ketika kaki melangkah ke Masjid untuk solat subuh, hati ini berbicara betapa indahnya pagi itu. Ianya tenang, damai sekali. Ianya berbeza dari bulan-bulan sebelumnya. Itulah agaknya kemuliaan Rejab dan bulan-bulan yang bakal hadir menyapa kita.

Bulan Rejab adalah bulan istimewa. Bulan ini juga disebut oleh AL-Qur’an. Ianya adalah bulan untuk kita mengiatkan membajak, melatih nafsu dan berkorban bagi persediaan kita menghadapi bulan agung Ramadan dan Zulhijjah. Pertengahan dua bulan Rejab/Ramadan adalah bulan Syaaban, dimana Rasululah s.a.w mengusahakan untuk berpuasa dan bersedekah.

Bagi bakal jamaah haji pula, buku Rindu Baitullah berkongsi bahawa ‘action’ perlu segera digarap pada bulan Rajab ini untuk membersih hati dan niat menuju Haji mabrur. Peningkatan perlu dibuat bulan-bulan berikutnya hingga kemuncak Haji. ALLAH telah susun bulan-bulan ini khusus buat anda bakal TetamuNYA. Ianya tanda kasih Pencipta kepada hambaNYA.


ALLAh menekankan dalam Al-Qur’an

“Setiap orang ada urusan dimana ia menghadap kepadaNYA. Justeru, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.” (Al-Baqarah: 148)


ALLAH memberi kita ruang untuk meningkatkan diri. DIA mahu kita menjadi hambaNYA yang beriman dan bertaqwa. DIA mahu kita melakukan kebaikan bukan hanya untukNYA, tetapi juga kebaikan kepada hamba-hambaNYA, alam dan segala sepsis ciptaanNYA.

Enam bulan tahun Hijrah 1432 telah kita lalui. Bagai batu dihempas ombak, kita masih mengeras hati dan amalan. Jauh sekali mencairkan airmata takutkan azab Tuhan. Maka ALLAH memberi kita bulan-bulan maghfirah untuk kita koreksi diri.

Pencinta maksiat masih berdegil dengan tabiat buruk. Pemimpin pula membatu dengan pandangan yang tidak menguntungkan ummah atau masyarakat, rasuah menjadi KPI yang mesti dilakukan (nota: Raya pun dah dekat…), Ketua pejabat pula mengeraskan ego dan menganiaya pegawai bawahan dan anak-anak muda pula tidak boleh ditegur lagi sombong. Perkara ini akan berterusan zaman ke zaman kerana ianya membabitkan akal dan jiwa. Bila akal tidak dimanfaat dan hati atau jiwa tidak dibersihkan maka bagaimana hidayah Tuhan menyapa diri?

Maka sapalah kehadiran Rejab, sapalah Syaaban dan sapalah Ramadan kerana itulah khazanah pesanan Rasululah s.a.w.

Bila kita tidak menyapa kehadiran bulan-bulan hebat ini, apakah mungkin mereka akan menyapa kita di saat pertemuan kita dengan AL-Malik nanti?



1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Sama2 kita berlumba mengerjakan & mempertingkatkan amalan kita......

Akak doakan semuga Dr. & famili sentiasa dlm lindungan Nya.....:~)

Kak Nor.