Saya telah menerima kunjungan rakan-rakan saya dari Indonesia pada 13 & 14 Feb 2012 untuk membincangkan pelaksanaan projek Masjid. Saya terharu dengan kunjungan mereka kerana bersusah payah melawat saya setelah dimaklumkan perancangan lawatan tapak telah dibatalkan memandangkan paspot saya telah diserahkan untuk tujuan proses visa umrah.
Alhamdulilah, projek masjid desa Bojongloa telah dimulakan pada Isnin 13 Feb 2012 dengan kawalan rapi teman-teman kita di sana.
FASA II-
Saya juga telah menyatakan hasrat kita untuk membina pasentren tahfiz khusus untuk anak yatim. InsyaALLAh jika ALLAH memberi kita semua kekuatan, tanah sawah di sebelah masjid akan dibeli oleh teman-teman saya dan kita Cuma sediakan ongkos untuk pembinaan pasentren termasuk dewan kuliah, asrama putera/I , library dll.
Saya sujud syukur dan sangat terharu jika usaha kecil ini dapat menyatukan hati insan-insan ikhlas (anda semua) dengan teman-teman kita di Indonesia, Brunei Darusssalam, Singapura dll.
Dengan iktibar metodologi perancangan politik Rasululah s.a.w ketika berhijrah dahulu, dan dengan semangat yang sama mengingati Rsululah s.a.w , InsyaALLAH kita akan mampu menyatukan hati-hati kita biarpun kita tidak mengenali antara satu sama lain bahkan kita dipisahkan melalui wilayah dan Negara.
Inilah dia kebesaran Kalimah Shahadah yang menjanjikan penyatuan hati, fikiran dan semangat. Moga ALLAH terus memberi kita kekuatan untuk istiqamah untuk membangunkan ummah mengikut kemampuan kita, InsyaALLAH.
2 comments:
Assalam Dr, warga HMMRK dan KHM,
Semuga dalam kasih sayang Allah.
Terharu akan catatan ini kerana pembinaan masjid dah bermula. Semuga Allah permudah apa juga urusan.
Insya Allah, akan turut phasa II untuk sekolah tahfiz.
Semuga semua yang terlibat diberi taufiq dan hidayah dan dalam rahmat Allah.
Jazakaullah.
AJ
Alhamdulillah, moga Allah panjangkan umur kita semua agar dapat terus bersama amalan mulia ini
Post a Comment