ALhamdulilah, kini kita akan memasuki fasa kedua Ramadan. Begitu pantas masa berlalu. Baru sahaja rasanya penyimpan mohor besar Raja2 mengistiharkan tarikh berpuasa. Minggu pertama Ramadan mempunyai kesannya dalam hidup saya. Saya masih teringat arwah abah. Beliau dijemput Ilahi pada minggu pertama Ramadan. Saya kehilangan abah namun saya sentiasa mengingatinya.
Berikut saya kongsikan intipati Khutbah yang telah saya sampaikan pada hari Jumaat Pertama bulan Ramadan ie. 5 Ogos 2011/ 5 Ramadan 1432H di salah sebuah MAsjid di negeri Selangor Darul Ehsan. Saya sedekahkan pahala khutbah ini untuk arwah abah, insyaALLAh & Amin!
******************************************
Sidang Jumaat yang saya kasihi,
Ramadan adalah bulan agung. Selain daripada Haji & Umrah, Ramadan adalah hadiah istimewa untuk insan mukmin/mukminah. Orang mukmin sahaja yang mampu menghargai Ramadan, kerana Ramadan bukan sekadar berlapar dan dahaga malah ianya lebih dari itu.
Pertama, Ramadan bulan kita meningkatkan darjat kita ke satu lagi tahap penting iaitu menjadi insan bertakwa.
Kedua, Ramadan adalah bulan maghfirah (keampunan). Maka perbanyakkanlah munajat, taubat dan muhasabah diri.
Ketiga, Ramadan adalah bulan Rahmah. Maka carilah kasih sayang ALLAH.
Keempat, Ramadan adalah bulan Qur’an dan ibadah. Maka bacalah Qur’an dan selidikilah makna dan pengajaran atas setiap ayat-ayat Qur’an itu. Tambahkanlah amalan solat tarawkih dan solat malam.
Kelima, Ramadan adalah bulan mujahadah. Maka perangilah hawa nafsu yang benar-benar mengikat kita agar mencintai dunia. Dunia bukanlah matlamat kita. Juga usahlah kita lupa dengan semangat jihad untuk membantu sahabat-sahabat kita di Palestin.
Keenam, Ramadan adalah bulan tarbiah. Maka carilah ilmu dan pengalaman.
Ketujuh, Ramadan adalah tempoh untuk kita meningkatkan sadaqah. Selain berzakat, di dalam harta kita juga adalah hak insan lain. Maka bersedekahlah. Ganjaran bersadakah di bulan Ramadan amat mencurah-curah banyaknya. Maka ambillah peluang ini.
Kelapan, Ramadan adalah bulan memantapkan ukhuwah. Jalinkanlah hubungan kemanusiaan dengan saling menziarahi, bertukar makanan dan sama-sama berjalan kaki ke Masjid.
Akhir sekali, semaklah performance kita pada minggu pertama Ramadan. Sama-sama kita perbaiki dan tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini.
“Ya ALLAH, terimalah amalan kami yang tidak seberapa ini. Kami amat daif dan kami memohon maghfirah dan rahmatMU Ya ALLAH.” Amin!
1 comment:
terima kasih Dr, perkongsian yang amat menyedarkan diri yang masih lagi leka walau ramadhan sudah 10hari berlalu.
wassalam
Post a Comment