Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, April 28, 2013

TUJUH TIPS MENYINGKAP KEHIDUPAN



TUJUH TIPS MENYINGKAP KEHIDUPAN

PRU 13 di Malaysia kian panas.  Umumnya, kempen PRU13 banyak menyerang lawan, menyentuh peribadi dan menyalahkan  orang lain dari melihat  kelemahan diri sendiri.  Hati dan ukhuwah kita akan terus rosak jika perilaku begini  berterusan dalam hidup. Kesannya, hati mempunyai titik hitam yang akan menghambat  ketenangan hidup jauh dari jiwa dan minda. Itulah dia politik.  Dalam politik ada strategi. Jika strategi  tidak mengikut kehendak Ilahi dan bertentangan dengan sunnah, sudah tentu  rahmat ALLAH jauh membatu.

Kita kini berada dalam alam dunia dan dihiasi dengan perhiasan yang melekakan.  Sikap kita terhadap kehidupan juga berbeza mengikut acuan yang kita  define sendiri.  Kita termasuk saya pernah melakukan beberapa kesilapan hidup  kerana ilmu, minat dan pengalaman kita berbeda.  

Dalam dua minggu ini ALLAH ketemukan saya dengan beberapa individu samada mereka datang ke pejabat,  email,  jumpa di restoran, cafe mahupun di penjuru MAsjid.  Ringkasnya, isu yang dibawa adalah hampir sama iaitu bagaimana melalui kehidupan yang  masalahnya tidak pernah selesai? 

Soalan saya kepada mereka:-
Adakah benar masalah kehidupan yang tidak pernah selesai  ATAU
Persoalan hidup yang hampir sama tetapi kita mengambil sikap yang sama?

(Nota: Soalan ini juga pernah saya tanya dan kupas ketika memberi tausiyah di Mekah bulan lepas).

Saya ambil satu analogi sikap  kehidupan.  


fOTO: Sudahlah aku ni tua (kelapa tua), dicucuk begini pula...

Cuba bayangkan buah kelapa.  Kehidupan buah kelapa adalah membosankan. Bila makin tua, dia tidak diperlukan. Fitrahnya, dia akan gugur tersungkur ke bumi. Makin tinggi buah ini di atas pokok, dengan kuasa ALLAH dan mengikut teori graviti, buah ini kelihatan turun laju dan berdentum ke bumi. Tiada buah kelapa tua yang gugur ke bumi dengan “releks dan steady”.  Nasib buah kelapa tidak mati disitu.  Dia akan dipijak atau dikupas dengan parang, sakit sangat bila di tarik-tarik kulit tua, diparut/ dimesin  dan kemudian di perah.   Sakit ini sangat berterusan.  Namun diakhir proses, si kelapa tua ini akan memberi sumbangan terakhir hidup, iaitu menyenangkan manusia dengan santan kelapa.  Masakkan seperti nasi lemak akan lebih enak dengan pengorbanan si kelapa tua ini.

Si kelapa tua melalui proses hidup yang sama. Tidak mampu melakukan apa-apa kerana itu fitrah hidup kelapa. Dia tiada aqal, nafsu, ilmu, minat tetapi setiap hari melihat pengalaman yang sama dilalui rakan-rakan si kelapa tua.

Dalam kehidupan, jika kita hanya menyantun nafsu dan melihat sahaja pengalaman orang lain tanpa ilmu, kurang intelek dan minat untuk  terjun mendampingi masalah, maka kita dengan si kelapa tua mempunyai ciri kehidupan yang sama. Akhirnya, sebahagian kita akan menyalahkan takdir ALLAH, salahkan orang sekeliling dan membawa hati, jiwa dan minda memasuki acuan hidup yang sempit.

