Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, February 8, 2012

TETAMU


Alhamdulilah, Hari ini saya menerima dua kunjungan istimewa. Di sebelah pagi menerima kunjungan Profesor Banachi dari Italy untuk satu program usahasama pembangunan korporat. Banyak perkara yang kami bincangkan dan bagaimana manfaat boleh diperolehi. Saya melihat, orang-orang kita sebenarnya mempunyai potensi maka saya menginjak-injak hati saya untuk mengujudkan satu lagi platform untuk anak-anak muda kita supaya didedahkan dengan budaya korporat.

POTENSI YANG KITA ADA PERLU DILETUPKAN.......

Itupun jika anak-anak muda kita mahu. (Seperti platform Kelab Haji Muda, jika kurang sambutan saya tetap akan teruskan agenda misi hidup saya).

Jika di Barat, mereka memegang kuat konsep integrity dan governance, maka kita jauh lebih hebat dengan sandaran AL-Qur’an, sunnah Rasul s.a.w dan implementasi pelaksanaan para pemimpin berjiwa ulama. Ianya lebih hebat jika kita boleh mengabungkan teori akademik, pelaksanaan korporat dan keluhuran Dustur Islami- Al-Qur’an.

Alhamduliah, Di sebelah petang pula, saya menerima kunjungan seorang Senator Dewan Negara. Kami bertukar-tukar fikiran bagaimana untuk membangunkan ummah dan bagaimana saya secara peribadi boleh membantu. Saya katakan kepada Senator ini, jika kita semua tidur kerana kenyang makan dan seronok dengan Astro/TV, maka perubahan tidak akan berlaku di kalangan bangsa ini. Di kala JAHILIAH terus menguasai Negara, muslim mukmin pula bergelut dengan angan-angan tidak berpijak di bumi nyata. Kepimpinan pula sangat lemah.

Korupsi terus berleluasa dan AMANAH dianggap membebankan. Penganiayaan dan pentingkan diri atau kelompok sendiri menjadi budaya hidup. Rakyat marhain bosan….. Golongan spesis manusia yang korup ini telah diingatkan dalam Qur’an bahawa mereka akan dipanggang dengan api neraka dan hentaman bertubi-tubi akan menjadi realiti… bukan gurauan..

Allahu Akbar! Dunia ini sangat kompleks bila manusia tidak menjadikan aturan Qur’an dan sunnah Rasul sebagai petunjuk.

“Ya ALLAH, KAU pimpinlah kami dan berikanlah kami semangat kerjasama, solidarity, tidak menindas dan ikhlas demi agamaMU.” Amin!

1 comment:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Salam sejahtera.

Semuga Allah beri ilham, taufiq dan hidayah serta kemudahan untuk Dr menubuhkan platform budaya korporat untuk anak anak muda agar mereka nanti jadi pemimpin di atas landasan Al Quran dan As sunnah.

Jazakaullah

AJ