Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, June 23, 2011

Motivasi Kehidupan- SOlat #1

Isra' Mi'raj perjalanan HEBAT Rasululah s.a.w menerima skrol amanah untuk umat sujud kepada TuhanNYA melalui perintah solat

Dalam dua minggu ini, tidak kurang dari 7 insan menelefon atau berjumpa saya bertanyakan kesilapan silam. Kebetulan, semua soalan menjurus kepada sudah lama tinggalkan solat, solat yang sekejap buat sekejap tidak buat, adakah saya boleh ke Tanah Suci jika tidak solat? Jika saya kembali solat, adakah Tuhan akan menerima saya?

Secara kebetulan, persoalan solat bertepatan dengan Bulan Rejab di mana Rasululah s.a.w telah dijemput khas oleh ALLAH untuk mengadapNYA untuk menerima tuntutan rukun Islam ini iaitu solat.

Tujuh insan diatas mengerakkan minda saya untuk mencari suatu di sebalik ianya tidak dilakukan. Secara umum, mereka tahu akan kepentingan solat. Dengan lain perkataan, mereka mengakui akan rukun Islam ini. Namun apa yang membuat mereka meningalkan solat?

Jawapannya ada di dalam kisah perjalanan Rasululah s.a.w setelah menerima arahan melakukan isra’ dan mi’raj. Ketika perjalanan isra’ berlaku, satu kejadian manusia menghentakkan kepala berulangkali berlaku. Setiap kali kepala pecah, ianya akan sembuh dan kemudian dipecahkan kembali. Ianya adalah gambaran betapa beratnya jika kita tinggalkan solat. Selanjutnya, solat adalah antara soalan terawal akan ditanya ALLAH di saat pertemuan kita dengan NYA.

Hakikatnya, manusia meninggalkan solat kerana factor mengejar dunia. Kecintaan kepada dunia mendorong manusia berlari dan memijak orang lain. Kita perlu bersaing untuk merebut debu yang jika tidak berhati-hati, akan membawa kita lupa akan ALLAH. Apatah lagi jika kita mempunyai appointment dengan pembesar-pembesar atau VIP, sudah tentu kita bergegas dan sanggup melewatkan solat.

15 tahun lalu, saya pernah menegur bos saya (lelaki, seorang Pengurus Besar) kerana suka solat dipenghujung waktu zuhur agar boleh sambung solat Asar. Perbezaan masa Cuma beberapa minit atau saat. Bila ditanya beliau menjawab “Senang tak payah ambil wuduk banyak kali…” .

Dua tiga tahun lepas saya juga pernah menegur Pengurus dan eksekutif wanita kerana melakukan tabiat yang sama seperti bos saya itu. Jawapan Pengurus dan eksekutif wanita pula ialah “Susah saya nak ber make-up / berdandan jika kena ambil dua kali wudu’…. “

Kedua-dua factor ‘life’ di atas adalah biasa di pejabat-pejabat. Urusan dunia menjadi keutamaan kita, dan nilai pahala besar di sisi Tuhan bukanlah priority.

Isra’ Mi’raj adalah perjalanan HEBAT hamba mengadap Tuhannya. Cinta ALLAH dan Rasul s.a.w kepada kita diambil sebagai hadiah buat manusia melalui jalan solat. Proses susah payah, takut dan gementar dilalui Rasululah s.a.w hanya dibalas dengan nilai susahnya kita untuk bermake-up dan susah nak ambil wuduk berulangkali…..???

Rumusan,

Kepada tujuh insan yang menghubungi saya, saya ingin tekankan (jika anda membaca blog ini), Solat adalah jalan kita berbicara dan mengadu kepada ALLAH. Lorong ekspress tanpa TOL kita bermi’raj terus dengan Tuhan Pemilik Alam. Justeru, usah risau dengan kesilapan silam. Tuhan Maha Pengampun.

Perkara ini perlu dilakukan:-

1. Belajar solat dengan guru-guru agama (Perlu inisaitif untuk mencari guru agama).

2. Paksa diri hadiri majlis ilmu di masjid/surau.

3. Usah malu untuk bertanya/berguru

4. Jika mahu bertaubat dan berazam untuk ke Tanah Suci, usahakan perbaiki diri.

Wallah’alam.


2 comments:

Zarea106 said...

Sesiapa yg dikehendaki Tuhan dengan kebaikan, Tuhan akan mantapkan ilmu agamanya - Imam Muslim.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,
Terima kasih atas peringantan di blog ini.