Saya telah menerima kunjungan  rakan-rakan saya dari Indonesia  pada 13 & 14 Feb 2012  untuk membincangkan  pelaksanaan  projek Masjid.  Saya terharu dengan kunjungan mereka  kerana bersusah payah  melawat saya  setelah dimaklumkan  perancangan  lawatan tapak telah dibatalkan  memandangkan paspot saya telah diserahkan untuk tujuan proses visa umrah.
Alhamdulilah, projek masjid desa Bojongloa telah dimulakan pada Isnin 13 Feb 2012  dengan kawalan rapi teman-teman kita di sana.  
FASA II-   
Saya juga telah menyatakan hasrat  kita untuk membina pasentren tahfiz khusus untuk anak yatim.  InsyaALLAh jika ALLAH  memberi kita semua kekuatan,  tanah sawah di sebelah masjid akan dibeli  oleh teman-teman saya  dan kita Cuma sediakan  ongkos untuk pembinaan  pasentren termasuk  dewan kuliah, asrama putera/I , library  dll.  
Saya sujud syukur dan sangat terharu jika usaha kecil ini dapat menyatukan hati insan-insan ikhlas (anda semua) dengan teman-teman kita di Indonesia, Brunei Darusssalam, Singapura dll.   
Dengan iktibar  metodologi  perancangan politik  Rasululah s.a.w  ketika berhijrah dahulu, dan dengan semangat yang sama  mengingati Rsululah s.a.w ,  InsyaALLAH kita  akan mampu menyatukan hati-hati kita biarpun kita tidak mengenali antara satu sama lain  bahkan kita dipisahkan melalui wilayah dan Negara.   
Inilah dia kebesaran Kalimah Shahadah yang menjanjikan penyatuan hati, fikiran dan semangat. Moga ALLAH terus memberi kita kekuatan untuk istiqamah untuk membangunkan ummah mengikut kemampuan kita, InsyaALLAH.
 
 
 
2 comments:
Assalam Dr, warga HMMRK dan KHM,
Semuga dalam kasih sayang Allah.
Terharu akan catatan ini kerana pembinaan masjid dah bermula. Semuga Allah permudah apa juga urusan.
Insya Allah, akan turut phasa II untuk sekolah tahfiz.
Semuga semua yang terlibat diberi taufiq dan hidayah dan dalam rahmat Allah.
Jazakaullah.
AJ
Alhamdulillah, moga Allah panjangkan umur kita semua agar dapat terus bersama amalan mulia ini
Post a Comment