Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, February 28, 2012

Jemputan Live TV3


Alhamdulilah, TV3 menjemput saya untuk diskusi live slot Wanita Hari ini.

Tarikh: 29 Feb 2012 RABU

Masa : 12:00tgh-12.40 tgh

Jika anda berkelapangan, jemputlah menonton slot tersebut di TV3 (Jika ada yang boleh buat rakaman, amat saya hargai).

TQ

Friday, February 24, 2012

Anuiti Akhirat: Kemajuan Projek Masjid I

Alhamdulilah, dengan kasih sayang ALLAH, saya menerima photo ini ketika on pc saya selepas solat Subuh pagi Jumaat.

Disertakan foto kemajuan projek Masjid Bojongloa yang sedang kita usahakan. InsyaALLAH, kita akan berusaha untuk membeli tanah sawah sebelah masjid untuk membangunkan Pasentren Tahfiz Anak Yatim.




Saturday, February 18, 2012

Annuiti Akhirat:- Status Projek Masjid Bojongloa 16 Feb 2012




Alhamdulilah, dengan kebesaran ALLAH, status dana masjid desa Bojongloa adalah seperti berikut:- (sehingga 16 Feb 2012)

JUMLAH DANA: RM102,101.26
JUMLAH di tt : RM36,100.00
BAKI DANA : RM66,001.26


FASA I DANA INI AKAN DITUTUP PADA 7 Rabiulakhir 1433H/29 Feb 2012


InsyaALLAH, jika ALLAH merahmati usaha ikhlas ini, Kelab Haji Muda akan didaftarkan secara sah mengikut undang-undang pertubuhan/persatuan. Protem sedang bekerja keras untuk menyiapkan kertas MOA. Jika ALLAH izinkan, InsyaALLAh FASA II projek akan menggunakan Akaun projek atas nama KELAB HAJI MUDA.

Tindakan susulan:

1. Kemajuan pembinaan masjid akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui blog ini.

2. Penyata Dana Fasa I akan dimajukan kepada Jawatankuasa Audit untuk disemak dan di tandatangani.

3. Fasa II akan dirancang oleh teman-teman Protem KHM.

4. Pembelian tanah sawah di sebelah masjid akan diusahakan untuk membina Pasentren Tahfiz anak Yatim. Mohon doa semua pengunjung blog ini agar ALLAH membuka hati tuan punya tanah desa ini untuk menjual/mewakafkan tanah untuk kita bina pusat pendidikan ini.

5. Doakan juga tim pembina/protem agar kami sentiasa sihat dan bersemangat untuk membuat kebaikan buat kita bersama. Mereka berkorban masa, wang ringgit, tenaga, buah fikiran dan keluarga untuk memastikan perancangan berjalan lancar. Saya sangat-sangat menghargai mereka biarpun mereka mengetahui dengan jelas bahawa habuan dunia tidak menanti mereka.


Terima kasih kepada anda semua dengan semangat dan sokongan. Allahu Akbar!


Friday, February 17, 2012

Watikah Perlantikan International Advisor



Alhamdulilah, dengan kebesaran dan kasih sayang ALLAH, di pagi mulia hari Jumaat 17 Feb 2012, saya telah menerima watikah perlantikan rasmi sebagai Penasihat Antarabangsa Kooperasi Syariah Garut, Indonesia. Penyerahan rasmi telah dilakukan oleh Direktor Koperasi dengan disaksikan oleh Prof Dato' Muhamad Rasat- Presiden MMU.

Perlantikan ini adalah satu amanah besar buat saya di pentas antarabangsa, bagi membantu dan mencipta nilai bagi membangunkan ekonomi ummah- penduduk miskin@marhain. Ia menyuntik semangat besar buat saya secara peribadi dan hadiah buat kita semua warga KHM.

Saya berhasrat untuk mengabdikan jiwa dan kepakaran sebagai bekalan menemui Rabbul alamin-Tuhan sekelian alam. Ianya adalah satu permulaan bagi banyak lagi ruang pengorbanan yang KHM mampu lakukan secara kolektif.

"Ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan dan bersabar atas jalan ini." Amin.