Santunilah nikmat ALLAH kerana rahmatNYA maha besar.  Rahmat dan maghfirah ALLAH ada di mana-mana terutamanya di Tanah Suci Mekah.  Pola masalah kehidupan tidak akan selesai jika kita mengambil sikap yang sama dan membina benteng acuan yang sempit, tidak terbuka dan alpa dengan kehadiran ALLAH.  Maka tujuh tips ini  boleh kita lakukan:-

1. Lihat dunia ini seluas mungkin kerana bila kita menyempitkan hati, fikiran juga akan sempit dan kehidupan juga terikat dengan acuan yang kita buat sendiri. Jika hati lapang, dunia kelihatan luas.

2.  Bersiap berhadapan dengan sesuatu yang kita mungkin tidak suka.  Takdir ALLAH ada kalanya tidak masuk gear dengan keinginan nafsu kita. Sesuatu yang kita tidak suka, tidak semestinya buruk untuk kita.

3.  Redha dengan musibah. Menyesali masalah dan membandingkan masalah dengan orang lain, akan memburukkan nilai hidup. Kita akan stress jika membandingkan  ujian yang kita lalui dengan ujian yang orang lain lalui. Kekayaan dan kemewahan orang lain bukanlah sumber kebahagiaan hati kita.

4. Taubat dan istighfar adalah sikap terbaik menyingkap nilai hidup. Hati kita lebih tenang jika mampu mencari kelemahan diri dari sibuk mencari salah orang. (Sila rujuk beberapa zikir/doa yang pernah diupload di blog ini).

     5. Bersandar hanya pada Allah SWT-Tawakkal.  Haji dan Umrah mengasuh tabiat dan sikap ini.

    6.  Berdoa tanpa rasa jemu dan putus asa

    7. Mohonlah bantuan.  Ramai antara kita yang menghadapi masalah tetapi hanya pendam dalam diri. Kesannya, hati rosak, jiwa tertekan, emosi tidak stabil  dan raut wajah hilang cahaya.

Hidup ini laksana si kelapa tua. Jika kita mengambil sikap dan membina acuan fikiran yang positif, maka sumbangan kita kepada keluarga, negara dan ummah lebih bersantan dan enak untuk dilalui.

Wallah’alam.


Thursday, April 25, 2013

Makluman KHM 8/2013: Pelancaran Dana Program Iftar Ramadan On The Street

Foto:  Seronoknya berpuasa di Mekah, simple menu dalam Masjidil Haram....kenangan indah



Alhamdulilah dengan sokongan dari tuan/puan,  sukacita KHM melancarkan dana Program Iftar Ramadan On The Street 1434H/2013. Sebagaimana di maklumkan dalam entri terdahulu, perancangan adalah seperti berikut:

PROGRAM:   IFTAR RAMADAN  ON THE STREET
(TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA)

a)    Mekah Al-Mukarramah  (Dengan Kerjasama Tn Hj Mohd Arshad- Mekah).
Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
SEbulan = SR36,000 bersamaan  RM32,000

b)    Indonesia (Dengan kerjasama KHM Indonesia dan  DT)
Kos sebulan satu masjid= RM8,000
Sasaran 2 buah Masjid = RM16,000

JUMLAH DANA DIPERLUKAN = RM48,000

  TARIKH MULA   :  15 JAMADUL AKHIR / 26 APRIL 2013
  TARIKH TUTUP:  13 SYAABAN/ 21 JUN 2013

1)  SASARAN:
Golongan dhuaafa/ fakir/miskin

2)  MENGAPA DI MEKAH  & INDONESIA?
Ganjaran pahala  100,000x ganda di Tanah Suci Mekah
Mudah capai sasaran di Indonesia. Contohnya,  pendapatan penarik beca seminggu  Rp100 ribu = Sebulan  Rp400,000 bersamaan RM150 sebulan.

3)  BAGAIMANA DANA INI DIURUSKAN? 
Diuruskan secara professional, amanah dan transparent menggunakan Akaun Khas “KHM Dana Annuiti Akhirat” . Semua kemasukkan dana ke akaun ini dari 26 April 2013 – 21 Jun 2013  akan dianggap untuk  sokongan program ini (Nota: Atau sehingga dimaklumkan).   Jumlah kutipan dana ini akan dimaklumkan  dalam blog dan FB setiap minggu supaya transparency  transaksi jelas. 

