Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, February 18, 2013

Bahagialah Orang ini




Insan yang berakal adalah mereka yang mempunyai  ukhrawi mindset.  Mereka sentiasa melihat akhirat sebagai  destinasi akhir hidup.  Mereka ingin sekali mencapai maghfirah dan rahmat ALLAH  dan ternanti-nanti nikmat yang paling besar iaitu bertemu ALLAH dan junjungan mulia Muhammad s.a.w.

Insan yang paling lemah adalah manusia yang mengagungkan dunia dan meletakkan  misi hidup untuk kaya dunia. Dalam politik  mereka menipu rakyat dan merampas harta rakyat untuk  memenuhkan uncang nasfu berupa harta, takhta dan wanita.  Di organisasi, mereka menganiaya orang baik-baik, menghina orang soleh lagi jujur dan mengumpulkan kroni demi  terus memegang jawatan besar-besar dan glamor. Di masjid mahupun surau, ada pula dikalangan mereka yang mentadbir tidak ikut spek Islam, mensabotaj program dan idea orang lain, tidak melihat ahli kariah sebagai asset masyarakat dan  berkongsi projek masjid di kalangan AJK. Dakwah pula dibuat mengikut pendekatan tahun 1970an atau 80an.

Ukhrawi mindset meletakkan diri kita hidup lebih terencana.
Kita mulakan  hidup dengan ungkapan bismillah dan zikrullah
mengakhiri hidup hari dengan zikrullah
Di sepanjang menghadapi hari hidup, tetap zikrullah
Bila melakukan kesilapan, segera menyebut astaghfirullah
Ketika terima nikmat, Alhamdulilah.

Ukhrawi mindset sentiasa optimis dalam hidup. Melihat segalanya indah dan sehabis mungkin tidak akan menyusahkan orang lain.

Mereka mahu dan inginkan kebahagiaan biarpun hidup  kais pagi makan pagi
Kerana kebahagian terletak di khazanah hati bukan diberi-beri.

Janji ALLAH tetap akan hadir kerana ukhrawi mindset ini akan bersama

“Di tempat yang disenangi di sisi RabbYang Berkuasa.”     (Al-Qamar:55)

No comments: