Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, August 30, 2011

Eid Mubarak


Assalamualaikum,
Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin merakamkan ucapan Eid Mubarak Selamat Hari raya & Maaf segala salah silap. Saya juga berdoa agar semua pengunjung blog ini diberi ilmu, hikmah dan peningkatan level iman dan taqwa hasil dari tarbiah Ramadan.

Alhamdulilah saya selamat pulang ke tanahair petang kelmarin dan InsyaALLAh akan berkongsi sedikit pengalaman perjalanan Umrah Ramadan yang kian mencabar.

To all my friends- non Malaysian, I wish you the best of Eid Mubarak. May ALLAh crown you the best life here and in the hereafter as well as maintain the performance of Ramadan ie. be a better muslim after the tarbiah month of Ramadan.

Thursday, August 18, 2011

Perjalanan Rindu Baitullah Ramadan 1432H

Sujud kepada ALLAH di Masjid Nabawi mempunyai nilai tinggi...


InsyaALLAH dan Alhamdulilah saya akan berangkat ke Tanah Suci petang ini 18hb Ogos 2011 bagi mengisi Rindu akan Madinah dan Mekah. Bukan setakat rindu Baitullah, tetapi sangat merindui raudah, ketenangan Madinah dan hebatnya Qiam di Mekah.

Jadual perjalanan saya kali ini agak padat. Saya turut menerima jemputan dari dua warga Saudi penduduk Madinah dan seorang warga Arab Saudi di Mekah. InsyaALLAH akan bertemu juga dengan sahabat saya dari Morocco, Iran dan Indonesia. Moga ALLAH memberi saya ilmu dan pengalaman yang lebih bermakna bagi perjalanan yang agak padat ini.

Sekiranya anda juga berada di Tanah Suci dan terserempak dengan saya di Jeddah, Madinah atau Mekah, mohon tegur saya. Kita mungkin boleh bersembang panjang serta bertukar-tukar pandangan. Boleh juga minum malam selepas tarawikh. Ianya adalah saat manis yang saya nanti-nantikan.

Moga ALLAH mengizinkan kita bertemu dengan malam kemuliaan al-qadr dengan menghiasi malam melalui program Qiam, membaca Al-Qur’an dan berzikir. Amin!


Buku Rindu Baitullah



Alhamdulilah, buku Rindu Baitullah telah diulang cetak pada minggu ini. Saya bersyukur kepada ALLAH kerana telah mengizinkan buku Rindu Baitullah untuk mengisi ruang buku motivasi Islami untuk bacaan umum. Moga ALLAH akan mengukuhkan keazaman saya untuk terus memberi sumbangan dan berkongsi dari sudut penulisan dan ceramah umum.

Terima kasih dengan sokongan anda semua. Buku Rindu Baitullah tidak akan wujud tanpa anda bersama-sama menyokong usaha murni bagi membuka hati dan akal kita untuk terus mendekatkan diri kepada ALLAH.


Tazkirah Ramadan #3: Ramadan Yang Berlalu...


Masa beredar dengan begitu pantas. Ramadan bakal mencecah fasa ketiga. Namun diri hamba yang kerdil ini masih terkapai-kapai dilautan Ramadan yang indah itu. Biarpun ALLAH menjanjikan rahmat dan keampunan, kita masih sama-sama bersilat melawan nafsu, kehendak diri dan hilang pertimbangan.

Mana tidaknya, juadah berbuka puasa kelihatan enak, persediaan Raya pula tidak mampu diri kita menepisnya, dengkuran tidur terus menguasai diri, hentaman mercun kian menjadi-jadi dan selawat ke atas nabi di setiap Tarawikh kian menyepi. Kita kelihatan cepat lelah walaupun berpuasa dan bertarawikh setiap tahun.

Kualiti Ramadan kita mungkin hampir sama setiap tahun. Ajakkan berbuka puasa di hotel-hotel mungkin menjadi pilihan yang tidak boleh ditolak. Ianya budaya glamor yang harus dikotakan. Berbuka di masjid atau dengan mak di kampong bukanlah pilihan.

Malam tadi selepas solat tarawikh, saya berkunjung sebentar di Kompleks Ole-Ole Shah Alam untuk minum dan merasai roti canai. Biarpun jam ditangan menunjukkan waktu 10:30 malam, Ole-Ole masih sesak dengan pelanggan dan kenderaan. Agak padat, jem. Maka hati saya terusik untuk berbicara akan lemahnya diri kita. Masjid berhampiran jauh menyusut bilangan jamaahnya jika dibandingkan dengan jamaah shopping.