4)  BAGAIMANA AGIHAN DIBUAT?
Dana ini akan ditutup untuk tujuan Audit  pada 13 Syaaban/ 21 Jun 2013  (sasaran sebelum Nisfu Syaaban, sebelum  buku amal kita diangkat  untuk diaudit oleh Petugas ALLAH).  

Dana akan dihantar  terus ke Mekah dan Indonesia selepas diluluskan oleh EXCO KHM pada 23 Jun 2013/ 15 Syaaban 1434H.

Mekah:- Agihan dan urusan logistik  diuruskan oleh  Ahli Bersekutu KHM di Mekah (affiliate member KHM, Tn Hj Arshad).  InsyaALLAh  jamaah Umrah KHM  pertengahan Ramadan (12-23 Julai 2013) akan turut sama membantu beserta beberapa sahabat KHM Mekah.

Indonesia:-   Agihan dan pengurusan di buat oleh KHM Indonesia.  Kejayaan dan pengalaman tahun 2012  akan membantu urusan logistic.

5)  JIKA DANA MELEBIHI SASARAN?
Jika ditakdirkan dana melebihi sasaran seperti tahun 2012,  kesemua dana akan dihantar (zerorize Account). Keputusan akan dibuat oleh EXCO KHM yang akan bersidang pada  23 Jun 2013.


Sumbangan ke Program Iftar Ramadan On The Street, sila gunakan akaun berikut:-
Nama Akaun:  KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank:   Bank Islam
No Akaun:   1418001-0013422
  

Moga ALLAH mengurniakan rahmat dan rezeki untuk kita terus beramal dengan wadah KHM Dana Annuiti Akhirat.  Amin!


Wednesday, April 17, 2013

MAKLUMAN KHM 07/2013


Foto:  Jamaah Umrah KHM Mac 2013. Lokasi: Perkuburan Syuhada' Uhud.


Assalamualaikum semua sahabat-sahabat KHM yang dikasihi,

 Dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH kepada  hambanya yang sangat kerdil disisiNYA, dan dengan kalimah Bismillahirrahman nirrahim, sukacita saya maklumkan bahawa Exco KHM telah bersetuju  untuk  mengerakkan program berikut.   Program ini terbuka kepada semua samada anda ahli berdaftar  KHM  ataupun bukan ahli.  Yang penting, KHM komited untuk menyediakan platform  amal  kebajikan  dibawah KHM Dana Annuiti Akhirat.

Sumbangan ke Dana Amal, sila gunakan akaun berikut:-
Nama Akaun:  KHM Dana Annuiti Akhirat
Bank:   Bank Islam
No Akaun:   1418001-0013422

Untuk  bayaran program Umrah, wisata dan KHM Biznetwork, sila gunakan akaun lain yang akan dimaklumkan terus kepada peserta.

Perancangan adalah seperti berikut:-

1.  UMRAH RAMADAN
Tarikh:   12 -23  Julai 2013 (Pertengahan Ramadan) 12H 10M
PESAWAT:    SAUDI AIRLINES
HARGA:  RM6,690  (Quad)
Jumlah Jamaah yang sudah daftar:  10 orang


2.  IFTAR RAMADAN  ON THE STREET (TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA)
a)     Mekah Al-Mukarramah  (Dengan Kerjasama Tn Hj Mohd Arshad- Mekah).
Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
SEbulan = SR36,000 bersamaan  RM32,000

b)     Indonesia
Kos sebulan satu masjid= RM8,000
Sasaran 2 Masjid = RM16,000

JUMLAH KESELURUHAN DANA DIPERLUKAN = RM48,000

  
3.  WISATA  ROHANI BEIJING   (Bercuti sambil beramal)
Tarikh:   30 Nov 2013- 6 Dis 2013
PESAWAT:    MALAYSIA  AIRLINES
HARGA:  RM2,490  (Kos all inclusive Visa, tiket MAS, hotel, makan-minum, transport lawatan).
Jumlah Jamaah yang sudah daftar:  35 orang  (masih ada 10 kekosongan)


