Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, June 9, 2011

Mati Muda


Baru-baru ini saya dikejutkan dengan kematian isteri kepada seorang rakan. Kematian
pada usia muda (pertengahan 30an) amatlah memeranjatkan. Si suami kelihatan tenang

dan redha, Mungkin sudah bersedia menerima berita buruk ini memandangkan si
isteri sudah lama bertarung dengan barah.


Lebih menyentuh perasaan bila rakan ini menyebut bahawa hujung minggu kelmarin
adalah majlis konvokasi si isteri. Jubah konvo sudahpun diambil.
Subhanallah! Sedihnya menerima maklumat sebegini. Sudah tentu si arwah mahu
menyarung dan menghadiri majlis konvokasi hasil penat lelah bertahun melalui
proses pembelajaran.

Cuba anda bayangkan jika anda melalui proses ini.
Sudah tentu airmata si suami akan bercucuran bila naik ke pentas untuk mengambil skrol
ijazah pada majlis konvo itu…


Cuba anda gambarkan perasaan si arwah isteri di saat-saat akhir perpisahan dengan si suami tercinta dan seorang anak lelaki yang masih kecil….


Moga ALLAH memberi kekuatan kepada rakan saya ini dan memberi keampunan dan rahmat kepada arwah isteri beliau. AMin!

5 comments:

Anonymous said...

Salam ,
Tahun lepas ,saya dikejutkan dengan kematian mengejut sahabat baik akibat kemalangan jalanraya pada 27Ramadan..meninggalkan 6 orang anak kecil dan suami menyambut Syawal dengan sayu dan pilu.
Saya cuba membayangkan 1 minit terakhir kehidupan beliau, kesakitan yang dirasa semasa kemalangan, kesakitan sakaratul maut.. masya Allah..
Peringatan juga buat kita, mana tahu Ramadan tahun ini adalah yang terakhir kita di muka bumi ini?

Salam sejahtera....... said...

inalillah...
allah yang maha mengetahui dan mengatur segalanya..

Pustaka NurIman said...

setiap yg bernyawa pasti merasai mati

HRB said...

Innalillahi wailaihi rojiun..
Kematian apabila tiba masanya pasti menjemput..Mudah2an kita semua mati dalam keadaan husnulkhotimah.Ameen..

HRB said...

Innalillahi wailaihi rojiun..
Kematian apabila tiba masanya pasti menjemput..Mudah2an kita semua mati dalam keadaan husnulkhotimah.Ameen..