Ramadan adalah bulan peningkatan ibadat. Jika kita tidak mampu melakukannya, maka Ramadan kita tiada nilainya.

Sampai bila kita mahu diri kita, ahli keluarga dan masyarakat membiarkan diri berterusan begini?

Sampai bila kita mahu menjadi penumpang pesawat Ramadan ‘tambang murah’?

Sampai bila kita mahu menaiki pesawat Ramadan kelas ekonomi?

Tidak mahukah kita naik taraf menaiki pesawat Ramadan First atau Business Class?

Kita masih ada lagi 11 hari untuk memperbaiki kelemahan ibadat Ramadan kita. Maka ayuhlah kita bekerja keras meningkatkan amalan, kurangkan keinginan berhari raya dan sama-sama menyokong perjalanan diri kita untuk bertemu Ilahi.

Thursday, August 11, 2011

Tazkirah Ramadan #2

Tulisan di bawah saya petik dari tazkirah ramadan dalam blog ini yang telah saya tulis pada tahun lepas. Saya membuat beberapa tambahan dari teks asal bersesuaian dengan perubahan semasa.


Alhamdulilah, ALLAH telah mengizinkan kita untuk terus menikmati kehebatan Ramadan. Ianya lebih dirasai oleh insan-insan yang benar-benar mencari kasih sayang ALLAH. Mereka terus istiqamah dengan tarawikh dan qiam.


Bagaimana prestasi Ramadan selepas 11 hari kita melaluinya? Rata-rata, ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan prestasi akibat kesibukan tugas dan usaha melawan nafsu. Ianya adalah satu penilaian yang jujur namun tidak cukup jika tiada pelan tindakan mencari kehebatan Ramadan yang hanya tinggal dua-pertiga lagi .

Fasa Pertama Ramadan sudahpun berlalu. Sudahkah kita buat yang terbaik di Fasa Pertama?

Di Fasa kedua pula, ALLAH memberi ruang maghfirah kepada hambaNYA.

Namun kini, sudah ramai mula kecundang. Sebagaimana trend terdahulu, Fasa kedua Ramadan iaitu mendamba maghfirah ALLAH tidak diberi perhatian. Saf-saf tarawikh mula susut. Letupan mercun sudah mula kedengaran ketika sebahagian hamba-hamba ALLAH sedang sujud menunaikan Tarawikh. Kehadiran bazaar Ramadan pula sentiasa konsisten, tidak pula kelihatan susutnya. Kaum ibu pula mungkin mula sibuk mengajak suami shopping raya, membuat kueh raya dan pelbagai keperluan raya. Ianya adalah satu keperluan untuk menyambut lebaran. Lebih teruk, kita mungkin sedang menghitung dan menghimpun hutang kerana persediaan lebaran.

Tahun ini 2011, saya menunaikan tarawikh di beberapa masjid dan surau. Saya perhatikan bahawa trend menyusut ini dipengaruhi oleh beberapa factor termasuk juga cara pihak masjid dan surau meraikan jamaah. Bila jamaah tidak dapat apa yang mereka hajatkan, mereka akan beralih angin dan mungkin ada juga yang solat dirumah. Contohnya, tazkirah Ramadan tamat jam 10.15 malam sedangkan solat tarawikh baru siap 4 rakaat. Keseluruhan solat tarawikh 8 rakaat berakhir jam 11 malam. Pendekatan sebegini tidak bijak. Ianya tidak menjinakkan hati anak-anak muda untuk berdamping dengan masjid. Tazkirah Ramadan tidak perlu hingga satu jam, cukup sekadar 15 minit (sebab itu disebut tazkirah bukan ceramah). Ada juga penceramah yang menjerit-jerit ketika memberi tazkirah. Tazkirah dengan nada menjerit-jerit tidak akan melembutkan hati manusia khususnya untuk menarik anak-anak muda.

Berbalik kepada diri kita. Kita manusia yang lemah. Tuntutan Ramadan mungkin ada juga yang tidak dapat kita sempurnakan. Inilah dia, hidup dan diri kita. Kita tidak mampu istiqamah dengan usaha mencari ilmu dan tarbiah Ramadan.

Bagaimana kita mampu membebaskan Al-Aqsa jika kita berterusan saban tahun begini?