Wednesday, February 15, 2012

Diskusi Pembinaan Masjid AL-Hekmah, Bojongloa

Saya telah menerima kunjungan rakan-rakan saya dari Indonesia pada 13 & 14 Feb 2012 untuk membincangkan pelaksanaan projek Masjid. Saya terharu dengan kunjungan mereka kerana bersusah payah melawat saya setelah dimaklumkan perancangan lawatan tapak telah dibatalkan memandangkan paspot saya telah diserahkan untuk tujuan proses visa umrah.

Alhamdulilah, projek masjid desa Bojongloa telah dimulakan pada Isnin 13 Feb 2012 dengan kawalan rapi teman-teman kita di sana.

FASA II-

Saya juga telah menyatakan hasrat kita untuk membina pasentren tahfiz khusus untuk anak yatim. InsyaALLAh jika ALLAH memberi kita semua kekuatan, tanah sawah di sebelah masjid akan dibeli oleh teman-teman saya dan kita Cuma sediakan ongkos untuk pembinaan pasentren termasuk dewan kuliah, asrama putera/I , library dll.

Saya sujud syukur dan sangat terharu jika usaha kecil ini dapat menyatukan hati insan-insan ikhlas (anda semua) dengan teman-teman kita di Indonesia, Brunei Darusssalam, Singapura dll.

Dengan iktibar metodologi perancangan politik Rasululah s.a.w ketika berhijrah dahulu, dan dengan semangat yang sama mengingati Rsululah s.a.w , InsyaALLAH kita akan mampu menyatukan hati-hati kita biarpun kita tidak mengenali antara satu sama lain bahkan kita dipisahkan melalui wilayah dan Negara.

Inilah dia kebesaran Kalimah Shahadah yang menjanjikan penyatuan hati, fikiran dan semangat. Moga ALLAH terus memberi kita kekuatan untuk istiqamah untuk membangunkan ummah mengikut kemampuan kita, InsyaALLAH.


Mesyuarat ke 2 Kelab Haji MUda (KHM)

Alhamdulilah, mesyuarat ke-2 Protem Kelab Haji Muda (KHM) telah berjalan dengan lancar pada hari Ahad 12 Feb 2012. Banyak perkara/isu yang dibincangkan bagi memastikan kelancaran KHM. Terima kasih kepada semua yang hadir, tidak lupa kepada Kak Zam yang telah menyediakan sarapan pagi yang enak untuk semua yang hadir.

Bagi mereka yang sudah mendaftar untuk sama-sama membantu atau menjadi ahli, InsyaALLAH komunikasi yang lebih kerap akan dilakukan selepas ini. Mohon kerjasama untuk hadir di dalam pertemuan yang akan datang.

Jika dizinkan ALLAH, kami akan melakukan roadshow@penerangan mengenai KHM di lokasi-lokasi yang telah menjemput kami. InsyaALLAH, satu program khas + Qiyamualail juga dirancang untuk dilaksanakan pada bulan April atau Mei 2012.

NOTA: KHM sangat-sangat memerlukan volunteers. Please offer yourselves by sending email to: kelabhajimuda@gmail.com . Please state your full name, HP number, email address, your expertise and contributions.

Kursus Umrah Praktikal


Foto: Jamaah bersemangat mendengar penerangan cara-cara melaksanakan tawaf dan saie.
Replika Kaabah dan ruang belakang masjid digunakan untuk tujuan praktikal.


Umrah adalah ibadah yang memerlukan kefahaman dan pergerakkan/tenaga. Membaca buku atau menonton VCD Umrah tidak mencukupi. Ianya perlu berguru agar kita dapat mencapai kenikmatan Umrah.

ALhamdulilah, kursus praktikal umrah telah Berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu 11 Feb 2012. Seramai lebih 200 jamaah telah hadir untuk sama-sama mengambil manfaat dari kursus yang telah dianjurkan.

Bagi jamaah yang akan bersama saya seramai 60 orang, InsyaALLAH kursus intensif akan dibuat di rumah saya pada akhir bulan Feb nanti.


Friday, February 10, 2012

Tips #1- Managing Negative People


Keep Them Out from our mind...



Baru-baru ini saya dijemput oleh sebuah organisasi untuk berkongsi tajuk “Manusia Negatif”. Ceramah sekitar 1 jam ini perlu dilakukan secara berhati-hati dikhuatiri akan menyentuh mana-mana individu kerana topiknya agak sensitive.