4.  WISATA ROHANI  BANDUNG-JAKARTA  (Bercuti sambil beramal)
Terbuka.  
Jika anda berhasrat untuk menyertai program ini, mohon maklumkan kami  in advance.  Untuk menjadikan program ini berkesan, minimum  peserta ialah 20 orang.
Kos:  RM1,300 (Bandung)  dan  RM1,550 (Bandung-Jakarta) 4H 3M  (All inclusive tiket Air Asia, Hotel, makan-minum, transport lawatan dan tiket masuk wisata terpilih). Tidak termasuk  kos lebihan bagasi,  lewat pengesahan tiket AirAsia, airport tax Bandung dan personal  expenses).

5.  PROGRAM  KHM  HAPPY  MASUK KAMPUNG
Akan dimaklumkan selepas PRU13. 

6. BINA PASENTREN TAHFIZ (INDONESIA)  DAN  SEKOLAH DHUA’FA (MALAYSIA)
Status  Pasentren Tahfiz -   Menunggu pelan bangunan dan costing projek
Status Sekolah Dhua’fa-      Menunggu pengesahan tanah wakaf.

7.  PROGRAM PASKA UMRAH  (Pengisian ilmu dan kerohanian)
Akan dimaklumkan.

8.  PROGRAM MENAJA ANAK-ANAK PALESTIN GAZA  (Dengan kerjasama Aqsa As-Sharif).
KHM telah bersetuju untuk  mengeluarkan dana yang sedia ada  bagi menaja  10 anak-anak Palestin Gaza  dalam program  melahirkan lebih ramai hafiz al-Qur’an. 
Kos dijangkakan  melebihi  RM5,500.

InsyaALLAh KHM akan terus istiqamah dengan program pembinaan diri,  membantu  ekonomi  ummah/dhuafa dan  mengerakkan  peluang pendidikan  untuk golongan dhuafa, fakir miskin dan anak yatim. 

“Ya ALLAH, kasihanilah kami.  Lindungilah kami dari sifat riak dan takabbur.  Jadikanlah kami orang-orang yang benar-benar ikhlas,  ketemukanlah kami dengan orang yang ikhlas  dan himpunkanlah kami  bersama-sama  jujungan mulia Muhammad s.a.w, para sahabat beserta panji-panji insan-insan yang ikhlas.”  AMin.



Tuesday, April 16, 2013

Dunia Adalah Perhiasan




Al-Qur’an sudah lama menyebut bahawa dunia ini adalah perhiasan.  Ada beberapa kata penting Rasululah s.a.w  bahawa dunia ini sememangnya perhiasan. Perhiasan yang baik adalah wanita solehah.


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. (Ali Imraan, 3:14)


Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:


Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang shalihah.”       (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


Disebabkan perhiasan,  maka manusia berlumba-lumba melengkapkan  kantung hidup.  Tanpanya, hidup  kelihatan sepi. Kerana perhiasan dunia juga, manusia sanggup  mengaibkan  musuh, menghukum, mengutuk  dan gagal melihat kehidupan yang indah dan luas dibawah kalimah syahadah.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Sheikh Abdul Qadir Jailani pernah mengingkatkan  jamaahnya bahawa

Berusahalah mencapai pintu kehidupan selagi ia masih terbuka untukmu
Kerana  tidak lama lagi ianya akan ditutup  untukmu

Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya
Capailah pintu taubat selama ia masih terbuka untukmu
Capailah pintu doa, kerana pintu itu masih terbuka luas

Bangunlah semula apa yang telah kamu robohkan
Cucilah apa yang telah kamu kotorkan
Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan
Jernihkanlah  apa yang telah kamu  keruhkan
Kembalikanlah apa yang telah kamu ambil
Dan kembalikanlah hak ALLAH yang telah engkau persiakan…..