Blog ini menasihati diri penulis sendiri untuk segera memperkukuhkan hubungan dengan ALLAH dan memohon keampunanNYA atas setiap butir kesilapan hidup kerana sasaran kita adalah memasuki SYURGANYA yang luas itu. Firman ALLAH

“Bersegeralah kamu mencari keampunan ALLAH dan SYURGANYA yang luas antara langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.”

Ali-Imran : 133

Moga ALLAH menerima proses Fasa kedua ini bagi bekalan kita seterusnya untuk melalui fasa ketiga Ramadan. Tips berikut boleh membantu:-

1. Rasululah s.a.w. berpesan supaya kita mengambil wuduk sebaik mungkin dan menunaikan solat taubat 2 rakaat. Kemudian muhasabah diri mengenangkan dosa dan kesilapan terdahulu.

2. Menghadiri majlis ilmu di surau/masjid

3. Menghadiri program Qiyamulail di Masjid-masjid.

Kita perlu sama-sama berusaha mencari maghfirah ALLAH kerana ianya tidak datang dengan percuma. Hendak BERJAYA perlu BERUSAHA.

Kepada bakal jamaah Haji 1432H, inilah waktu sesuai untuk muhasabah diri dan mencari keampunan ALLAH. Perlu berdoa moga ALLAH memberi rahmat, haji yang berkualiti- haji mabrur dan menerima ilmu yang terbaik di Tanah Suci nanti.

Wallah'alam.


Sunday, August 7, 2011

Khutbah Jumaat 5 Ogos 2011/ 5 Ramadan 1432H- Ramadan

ALhamdulilah, kini kita akan memasuki fasa kedua Ramadan. Begitu pantas masa berlalu. Baru sahaja rasanya penyimpan mohor besar Raja2 mengistiharkan tarikh berpuasa. Minggu pertama Ramadan mempunyai kesannya dalam hidup saya. Saya masih teringat arwah abah. Beliau dijemput Ilahi pada minggu pertama Ramadan. Saya kehilangan abah namun saya sentiasa mengingatinya.

Berikut saya kongsikan intipati Khutbah yang telah saya sampaikan pada hari Jumaat Pertama bulan Ramadan ie. 5 Ogos 2011/ 5 Ramadan 1432H di salah sebuah MAsjid di negeri Selangor Darul Ehsan. Saya sedekahkan pahala khutbah ini untuk arwah abah, insyaALLAh & Amin!

******************************************

Sidang Jumaat yang saya kasihi,

Ramadan adalah bulan agung. Selain daripada Haji & Umrah, Ramadan adalah hadiah istimewa untuk insan mukmin/mukminah. Orang mukmin sahaja yang mampu menghargai Ramadan, kerana Ramadan bukan sekadar berlapar dan dahaga malah ianya lebih dari itu.

Pertama, Ramadan bulan kita meningkatkan darjat kita ke satu lagi tahap penting iaitu menjadi insan bertakwa.

Kedua, Ramadan adalah bulan maghfirah (keampunan). Maka perbanyakkanlah munajat, taubat dan muhasabah diri.

Ketiga, Ramadan adalah bulan Rahmah. Maka carilah kasih sayang ALLAH.

Keempat, Ramadan adalah bulan Qur’an dan ibadah. Maka bacalah Qur’an dan selidikilah makna dan pengajaran atas setiap ayat-ayat Qur’an itu. Tambahkanlah amalan solat tarawkih dan solat malam.

Kelima, Ramadan adalah bulan mujahadah. Maka perangilah hawa nafsu yang benar-benar mengikat kita agar mencintai dunia. Dunia bukanlah matlamat kita. Juga usahlah kita lupa dengan semangat jihad untuk membantu sahabat-sahabat kita di Palestin.

Keenam, Ramadan adalah bulan tarbiah. Maka carilah ilmu dan pengalaman.

Ketujuh, Ramadan adalah tempoh untuk kita meningkatkan sadaqah. Selain berzakat, di dalam harta kita juga adalah hak insan lain. Maka bersedekahlah. Ganjaran bersadakah di bulan Ramadan amat mencurah-curah banyaknya. Maka ambillah peluang ini.

Kelapan, Ramadan adalah bulan memantapkan ukhuwah. Jalinkanlah hubungan kemanusiaan dengan saling menziarahi, bertukar makanan dan sama-sama berjalan kaki ke Masjid.

Akhir sekali, semaklah performance kita pada minggu pertama Ramadan. Sama-sama kita perbaiki dan tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini.

“Ya ALLAH, terimalah amalan kami yang tidak seberapa ini. Kami amat daif dan kami memohon maghfirah dan rahmatMU Ya ALLAH.” Amin!


