Al-Qur’an
sudah lama menyebut bahawa dunia ini adalah perhiasan. Ada beberapa kata penting Rasululah
s.a.w bahawa dunia ini sememangnya
perhiasan. Perhiasan yang baik adalah wanita solehah.
“Dijadikan indah pada (pandangan)
manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan,
binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia,
dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. (Ali Imraan, 3:14)
Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu
‘alaihiwassalam bersabda:
“Dunia ini adalah
perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita
yang shalihah.” (HR.
Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Disebabkan
perhiasan, maka manusia berlumba-lumba
melengkapkan kantung hidup. Tanpanya, hidup kelihatan sepi. Kerana perhiasan dunia juga,
manusia sanggup mengaibkan musuh, menghukum, mengutuk dan gagal melihat kehidupan yang indah dan
luas dibawah kalimah syahadah.
Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Sheikh Abdul Qadir Jailani pernah mengingkatkan jamaahnya bahawa
Berusahalah mencapai pintu kehidupan selagi ia masih
terbuka untukmu
Kerana tidak
lama lagi ianya akan ditutup untukmu
Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu
melakukannya
Capailah pintu taubat selama ia masih terbuka
untukmu
Capailah pintu doa, kerana pintu itu masih terbuka
luas
Bangunlah semula apa yang telah kamu robohkan
Cucilah apa yang telah kamu kotorkan
Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan
Jernihkanlah
apa yang telah kamu keruhkan
Kembalikanlah apa yang telah kamu ambil
Dan kembalikanlah hak ALLAH yang telah engkau
persiakan…..
MasyaALLAH
& Tabarakallah, selamatkanlah Islam,
perpaduan ummah dan keharmonian
hidup berbilang bangsa di bumi bertuah ini… Amin
No comments:
Post a Comment