Secara kebetulan, dalam seminggu dua ini saya menerima banyak soalan/isu dari pelajar-pelajar PhD dalam dan luar Negara mengenai tekanan belajar. Lebih khusus, soalan mereka hampir sama iaitu bagaimana untuk berhadapan dengan insan-insan negative di saat diri dan jiwa bertarung dengan penulisan tesis PhD.

Manusia negative ada di mana-mana. Di kejiranan, jalanraya, jabatan kerajaan, syarikat korporat, Bank, shopping kompleks, zoo, parking, hatta di pejabat agama dan Masjid. Ianya juga melingkari jiwa dan hati manusia diperingkat bawah, para ustaz, AJK Masjid hingga ke tahap CEO dan pimpinan politik.


Insan negatif akan berkata

“Buat apalah pergi Haji Muda-muda, buat hidup terikat dan susah, tak boleh enjoy.”

“Apalah buat kerja bodoh belajar sampai PhD. Kehidupan dah ok dan duduk di kerusi empuk pun masih nak belajar?”

“Nama aje first class honours, benda nipun tak faham.”

“Kau tu perempuan. Buat apalah nak belajar tinggi-tinggi. Nanti susah nak dapat jodoh…”

“Buat apalah membazir duit pergi umrah.”


Dan banyak lagi nada negative yang menganggu minda dan jiwa kita.


Jika kita tahu ada minyak di dalam kolam, usahlah kita terjun ke dalam kolam minyak itu. Akibatnya tubuh kita akan berminyak, silap-silap kita pun naik minyak…..

Jadi apa nak buat? Bagaimana nak uruskan isu-isu ini?


TIPS #1 Cuba kenalpasti dari mana sumber negatif

Adakah ianya dari seorang manusia, persekitaran atau satu group manusia.

Bila sudah kenal mereka, bacalah ayat ini

BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi).


Kemudian, SET MINDA “I will ignore, this stupid man/lady/group.”


Bila minda sudah diSET, dengan sendirinya, InsyaALLAH berkat doa di atas, ALLAH akan melindungi kita dari manusia negative ini.

Jika tenaga kita ditarik ke bawah (energy drain), segera angkat kaki dan tinggalkan manusia negative (yang mungkin suka kutuk kita).

Contohnya: Jika anda pelajar siswazah, anda akan dapati ada manusia sebegini yang tidak senang dengan anda. Jangan terkejut jika mereka ini juga ada Dr berstatus PhD. Baca doa di atas selepas solat subuh, setiap kali masuk pejabat dan bila bertemu dengan spesis negative ini. InsyaALLAH Allah akan memberi benteng dari serangan fikiran dan lisan negative ini.


TIPS #2 , fokus kepada apa yang hendak anda capai pada hari ini.

Jangan focus kepada manusia negative yang mungkin selalu mengutuk dan memperlekehkan anda. Jika anda melayan spesis manusia ini, saya pasti menjelang tengahari energy anda akan kering. Anda akan cepat penat. Siapa rugi? KITA yang rugi. Spesis manusia tersebut akan tetap happy meneruskan kutukan dan mencari kesalahan orang.


NOT WORTH TO DRAG OUR ENERGY ENTERTAINING STUPID PEOPLE.

DO SOMETHING THAT WE ENJOY & LOVE!


Kepada anda yang sedang melalui suasana yang sama, praktik dulu dua tips ini.

InsyaALLAH, saya akan sambung dientri akan datang…. ALLAHU AKBAR!


Thursday, February 9, 2012

Annuiti Akhirat:- Status Projek Masjid Bojongloa 9 Feb 2012

Alhamdulilah, dengan kasih sayang ALLAH, Akaun Projek Masjid sehingga 9hb Feb 2012 ialah:-

JUMLAH KUTIPAN: RM 98,242.30

BAKI TERKINI: RM 62,142.30

JUMLAH YANG TELAH DIHANTAR: Rupiah 100 Juta = RM36,100

Terima kasih kepada anda semua tanpa mengira di mana anda berada (Malaysia, Brunei, Singapura, UK, Australia, Zurich, Geneva dll) yang telah sama-sama menyumbang ke projek Annuti Akhirat Masjid Bojongloa.


