Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, February 26, 2013

Hidup Perlu Rehat



Alhamdulilah, dengan izin ALLAH  saya akan ke luar negara untuk  meninjau  perkembangan  Koperasi Syariah untuk golongan dhuafa, meneliti dan diskusi kajian  keberhasilan  model bisnes dhuafa, melanjutkan  diskusi  pembelian tanah yang masih tertangguh untuk tujuan pembinaan  pasentren tahfiz anak yatim (masih perlukan dana Rp60 Juta = RM20,000)  dan membentangkan dua kertas kerja (Nota: kertas praktikal, bukan kertas aje yang kerja) termasuk isu sustainability ummah/bisnes. 

Pada hari Khamis 28hb Feb, InsyaALLAh seramai 21 orang jamaah akan tiba untuk menyertai program wisata rohani selama 4 hari 3 malam dimana mereka akan merasai  suasana Islamik, bertemu dengan tok guru/kiyai, istirehat, shopping dan mengikuti diskusi ilmiah. Pada Sabtu 2 Mac, InsyaALLAH saya akan memberi ceramah 'transformasi diri melalui haji/umrah'  kepada jamaah Umrah provinsi Jawa Barat. 

Moga usaha berterusan ini mendapat  rahmat dan barokah.

Thursday, February 21, 2013

Tips of Happiness



 Today is a malam jumaat (Friday night). It is an important night in Malay customs. We pray together in a family/society  and recite sura yaseen in a group.  When I was  young, I used to enjoy this practice.  Happiness comes through at least once a week.
 Tomorrow is  Friday,  Of course important to muslims.  Thus, I would like to invite myself and fellow followers to start life  happily.
First, say Alhamdulilah & thank you ALLAH for all the bounties and safety that ALLAH has grant us.
Second,  express  gratitude for those things and people that are closest to you.
Third, sincerely infaq/ give charity to the poor and the needy.
Fourth, spare time for ourselves.  Isolate physical and mind from any disturbances.  Concentrate our mind and recite  zikir, name of ALLAH or  read few verses of Qur’an.  We need this quality time for our personal  development.  
    Finally, start your happy day with things that you are passionate.
    Enjoy your  life and plan your weekend.  May ALLAH guide us the best path of life.

Monday, February 18, 2013

Bahagialah Orang ini




Insan yang berakal adalah mereka yang mempunyai  ukhrawi mindset.  Mereka sentiasa melihat akhirat sebagai  destinasi akhir hidup.  Mereka ingin sekali mencapai maghfirah dan rahmat ALLAH  dan ternanti-nanti nikmat yang paling besar iaitu bertemu ALLAH dan junjungan mulia Muhammad s.a.w.

Insan yang paling lemah adalah manusia yang mengagungkan dunia dan meletakkan  misi hidup untuk kaya dunia. Dalam politik  mereka menipu rakyat dan merampas harta rakyat untuk  memenuhkan uncang nasfu berupa harta, takhta dan wanita.  Di organisasi, mereka menganiaya orang baik-baik, menghina orang soleh lagi jujur dan mengumpulkan kroni demi  terus memegang jawatan besar-besar dan glamor. Di masjid mahupun surau, ada pula dikalangan mereka yang mentadbir tidak ikut spek Islam, mensabotaj program dan idea orang lain, tidak melihat ahli kariah sebagai asset masyarakat dan  berkongsi projek masjid di kalangan AJK. Dakwah pula dibuat mengikut pendekatan tahun 1970an atau 80an.

Ukhrawi mindset meletakkan diri kita hidup lebih terencana.
Kita mulakan  hidup dengan ungkapan bismillah dan zikrullah
mengakhiri hidup hari dengan zikrullah
Di sepanjang menghadapi hari hidup, tetap zikrullah
Bila melakukan kesilapan, segera menyebut astaghfirullah
Ketika terima nikmat, Alhamdulilah.

Ukhrawi mindset sentiasa optimis dalam hidup. Melihat segalanya indah dan sehabis mungkin tidak akan menyusahkan orang lain.

Mereka mahu dan inginkan kebahagiaan biarpun hidup  kais pagi makan pagi
Kerana kebahagian terletak di khazanah hati bukan diberi-beri.

Janji ALLAH tetap akan hadir kerana ukhrawi mindset ini akan bersama

“Di tempat yang disenangi di sisi RabbYang Berkuasa.”     (Al-Qamar:55)

Tuesday, February 12, 2013

Meniti Renjisan Kedamaian



Jiwa kita akan merasa tenang, bahagia dan aman bila mendengar ayat-ayat ALLAH.  Ianya lebih bermakna bila bibir kita sendiri membaca ayat-ayat ini.  Lebih bererti jika kita cuba memahami apa yang tersirat di sebaliknya.

"Ya ALLAH, peliharalah kami, anak-anak kami, ibubapa kami, ahli keluarga kami dan semua muslimin muslimat. Berilah kami nur hidayah untuk terus meraih kebahgiaan dunia dan akhirat."  Amin.


Muhasabah Diri: Zikir



Ibn Qayyim pernah menyebut bahawa zikir dapat menjauhkan sifat nifak dalam hati (Al-Qarni, 2006 p310).  Mengapa zikir boleh membantu?

Zikir adalah perkataan yang sangat lumrah buat kita.  Macam-macam bentuk zikir  diperkenalkan yang menuju kepada matlamat yang satu iaitu mendekatkan diri hamba kepada Pencipta. 

Ayuhlah kita meneliti diri kita akan kemampuan kita berzikir secara berterusan.  Kita seharusnya mampu membezakan diri kita dengan golongan munafiq di mana golongan munafiq tidak mampu berzikir secara berterusan. Maka berzikirlah kita di mana sahaja kita berada  di dalam kereta, ke dewan kuliah, dalam pesawat, di rumah  mahupun ketika ber shopping.

Iman kita akan berbahagia jika zikir menjadi amalan harian.

“Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas.
Mereka bermaksud riya’ di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama ALLAH kecuali  sedikit sekali.”                                                             (An Nisa’: 142)


Saturday, February 9, 2013

Makluman KHM No 4/2013 & Doa Kejayaan




Assalamualaikum pengunjung blog yang dikasihi,

Terima kasih kerana terus menziarahi teratak virtual saya/kami.  Sokongan anda  menyuntik semangat  untuk kami terus istikamah  bekerja atas jalan Ilahi.

1.  Sukacita dimaklumkan bahawa  blog ini akan membicarakan artikel dan tazkirah panjang  yang akan dimuat naik dari masa ke semasa.  Untuk short tazkirah sentuhan rohani (tazkirah touch & go/update program KHM), tuan-puan boleh terus  ziarah  facebook/drridzwan  atau  facebook/kelabhajimuda.

2.  KHM sedang merancang beberapa program/projek yang masih diperingkat awal diskusi. InsyaALLAh kami akan war-warkan bila berada dalam status 'confirm'.

3.  InsyaALLAh saya akan ke Bandung akhir bulan Feb 2013 untuk diskusi lanjut  pembelian tanah Pasentren Tahfiz.  KHM memerlukan  tambahan Rupiah 60 Juta (RM20,000) untuk final touch ini. Saya sedang berusaha untuk mengumpulkan dana ini. 

Terima kasih dengan sokongan anda semua.

Jazakallahu khair MasyaALLAh & Tabarakallah.