MasyaALLAH & Tabarakallah,  selamatkanlah Islam, perpaduan ummah  dan  keharmonian  hidup berbilang bangsa di bumi bertuah ini…  Amin

Tuesday, April 9, 2013

UMRAH 2013: Hati yang keras ini juga tersentuh....





Saat sore jumaat, tiba-tiba awan mendung menemani saya dan jamaah menuju Masjidil Haram. Sudah lama tidak merasai hujan di bumi Mekah.  Sebaik-baik memasuki  Pintu Satu Masjid untuk menuju terus ke Dataran Kaabah, hujan turun dengan lebat. Hasrat untuk solat depan Kaabah terpaksa ditangguh.

Sementara menanti panggilan solat berjamaah, saya cuba menilai erti sukses hidup….Adakah saya dan hamba ALLAH lain hadir ke Tanah suci untuk menempah nama sukses hidup atau sekadar melengkapkan senarai destinasi percutian dan pusat istirehat?


Ternyata, Ada ketikanya kita perlu “selfish” untuk diri kita iaitu  perlu meninggalkan sementara  urusan hidup, ahli keluarga dan  pekerjaan. Kita perlu “selfish”  untuk diri sendiri.  Di dalam entri sebulan yang lalu, salah satu tip yang saya kongsi untuk kita melonjakkan level of happiness ialah dengan:

Fourth,  we need to spare time for ourselves.  Isolate physical and mind from any disturbances.  Concentrate our mind and recite  zikir, name of ALLAH or  read few verses of Qur’an.  We need this quality time for our personal  development. 


Cuaca penghujung musim sejuk kian menghangatkan badan. Ianya menghangatkan suntikan untuk saya semak hati dan kemajuan diri. Hati adalah sesuatu yang amat sukar untuk diurus.

Bulan lepas, saya  sempat mengucapkan selamat jalan kepada Kiyai Aa Gym dan rombongan untuk berangkat menunaikan Umrah. Alhamdulilah, dapat juga berjumpa dan mendengar kuliah beliau walaupun hanya seketika. Perancangan asalnya berbeda  kerana itu adalah ketentuan ALLAH. Saya perhatikan, Hati dan jiwa mereka kelihatan sangat segar. Ketika berdoa  (malam jumaat) Aa kelihatan teresak-esak kerana menyedari bahawa  manusia sangat mendambakan Tuhan. Hati saya yang keras ini juga tersentuh. Yang pasti, Mini Madinah kelihatan hidup di sini.

Saya meneliti kembali diri di Masjidil Haram. Saya hanya mempunyai lebih kurang 7 bulan lagi di sebuah university kerana pinjaman saya akan berakhir 30 Sept 2013. Dengan lain madah, saya bisa kembali ke dunia korporat yang sangat rutin, dan ada kalanya ALLAH bukanlah priority dalam senarai KPI. Dunia korporat adalah dunia yang sangat glamour dan kita masing-masing mengejar sesuatu yang semua orang akan turut kejar dalam konteks “scarce resources”.  Dunia yang turut menjanjikan pelbagai fitnah dan hasad dengki. Dunia yang banyak polisi, prosedur dan kertas yang perlu diisi. Dunia di mana manusia memfokuskan material, pangkat, kemewahan hidup, kemegahan dan ego serta kurang memberi perhatian ke atas pembinaan hati, diri dan kasih sayang. Dilema yang kita semua hadapi dan tempohi. Kecuali kepada organisasi yang mahu meletakkan Islam dan akhlaq sebagai panduan manual kerja atau dikelilingi oleh insan-insan yang hatinya hidup kerana ALLAH.