Wednesday, August 3, 2011

Tazkirah Ramadan 1


Hari ini cuaca agak panas. Itulah dia Ramadan. Bulan yang mengandungi limitasi dan cuaca yang panas.

Minggu lepas saya bersembang dengan seorang Cina bukan Islam. Saya bertanya beliau, apa yang beliau faham pasal Ramadan. Jawapannya “Bulan orang Islam meraikan kemenangan dalam satu sejarah peperangan di zaman Rasullulah.” MasyaALLAH! Bagaimanalah gambaran buruk ini diberikan kepada orang bukan Islam yang sudah 50 tahun tinggal di Tanah Melayu? Lemah betul kita umat Islam Malaysia yang tidak berupaya memberi gambaran Islam kepada rakan-rakan bukan Islam.

Ramadan memberi beberapa kegembiraan buat umat yang taat. Antaranya ialah dijanjikan memasuki syurga pintu Rayyan dan dosa diampunkan. Bukan setakat itu, seperti Haji/Umrah, Ramadan adalah proses kita membentuk peribadi dan amalan mulia.

Kepada beberapa rakan-rakan luar negara dan student2 bukan Malaysia, saya turunkan sedikit perkongsian dalam bahasa Inggeris.

**************************************

Allah has enjoined upon the Muslims fasting the month of Ramadaan, and He has promised a great reward to those who fast. Because the virtue of fasting is so great, Allah has not specified the reward for it, rather He said – in a hadeeth qudsi –


“… except for fasting, for it is for Me, and I shall reward for it.”

The virtues of the month of Ramadaan are many. For example, that which Allah has promised those who fast, namely the gate of al-Rayyaan. This is the name which was narrated in the hadeeth whose authenticity is agreed upon. Sahl (may Allaah be pleased with him) said that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said:

“In Paradise there is a gate called al-Rayyaan, through which those who used to fast will enter on the Day of Resurrection, and no one but they will enter it. It will be said, ‘Where are those who fasted?’ They will get up, and none will enter it but them. When they have entered, it will be locked, and no one else will enter.” (al-Bukhaari, 1763; Muslim, 1947).

Among the haadeeth which explain the reward for fasting are the following:

It was narrated from Abu Salamah that Abu Hurayrah said: “The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: ‘Whoever fasts Ramadaan out of faith and seeking reward, his previous sins will be forgiven.’” (Narrated by al-Bukhaari, al-Eemaan, 37).

It was narrated that Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) said: “The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: ‘Allaah says: “Every deed of the son of Adam is for him, except for fasting; it is for Me and I shall reward for it.” Fasting is a shield and when one of you is fasting he avoid sexual relations with his wife and quarreling. If somebody should fight or quarrel with him, he should say, ‘I am fasting.’ By the One in Whose hand is my soul, the unpleasant smell coming out from the mouth of a fasting person is better in the sight of Allaah than the smell of musk. The fasting person will have two moments of joy: one when he breaks his fast, and the other when he meets his Lord; then he will be pleased because of his fasting.’

(Narrated by al-Bukhaari, 1771)


Monday, August 1, 2011

Donation Dana Amal RB to Tahfiz Institution


Alhamdulilah with the mercy and greatness from ALLAH, efforts to contribute to muslim ummah especially to Tahfiz Institution via Dana Amal RB was successfully done last week.

For each sales of the book "Rinduku Pada Baitullah", RM2 is contributed to the Dana Amal RB. ALhamdulilah the total collection was RM512 and I had personally top-up the numbers to be RM700.

Alhamdulilah, as promise RM700 had been delivered by my elder brother, Tuan Haji Rosli Bakar, to the Mudir -one of Tahfiz Institution Shah Alam.

May ALLAH reward each one of us, who have bought and donate to this sincere efforts. This is the second initiative after the successful implementation of Dana BPHT last year Ramadan.



Marhaban Ya Ramadan


Alhamdulilah, ALLAH mengizinkan kita ketemu lagi dengan Ramadan- bulan yang penuh dengan keistimewaan. Sudah tentu hati kita melompat girang menanti bulan ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan AHlan wa sahlan Ya Ramadan dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini, moga Ramadan tahun ini lebih hebat untuk kita lalui dari tahun2 lalu.

Berikut saya kongsikan artikel tazzkirah dari laman Jabatan Dakwah JAIS untuk renungan dan amalan kita bersama.

*****************************************

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.

1. Pintu langit dibuka

2. Pintu-pintu syurga di buka

FADHILAT YANG LAIN

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.