Tindakan susulan:-

1. Saya dan team KHM telah membatalkan hasrat untuk melawat tapak pada bulan ini memandangkan Paspot saya telah diserahkan untuk urusan VISA UMrah. Justeru, InsyaALLAH saya akan membuat lawatan tapak selepas saya kembali dari Umrah (mungkin awal April 2012). Sesiapa sahaja tetamu blog ini yang berhasrat untuk lawatan tapak projek masjid ini, bolehlah hubungi secretariat yang akan saya maklumkan kemudian. Kos lawatan sendiri tanggung. (InsyaALLAH jika ALLAH izinkan KHM menjadi multi-billion corporation, kita boleh sponsor members untuk ke sana bagi memperkukuhkan komitmen kita demi ALLAH dan Rasul s.a.w). (Nota Ridz: TIDAK SALAH BERWAWASAN JAUH).

2. Alhamdulilah dana awal sebanyak RP25 Juta sudah diserahkan kepada Ketua Kampong @ Panitia Masjid untuk kerja-kerja awal. Ianya akan dimulakan, InsyaALLAH, Isnin minggu depan. Dana ini akan dikawal oleh teman-teman saya (rakan KHM) di Bandung dan akan di’release’ mengikut kemajuan projek. Maksudnya, dengan kawalan dan perlindungan ALLAH, pengurusan dana secara konservatif bukan sahaja dilakukan di Malaysia tetapi juga di Indonesia.

3. InsyaALLAH, teman saya dari Indonesia akan berkunjung ke Malaysia Ahad ini 12 Feb atas urusan bisnes dan diskusi lanjutan dengan saya mengenai pembangunan Koperasi Syariah. InsyaALLAH saya akan bincang dengan mereka (bagi pihak tuan/puan rakan KHM) untuk meneruskan misi saya (kita) membina Fasa II Masjid Bolongjoa iaitu membina Pasentren Tahfiz Anak-Anak Yatim.

4. Atas permintaan ramai teman Blog Haji Muda@KHM, kita akan usahakan Masjid siap menjelang Ramadan 2012 supaya dapat dimanfaat dan dihidupkan di bulan Ramadan. Tentu sekali hati tuan/puan dan penyumbang dana ini merasa tenang dan damai dapat merasai nikmat mempunyai masjid sendiri, di kelilingi sawah bendang dan orang miskin. Orang miskin tidak kedekut DOA. Baru sebentar tadi saya menerima panggilan telefon dari teman saya di Bandung bahawa orang kampong amat gembira dengan usaha kita dan tidak akan putus berdoa untuk kesejahteraan kita….. Ya ALLAH terharunya saya….(Untuk kupasan Tips kehidupan mengenai perkara ini, Sila Rujuk buku Rindu Baitullah BAb 40 ms 202). Ya.. doa ini untuk kita semua.

Moga ALLAH memberi kita kekuatan untuk istiqamah di jalan ini…. InsyaALLAH.


Wednesday, February 8, 2012

TETAMU


Alhamdulilah, Hari ini saya menerima dua kunjungan istimewa. Di sebelah pagi menerima kunjungan Profesor Banachi dari Italy untuk satu program usahasama pembangunan korporat. Banyak perkara yang kami bincangkan dan bagaimana manfaat boleh diperolehi. Saya melihat, orang-orang kita sebenarnya mempunyai potensi maka saya menginjak-injak hati saya untuk mengujudkan satu lagi platform untuk anak-anak muda kita supaya didedahkan dengan budaya korporat.

POTENSI YANG KITA ADA PERLU DILETUPKAN.......

Itupun jika anak-anak muda kita mahu. (Seperti platform Kelab Haji Muda, jika kurang sambutan saya tetap akan teruskan agenda misi hidup saya).

Jika di Barat, mereka memegang kuat konsep integrity dan governance, maka kita jauh lebih hebat dengan sandaran AL-Qur’an, sunnah Rasul s.a.w dan implementasi pelaksanaan para pemimpin berjiwa ulama. Ianya lebih hebat jika kita boleh mengabungkan teori akademik, pelaksanaan korporat dan keluhuran Dustur Islami- Al-Qur’an.

