JUMLAH KUTIPAN: RM 98,242.30
BAKI TERKINI: RM 62,142.30
JUMLAH YANG TELAH DIHANTAR: Rupiah 100 Juta = RM36,100
Tindakan susulan:-
1. Saya dan team KHM telah membatalkan hasrat untuk melawat tapak pada bulan ini memandangkan Paspot saya telah diserahkan untuk urusan VISA UMrah. Justeru, InsyaALLAH saya akan membuat lawatan tapak selepas saya kembali dari Umrah (mungkin awal April 2012). Sesiapa sahaja tetamu blog ini yang berhasrat untuk lawatan tapak projek masjid ini, bolehlah hubungi secretariat yang akan saya maklumkan kemudian. Kos lawatan sendiri tanggung. (InsyaALLAH jika ALLAH izinkan KHM menjadi multi-billion corporation, kita boleh sponsor members untuk ke sana bagi memperkukuhkan komitmen kita demi ALLAH dan Rasul s.a.w). (Nota Ridz: TIDAK SALAH BERWAWASAN JAUH).
2. Alhamdulilah dana awal sebanyak RP25 Juta sudah diserahkan kepada Ketua Kampong @ Panitia Masjid untuk kerja-kerja awal. Ianya akan dimulakan, InsyaALLAH, Isnin minggu depan. Dana ini akan dikawal oleh teman-teman saya (rakan KHM) di Bandung dan akan di’release’ mengikut kemajuan projek. Maksudnya, dengan kawalan dan perlindungan ALLAH, pengurusan dana secara konservatif bukan sahaja dilakukan di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
3. InsyaALLAH, teman saya dari Indonesia akan berkunjung ke Malaysia Ahad ini 12 Feb atas urusan bisnes dan diskusi lanjutan dengan saya mengenai pembangunan Koperasi Syariah. InsyaALLAH saya akan bincang dengan mereka (bagi pihak tuan/puan rakan KHM) untuk meneruskan misi saya (kita) membina Fasa II Masjid Bolongjoa iaitu membina Pasentren Tahfiz Anak-Anak Yatim.
Moga ALLAH memberi kita kekuatan untuk istiqamah di jalan ini…. InsyaALLAH.
6 comments:
Assalam Dr, warga HMMRK dan KHM,
Semuga sentiasa dalam rahmat Allah.
Sebak dan terharu membaca n3 kali ini.
Alhamdulillah! Subhanallah! Allahu Akbar!
Sama sama kita berdoa semuga pembangunan masjid ini dipermudahkan Allah dan dapat di gunakan di bulan yang penuh berkat i.e. Bulan Ramadhan. Sangat teruja! Semuga kita diberi kesihatan untuk dapat sama sama solat di masjid ini.
Insya Allah, akan ikuti phasa seterusnya.
Semuga usaha ini diredhai Allah.
Barakaullahufikum
Jazakaullahukhairan kathira.
AJ
Alhamdullillah, Alhamdullillah, Alhamdullillah, Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar Subhanallah Subhanallah Subhanallah......
Assalamualaikum Dr,
Allahu Akbar, Alhamdulillah..
moga di mudahkan Allah..
saya dapat rasa N3 Dr makin menyentuh..
moga kita warga KHM & HMMRK dapat jumpa di Syurga Firdaus..
Zue
Moga Allah melimpahkan keberkatanNYA dan limpahan rahmat kepada mereka yang mendoakan dan kita yang didoakan.
Alhamdulillah, semoga diberkati semua.
Post a Comment