Sungguh sukar meneliti diri biarpun berada di Tanah Suci. Di depan Kaabah, manusia menangis, menitis air mata rindu dan insaf. Perasaan ini tidak dapat dibendung kerana manusia dan kita semua sangat-sangat mengharapkan rahmat ALLAH. Kita mungkin menjadi pujaan dan idola manusia, tetapi jika ALLAH murka, tiada erti penghargaan ini. Terkial-kial kita mencari erti hidup, erti sukses dan erti bahagia namun berpanjangan kita kurang pasti erti hidup, erti sukses dan erti bahagia.

ALhamdulilah, terima kasih ALLAH kerana menjemput aku dan rakan-rakan KHM berjiran sebentar dengan RasulMU dan menjemput kami menjadi Tetamu MU.


Friday, April 5, 2013

Umrah 2013: Mengapa Perlu ke Sini?


Foto: Menyampaikan tausiyah kepada jamaah di dewan hotel Mubarak Silver, Madinah. 
RINDU BAITULLAH: Mengapa perlu ke sini?

Alhamdulilah, program Umrah Kelab Haji Muda berjalan dengan lancar dari 20 Mac hingga 3 April 2013.  Sepanjang wisata rohani selama dua minggu ini,  masa jamaah diisi dengan  kuliah, tazkirah, ibadah  persendirian, khatam Qur’an, ziarah, lawatan dan  sembang-sembang ilmiah  pelengkap umrah dan ditutup dengan  kenduri kesyukuran.
Tahap kesabaran dan  teamwork jamaah juga sangat tinggi, sesuatu yang saya kagum.  Kesungguhan untuk meningkatkan diri amat ketara.  Itulah dia ‘Zon Spa Hati’ yang telah saya sentuh dalam buku Rindu Baitullah.
Setiap insan pasti merindukan tanah suci, khususnya  Ka’bah di tanah haram Makkah. Kerinduan ini lebih mantap dengan berjiran tetangga dengan Rasululah s.a.w dan para sahabat di bumi Madinah.
Mengapa kita perlu ke sini?  Ringkasnya, Umrah sendiri memiliki beberapa keutamaan.

1.    Umrah adalah jihad sebagaimana ibadah haji.
‘Aisyah berkata,
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَى النِّسَاءِ جِهَادٌ قَالَ « نَعَمْ عَلَيْهِنَّ جِهَادٌ لاَ قِتَالَ فِيهِ الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ ».

Wahai Rasulullah, apakah wanita juga wajib berjihad?” Baginda  shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Ya. Dia wajib berjihad tanpa ada peperangan di dalamnya, yaitu dengan haji dan ‘umroh.”
                                       (HR. Ibnu Majah no. 2901, hadits ini shahih sebagaimana kata Syaikh Al Albani).


 2.    Menghapus dosa di antara dua umrah.
Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا ، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

Antara umrah yang satu dan umrah lainnya, itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan surga.”
                           (HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349)


3.   Umrah menghilangkan kefakiran dan menghapus dosa.

Dari Abdullah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِى الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

Ikutkanlah umrah kepada haji, karena keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana pembakaran menghilangkan karat pada besi, emas, dan perak. Sementara tidak ada pahala bagi haji yang mabrur kecuali surga.”
                                                                             (HR. An Nasai no. 2631, Tirmidzi no. 810, Ahmad 1/387.
                                                                                             Kata Syaikh Al Albani hadits ini hasan shahih)


Tiga bentuk kemuliaan ini sudah cukup untuk kita fikirkan faedahnya.  

Ketika kami tiba di Mekah, jamaah umrah kelihatan ramai. Tempat saie agak padat walaupun jam menyentuh 2 pagi.  Lautan manusia ini mengambarkan kesedaran dan keinginan sang hamba untuk mendambakan cinta kepada ALLAH. 

Moga ibadah jamaah KHM dan semua muslimin-muslimat diterima dan peroleh umrah maqbullah.