Alhamduliah, Di sebelah petang pula, saya menerima kunjungan seorang Senator Dewan Negara. Kami bertukar-tukar fikiran bagaimana untuk membangunkan ummah dan bagaimana saya secara peribadi boleh membantu. Saya katakan kepada Senator ini, jika kita semua tidur kerana kenyang makan dan seronok dengan Astro/TV, maka perubahan tidak akan berlaku di kalangan bangsa ini. Di kala JAHILIAH terus menguasai Negara, muslim mukmin pula bergelut dengan angan-angan tidak berpijak di bumi nyata. Kepimpinan pula sangat lemah.

Korupsi terus berleluasa dan AMANAH dianggap membebankan. Penganiayaan dan pentingkan diri atau kelompok sendiri menjadi budaya hidup. Rakyat marhain bosan….. Golongan spesis manusia yang korup ini telah diingatkan dalam Qur’an bahawa mereka akan dipanggang dengan api neraka dan hentaman bertubi-tubi akan menjadi realiti… bukan gurauan..

Allahu Akbar! Dunia ini sangat kompleks bila manusia tidak menjadikan aturan Qur’an dan sunnah Rasul sebagai petunjuk.

“Ya ALLAH, KAU pimpinlah kami dan berikanlah kami semangat kerjasama, solidarity, tidak menindas dan ikhlas demi agamaMU.” Amin!

Umrah Mac 2012

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, saya dapat meneruskan perkongsian di blog ini.

Sejak seminggu lepas, jadual kerja agak padat. Hujung minggu lepas, sibuk menguruskan jamaah umrah untuk Kursus Umrah teori. InsyaALLAh minggu ini akan ada follow-up Kursus Umrah – praktikal. InsyaALLAh hujung bulan Februari nanti, saya bercadang akan mengadakan kursus intensif Umrah di rumah saya. Ini bagi memantapkan kefahaman Umrah dan langkah-langkah A-Z Umrah yang jamaah perlu lalui khususnya kepada jamaah yang kali pertama ke Tanah Suci.

Alhamdulilah seramai 60 orang jamaah akan bersama saya dalam rombongan Umrah Cuti Sekolah pada 9-21 Mac 2012 nanti. Hampir setiap hari mereka berkomunikasi dengan saya dengan pelbagai soalan. Alhamdulilah! Mereka sangat positif dan excited untuk ke Tanah Suci. Jika mereka bersemangat untuk ke Tanah Suci, sudah tentu saya dan isteri juga bersemangat untuk membantu, InsyaALLAH.


Saya berharap, sikap positif ini akan menjadi budaya hidup paska Umrah, InsyaALLAH.


Thursday, February 2, 2012

Anuiti Akhirat- Status Dana Masjid Bojongloa


Sumbangan yang telah kita lakukan amat kecil jika dibandingkan dengan para sahabat yang telah membina Masjid Quba' ini. Masjid ini diiktiraf dalam Al-Qur'an sebagai Masjid yang dibina atas dasar TAQWA. Moga Kita semua mendapat naungan payung TAQWA ini dengan terbinanya Masjid Darul-Hekmah Bojongloa, InsyaALLLAH.


Assalamualaikum,

Alhamdulilah, Dana Masjid Terkumpul sehingga hari ini 2/2/2012 ialah:-

RM79,232.30

InsyaALLAH, projek Masjid akan dimulakan secepat mungkin dengan harapan ianya boleh disiapkan menjelang Ramadan. Moga ALLAH mengizinkan rancangan ini berjalan baik agar kita dapat manfaat, rahmat dan maghfirah yang berterusan di bulan Ramadan nanti.

InsyaALLAH, jika mendapat sokongan tuan/puan/sdr/i , saya akan diskus dengan teman-teman di Indonesia untuk merancang Fasa ke II iaitu pembinaan Tahfiz Anak Yatim.

Terima kasih dengan sokongan.

"Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Agung, Pemilik Asmaul husna, Kau terimalah amalan sahabat-sahabatku ini, Kau gantikanlah wang mereka dengan limpahan rezeki yang besar, Kau sucikanlah hati mereka, Kau lapangkanlah urusan duniawi mereka, Kau selamatkanlah mereka dari tekanan barzakh nanti, Kau permudahkanlah perjalanan mereka di Mahsyar dan Kau terimalah mereka sebagai penghuni Firdaus." AMin!