Ibn Qayyim pernah menyebut bahawa zikir dapat menjauhkan sifat
nifak dalam hati (Al-Qarni, 2006 p310).
Mengapa zikir boleh membantu?
Zikir adalah perkataan yang sangat lumrah buat kita. Macam-macam bentuk zikir diperkenalkan yang menuju kepada matlamat
yang satu iaitu mendekatkan diri hamba kepada Pencipta.
Ayuhlah kita meneliti diri kita akan kemampuan kita berzikir
secara berterusan. Kita seharusnya mampu
membezakan diri kita dengan golongan munafiq di mana golongan munafiq tidak
mampu berzikir secara berterusan. Maka berzikirlah kita di mana sahaja kita
berada di dalam kereta, ke dewan kuliah,
dalam pesawat, di rumah mahupun ketika
ber shopping.
Iman kita akan berbahagia jika zikir menjadi amalan harian.
“Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan
malas.
Mereka bermaksud riya’ di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka
menyebut nama ALLAH kecuali sedikit
sekali.” (An Nisa’: 142)
No comments:
Post a Comment