Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, July 12, 2011

Ceria di Pejabat


Auditorium Hospital Putrajaya

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, satu perkongsian berkaitan ceria di pejabat telah disempurnakan di Hospital Putrajaya. Perkongsian ini amat bermakna kerana sudah lama saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai perubatan, pentadbiran, staf nurse dll kerana membantu menguruskan bapa mertua saya ketika berada di CCU kira-kira dua tahun lalu.

Antara intipati ceramah ialah adakah manusia memerlukan kebahgiaan untuk hidup? Adakah orang kaya itu happy? Adakah orang berjawatan besar happy? Siapakah lebih bahgia, lelaki atau perempuan? Di mana letaknya bahagia? Dan bagaimana Islam memandu kebahgiaan manusia. Program yang dihadiri hampir 100 orang ini (termasuk bukan Islam) di harapkan dapat membantu peserta untuk mengenal pasti titik kebahgiaan dan solusi kebahgiaan dalam Islam.

Anda masih ingat kisah RM5 yang telah saya nukilkan di dalam blog ini kira-kira setahun lalu? Apa ada pada nilai RM5? Adakah nilai RM5 boleh membantu seseorang mencapai kebahgiaan?


Satu kajian di UK (2007) mendapati bahawa wanita lebih bahagia dari lelaki. Benarkah wanita lebih bahagia dari lelaki? Jika benar, mengapa lelaki kurang bahagia?

Hakikatnya, hati yang ikhlas lagi salimah akan mampu membentuk kebahagiaan manusia.


1 comment:

Anonymous said...

salam Dr,
tetapi ramai juga wanita yang menderita angkara lelaki.. maaf Dr sekadar pandangan..kerana melihatkan ada dari rakan2 yang dianiaya oleh suami sendiri.