
ALhamdulilah,  kini kita akan memasuki  fasa kedua  Ramadan.   Begitu pantas  masa berlalu.  Baru sahaja rasanya penyimpan mohor besar Raja2 mengistiharkan tarikh berpuasa.  Minggu pertama Ramadan  mempunyai kesannya dalam hidup saya.   Saya masih teringat arwah abah.  Beliau dijemput Ilahi pada minggu pertama Ramadan.  Saya kehilangan abah namun saya sentiasa mengingatinya.  
   Berikut saya  kongsikan  intipati Khutbah yang telah saya sampaikan pada hari Jumaat Pertama bulan Ramadan ie. 5 Ogos 2011/ 5 Ramadan 1432H di salah sebuah  MAsjid di negeri Selangor Darul Ehsan.  Saya sedekahkan pahala khutbah ini  untuk arwah abah, insyaALLAh & Amin!
   ****************************************** 
  Sidang Jumaat yang saya kasihi,
  Ramadan adalah bulan agung.   Selain daripada Haji & Umrah,   Ramadan adalah hadiah istimewa untuk  insan  mukmin/mukminah.  Orang  mukmin sahaja yang mampu menghargai Ramadan, kerana  Ramadan bukan sekadar berlapar dan  dahaga  malah ianya lebih dari itu.
   Pertama,  Ramadan bulan kita  meningkatkan darjat kita  ke satu lagi tahap penting  iaitu menjadi insan bertakwa.
   Kedua,  Ramadan  adalah bulan maghfirah (keampunan).  Maka perbanyakkanlah  munajat, taubat  dan muhasabah diri.
   Ketiga, Ramadan adalah bulan Rahmah. Maka carilah kasih sayang ALLAH.
   Keempat, Ramadan adalah bulan Qur’an dan ibadah.  Maka bacalah Qur’an  dan selidikilah  makna dan pengajaran atas setiap  ayat-ayat Qur’an itu.  Tambahkanlah amalan solat tarawkih dan solat malam.
   Kelima, Ramadan adalah bulan mujahadah.  Maka perangilah hawa nafsu yang benar-benar mengikat kita agar mencintai dunia.  Dunia bukanlah matlamat kita.  Juga usahlah kita lupa dengan semangat jihad untuk  membantu  sahabat-sahabat kita di Palestin.
   Keenam, Ramadan adalah bulan tarbiah.  Maka carilah ilmu dan pengalaman.
   Ketujuh, Ramadan adalah  tempoh untuk kita  meningkatkan sadaqah.  Selain berzakat,  di dalam harta kita juga adalah hak insan lain.  Maka bersedekahlah.  Ganjaran bersadakah di bulan Ramadan  amat mencurah-curah banyaknya.  Maka ambillah peluang ini.
   Kelapan,  Ramadan adalah bulan memantapkan ukhuwah.  Jalinkanlah hubungan kemanusiaan dengan  saling menziarahi,  bertukar makanan dan  sama-sama berjalan kaki ke Masjid.
   Akhir sekali,  semaklah  performance kita pada minggu pertama Ramadan.  Sama-sama kita perbaiki dan tingkatkan  amalan  di bulan yang mulia ini.
   “Ya ALLAH, terimalah  amalan kami yang tidak seberapa ini.  Kami amat daif  dan kami memohon maghfirah dan rahmatMU Ya ALLAH.”  Amin!
 
1 comment:
terima kasih Dr, perkongsian yang amat menyedarkan diri yang masih lagi leka walau ramadhan sudah 10hari berlalu.
wassalam
Post a Comment